Restoran Semat Q

Restoran Semat Q Restoran ini menyediakan masakan western Korean, Nasi Arab & juga makanan melayu❤️❤️❤️

24/03/2025
23/03/2025

Infaq Iftar 10 Malam Terakhir

Alhamdulillah hari terakhir agihan iftar percuma di Simpang Lawin, , untuk 10 malam terakhir kami akan agihkan iftar buat anak2 tahfiz dan pusat pengajian p**a insha Allah.

Doakan semoga usaha ini dinilai Allah sebagai amal salih, JazakumulLahu khayran buat semua sahabat2 yang sentiasa menyokong segala usaha-usaha kami walau dari jauh.

هَلْ جَزَآءُ الإِحْسَانِ إلَّا الإِحْسَانِ
Tiadalah balasan kebaikan melainkan kebaikan jua. (55:60)

Gandakan amalan di 10 malam terakhir, semoga kita semua beroleh malam Laylatul Qadr, insha Allah

اللهمّ إنّك عفوٌّ تحبّ العفو َ فاعْفُ عَنّا

Bagi yang ingin menjamu iftar pada 10 malam terakhir:
🏦Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

JazakumulLahu khayran❤️

Bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang untuk saling berhadiah, saling bersedekah, Masha Allah. Ganjaran pahala b...
20/03/2025

Bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang untuk saling berhadiah, saling bersedekah, Masha Allah.

Ganjaran pahala bagi memberi makan orang yang berpuasa sangatlah besar sepertimana sabda baginda:

dari ‘Alīy - radi’alLāhu ‘anhu, katanya: RasūlulLāh - sallalLāhu ‘alayhi wasallam - bersabda:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا.‏ فَقَامَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: لِمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ:‏ لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ, وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ, وَأَدَامَ الصِّيَامَ, وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ.

“Sesungguhnya di syurga terdapat mahligai-mahligai yang mana bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalamnya, dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari bahagian luarnya.” Lalu, bangun seorang Arab Badwi dan bertanya: “Untuk siapakah mahligai-mahligai itu, wahai RasūlulLāh?” Baginda bersabda: “Untuk orang yang baik perkataannya, untuk orang yang MEMBERI ORG LAIN MAKAN, selalu berpuasa dan salat di malam hari ketika orang lain sedang tidur.”

Jāmi al-Tirmīdhīy [2527] Hadith Hasan

Mari manfaatkan Ramadan yang berbaki❤️

Ingin turut sama mengambil peluang bersedekah? Masih berpeluang jamu makan iftar bagi pelajar2 Maahad Tahfiz di sekitar Kuala Kangsar 10 Ramadan akhir ini

Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

JazakumulLahu khayran❤️

Alhamdulillah selesai agihan Iftar 17 Ramadan.Daripada Zayd bin Khālid al-Juhanīy, katanya: RasūlulLāh - sallalLāhu ‘ala...
18/03/2025

Alhamdulillah selesai agihan Iftar 17 Ramadan.

Daripada Zayd bin Khālid al-Juhanīy, katanya: RasūlulLāh - sallalLāhu ‘alayhi wasallam - bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنقُصُ أجْرِ الصَّائمِ شَيْئًا

“Sesiapa yang menjamu berbuka orang yang berpuasa, maka PAHALANYA SAMA SEPERTI ORANG YANG BERPUASA itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”

AlhamdulilLāh, Semoga Allah terima sebagai amal yang sālih, dan diberi peluang untuk mempertingkatkan lagi usaha di 10 Ramadan terakhir ini.

اللّهمّ تقبّل صيامنا وقيامنا، اللّهمّ اجعل عيدنا سعيدا، وعملنا صالحا رشيدا.

Bagi yang ingin turut menjamu makan buat pelajar tahfiz dan asnaf di 10 malam terakhir Ramadan:

Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

بارك الله فيكم

16/03/2025
14/03/2025

Alhamdulillah selesai agihan Iftar 13 Ramadan 1446H.

JazakumulLahu khayran buat sahabat2 yang sentiasa memberikan sokongan dari segi tenaga dan wang ringgit, usaha ini tidaklah dapat disempurnakan melainkan secara jamā'iy. (3:104)

Justeru tinggal beberapa hari lagi yang berbaki, semoga kita semua dapat menggandakan amal salih di akhir Ramadan yang masih berbaki beberapa hari lagi.

Dari Anas - radiyalLahu 'anhu, katanya: RasululLah - sallalLahu 'alayhi wasallam pernah ditanya:

أيّ الصّدقة أفضل؟
Sedekah apakah yang paling utama?

Jawab baginda:
صدقة في رمضان
"Sedekah di bulan Ramadan."

(Jāmi' al-Tirmidhīy, 599)

Ingin turut sama menyumbang dalam usaha ini?
🏦 Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

بارك الله فيكم

Agihan iftar 12 Ramadan 1446H, Hujan lebat turun seusai pek iftar baru mula nak diagihkan,  BarakalLahu fikum buat semua...
14/03/2025

Agihan iftar 12 Ramadan 1446H, Hujan lebat turun seusai pek iftar baru mula nak diagihkan,

BarakalLahu fikum buat semua yang terlibat bagi menjayakan usaha ini. Hanya Allah yang dapat membalas.

Ingin turut sama dlm usaha ini?
Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638

JazakumulLahu khayran❤️

Alhamdulillah agihan iftar 11 Ramadan, walaupun hujan renyai-renyai, tetap beratur untuk mengambil agihan iftar. Jazakum...
13/03/2025

Alhamdulillah agihan iftar 11 Ramadan, walaupun hujan renyai-renyai, tetap beratur untuk mengambil agihan iftar.

JazakumulLahu khayran buat yang turut sama menyumbang dalam usaha ini. Usaha ini tentu tak dapat disempurnakan melainkan secara jama'iy (3:104). Semoga Allah terima ianya sebagai amal salih.

اللهمّ أعط منفقا خلفا
Wahai tuhanku, berilah ganti buat penginfaq dengan gantian yang lebih baik

Pek iftar boleh diambil bermula 5 petang hingga makanan habis Insha'alLah.

Lokasi: Semat Qur'an Kuala Kangsar
Alamat: PT327, Jalan Desa Seri Wangi, Kg Tersusun, Simpang Lawin, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

Ahlan wa sahlan. Ingin turut sama menyumbang dalam usaha ini?

Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

JazakumulLahu khayran❤️

Alhamdulillah. Selesai agihan pek iftar percuma 10 Ramadan 1446H.JazakumulLahu khayran buat semua yang turut sama menyum...
12/03/2025

Alhamdulillah. Selesai agihan pek iftar percuma 10 Ramadan 1446H.

JazakumulLahu khayran buat semua yang turut sama menyumbang dalam usaha ini. Semoga Allah menerimanya sebagai amal salih.

Puasa hendaklah dilakukan dengan penuh kesedaran sebagai ibadat kepada Allah, bukan dikerjakan sebagai adat tradisi tanpa niat menambah pahala dan meningkatkan kualiti diri.

Hayati tujuan sebenar ibadat puasa yang diwajibkan Allah - Tabaraka wa Ta’ala. Fiqh siyam yang dipelajari haruslah merangkumi sudut akidah dan tasawwur, jangan disempitkan dan terbatas dalam linkungan masa’il fiqhiyah semata-mata. Jangan ibadah puasa kita hanyalah sekadar “ berlapar” dan
“ dahaga”.

Buktinya, sebaik sahaja keluar dari bulan Ramadan, kita kembali meneruskan tabiat lama dan perangai buruk kita. Latihan selama sebulan yang dilalui sepanjang Ramadan tidak banyak menyumbang kepada perubahan. Gambaran negatif berikut masih terus berleluasa di sepanjang Ramadan.

1. Puasa tetapi meninggalkan salat. Padahal kedua-duanya adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan.

2. Berpuasa tetapi tidak menutup aurat.(24:31; 33:59)

3. Berpuasa tetapi tidak amanah.

4. Berpuasa tetapi masih bergaul bebas

5. Berpuasa tetapi leka dengan hiburan

6. Berpuasa tetapi masih melayan gosip, fitnah dan berita bohong. Padahal di bulan puasa ini setiap Muslim diperintahkan menahan lidahnya daripada percakapan yang mengundang dosa.

7. Berpuasa tetapi masih terus membuang masa dengan aktiviti yang tidak mendatangkan pahala, bahkan boleh menggelincirkan diri ke dalam perbuatan dosa.
Antaranya ialah ketagihan melayari laman sosial yang mudah mengheret orang kepada pertengkaran dan perselisihan pendapat tanpa ilmu yang menerangi. Selain itu ia terdedah kepada penyebaran gosip dan fitnah serta amalan bid’ah tanpa sedar.

8. Berpuasa tetapi masih bakhil untuk bersedekah. Padahal antara tujuan ibadat puasa itu ialah bagi mengikis sifat kedekut dalam diri dan menimbulkan keinsafan tentang derita kelaparan golongan miskin.

Oleh itu setiap Muslim hendaklah melakukan ibadat puasanya dengan iman & ihtisab. Iman & Ihtisab hanya mungkin dilakukan apabila i’tiqad dan amalan seseorang itu didasari ilmu yang sahih, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah.

Petikan dari tulisan
Ustaz Baharuddin Ayudin

Ingin turut serta dalam usaha ini?

Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

بارك الله فيكم

Alhamdulillah selesai agihan 9 Ramadan Ramadan 1446H.JazakumulLahu khayran diatas sumbangan yang diberikan samada dari s...
11/03/2025

Alhamdulillah selesai agihan 9 Ramadan Ramadan 1446H.

JazakumulLahu khayran diatas sumbangan yang diberikan samada dari segi tenaga & juga wang ringgit, semoga ianya dinilai sebagai amal salih.

اللهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ
“Ya Allah, berkatilah mereka pada apa yang Engkau rezekikan pada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka.” (Musnad Ahmad, no. 16675. Shahih Muslim, no. 2042. Sunan Abi Dawud, no. 3729)

Ingin sama2 turut serta dalam usaha ini?

Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq

بارك الله فيكم

Alhamdulillah, agihan pek iftar percuma 8 Ramadan 1446H.Daripada ‘AbdulLāh bin ‘Amrū, katanya: Bahawa seorang lelaki per...
10/03/2025

Alhamdulillah, agihan pek iftar percuma 8 Ramadan 1446H.

Daripada ‘AbdulLāh bin ‘Amrū, katanya: Bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada baginda:

يَا رَسُولَ اللهِ، أَيُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ‏؟‏ قَالَ‏:‏ تُطْعِمُ الطَّعَامَ، وَتُقْرِئُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ‏.‏

“Wahai RasūlulLāh! Islam apakah yang paling utama?” Jawab baginda: “Engkau memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali ataupun tidak engkau kenali.”

Al-Adab al-Mufrad [1013]. Tahqiq al-Albaniy, Hadith Sahih.

Mulianya ajaran baginda iaitu menyantuni setiap manusia tidak kira siapa pun mereka. Semoga ajaran baginda kekal hidup dalam diri kita. 🌷

Ingin turut serta menjamu orang yang berpuasa?

Maybank
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: iftarsq



بارك الله فيكم

09/03/2025

Jangan Ragu Untuk Bersedekah

Alhamdulillah selesai agihan iftar Ramadan ke 7. Semoga Allah merahmati muhsinīn dan muhsināt yang turut serta bertolong-tolongan dalam usaha ini bagi mencari keredhaan Allah.

Allah telah menjanjikan ganjaran buat orang yang bersedekah dalam surah 2:261

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

Manfaatkan bulan Ramadan ini sebagai bulan sedekah, sebagaimana pemurahnya baginda sallalLahu 'alayhi wa sallam pada bulan Ramadan.

Ingin turut serta dalam menjamu makan?
Maybank:
SQ FOOD & BEVERAGES
508092531638
Ref: Iftarsq

بارك الله فيكم

Address

PT327, Jalan Desa Seri Wangi, Kg Tersusun, Simpang Lawin
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 14:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60172973945

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restoran Semat Q posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Restoran Semat Q:

Share