26/06/2023
﷽
TERPAKSA RELA
i'm done.. 😓
Semalam seharian anxiety menyerang,tak tahu dari mana nak mula.macam mana nak bagi tahu..
Sekarang ni meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli semakin berkurang.Mungkin disebabkan kenaikan harga barang keperluan,ramai yang diantara kita terpaksa salurkan perbelanjaan pada yang betul² perlu sahaja.
Kami di Planetzburger juga tidak terlepas merasai fasa ini.Bahangnya juga membuatkan planetzburger cuba bertahan sedaya mungkin,macam² planetzburger buat untuk menarik pelanggan.
Namun demikian,Allah sebaik-baik penentu.Dalam perjalanan kehidupan sentiasa bersangka baik pada NYa. Setiap apa yang berlaku masih lagi sebagai proses pembelajaran untuk diri kita menjadi lebih baik.
Untuk makluman semua.Pada 1 Julai 2023.Hari terakhir Planetzburger restaurant Nusa Sentral BEROPERASI.
Kami akan menutup sementara menunggu ekonomi kembali pulih seperti sediakala InsyAllah.Doakan kami agar Planetzburger & crew diberi kemudahan dan kekuatan dalam menjalani fasa ini..
Kepada semua pelanggan, planetzburger memohon sejuta kemaafan diatas segala kekhilafan sepanjang planetzburger restaurant beroperasi dan ucapan terima kasih diatas segala sokongan,dorongan dan kritikan membina dari anda² semua.
Pengakhiran adalah sesuatu permulaan yang baru.InsyAllah seandainya ada rezeki, planetzburger restaurant akan kembali.Doakan kami...
Hari ni planetzburger restaurant buka macam biasa dari 6.00 petang hingga 1.30 pagi.
Mohon support dari kalian semua.Jika post merayu dan merintih adalah peluang terakhir untuk planetzburger meneruskan gerak kerja untuk survive.
Planetzburger akan gunakan sebagai peluru terakhir untuk kembali ...
Terima kasih semua
Planetzburger nusa sentral.
No.111 jalan sentral 24
Taman nusa sentral.
.i
👇👇👇Klik untuk order
http://www.wasap.my/601125800768/burgerjb
👇👇👇Klik untuk datang
https://maps.app.goo.gl/8GoofDsh9oZJJha49