05/11/2025
MAKLUMAN PENTING
BANCIAN PESAKIT DIALISIS NEGERI JOHOR 2025 KINI DIBUKA!
Kepada
1. Pesakit hemodialisis dan peritoneal dialisis di seluruh Negeri Johor yang belum mendaftar dalam bancian pesakit dialisis
2. Pesakit yang telah mengisi borang pendaftaran sebelum ini dinasihatkan untuk menyemak semula dan melengkapkan maklumat terkini bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah tepat dan lengkap.
PERINGATAN
1. Pendaftaran hanya SEKALI SAHAJA, sila pastikan semua maklumat anda tepat sebelum menekan butang “Submit”.
2. Sebarang pemalsuan maklumat atau pemberian data tidak benar dalam borang bancian ini adalah satu kesalahan.
3. Pihak Urusetia tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat yang dimasukkan oleh pemohon.
Bagi memastikan maklumat anda direkodkan dengan tepat, mohon untuk mendaftar melalui pautan di bawah atau imbas kod QR yang disediakan dalam poster rasmi:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcnb7CWS39kaIbV1jdI5XM717V4FcvAwshxBgDbTc0bWyHzA/viewform
Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan setiap pesakit hemodialisis dan peritoneal dialisis di Johor tidak terlepas daripada pelbagai inisiatif, bantuan dan program sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor.
Tarikh tutup pendaftaran: 12 November 2025 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengah hari
Sebarang pertanyaan: [email protected]
Jabatan Kesihatan Negeri Johor