24/03/2024
سم الله الرحمن الرحيم
Dengan rendah hati, ingin kami maklumkan bahawa Chai Chee Seafood Restaurant akan menutup perniagaan kami pada akhir bulan March ini.
Kami ingin menyucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan anda sewaktu kami beroperasi selama lebih 40 tahun di alamat 359 Changi Road. Kami meminta maaf atas kekurangan selama tempoh perniagaan dan mendoakan kesejahteraan semua anggota masyarakat.
Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke restaurant atau membeli juadah berbuka, silalah langgani restaurant kami sehingga 30 March 2024. Anda boleh buat tempahan melalui number talian 68412002 (12 tengahari sehingga 10 mlm).
Akhir sekali, selamat beribadah di bulan barkah ini dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Salam,
Pengarah dan semua kakitangan
Chai Chee Seafood Restaurant