25/07/2023
Kalau Nak Menceburi Bidang Perniagaan Burger, Janganlah Terjebak Dengan Burger Sentimen.
Nak jual burger francais, tapi ahli kena bayar mahal. Burger tak sedap, kualiti lagi teruk dari burger Ramly tapi harga kalah McD. Bila burger tak laku, ahli yang beli stall tu juga yang kena buat marketing. Founder rilek tayang harta dan sembang kencang. Dah berapa kali ulang skrip dan taktik sama. Bila kita cakap, kata tak support Melayu. Tak tahu p**ak burger Ramly tu banggala punya.
Apa guna buat dan jual "sistem" kalau semua A-Z dan marketing pun tukang flip burger yang kena buat? Bila sales rendah, reti sembang motivasi saja si founder. Bukannya tolong promote atau guide. kalau setakat buat tiktok hidup keras, hidup keras tu budak tadika pun boleh sebut. Mana team yang akan uruskan masalah on site macam ni? Sembang bisnes juta-juta, sembang ekonomi industri, sembang perubahan, sembang syarikat kukuh, tak kan lah pengurusan pun sama level dengan stall burger tepi jalan?
Kalau semua A-Z tukang flip burger juga kena fikir, apa beza burger awak dengan burger Ramly? Lebih baik orang tu beli bahan-bahan sendiri burger Ramly dan beli stall sendiri. Jauh lagi murah. Kalau jual "sistem", sepatutnya kenalah ada satu team untuk turun tengok ahli yang bermasalah. Mungkin resipi burger salah, mungkin penyimpanan stok tak betul, mungkin lokasi stall tak strategik. Benda ni semua kenalah ada satu team consultation yang bertauliah dan berkemahiran untuk evaluate. Kalau takat turun bagi ceramah motivasi dan tayang kejayaan orang lain yang bukan sebab ilmu awak pun tu, baik tak payah.
Modus operandi meniaga burger acah-acah premium ni bukan benda baru. Jual sentimen saja. Dulu dah ada artis yang buat, melingkup juga. Masalah stok lambat, jualan kena ada kuota, stok daging dan roti burger sampai tak seiring, kualiti bahan tak konsisten, ahli kena keluar modal banyak, HQ berhutang dengan vendor sampai vendor tak nak supply stok dan menyusahkan ahli, semua isu ni bukan isu baru. Jenama saja berbeza, isu dan masalah sama saja sebenarnya.
Kawan-kawan dan saudara saya ramai juga yang semangat ambil stall burger sentimen ni. Alih-alih, cabut logo dan jual burger Ramly dengan burger sejuk beku pasaraya juga yang berjaya. Stok boleh ambil bila-bila masa dan tak pernah putus. Tak payah bertekak dengan HQ isu stok dan kuota jualan. Ada ya, burger jenama ni hadkan berapa biji burger boleh jual sebulan. Kononnya untuk bagi semua ahli dapat jualan sama rata. Kelakar sungguh.
Sedarlah, burger sentimen ni bukannya nak jual burger. Mereka ni banyaknya nak jual stall saja. Kerja flip burger di McD pun ada latihan. Sentiasa ada update jika ada produk atau kaedah baru memasak. Ini sembang bisnes juta-juta, main hempas saja semua benda pada pemilik stall. Masa pujuk orang beli stall, bukan main lagi sembang gegar-gegar. Dah rupa orang ajak pergi berjihad. Bila orang tu terkapai-kapai, disalahkan p**a orang tu tak pandai meniaga. Memang la dia tak pandai meniaga, sebab tu dia masuk sebagai ahli. Dengan harapan ada satu syarikat dan pasukan besar boleh bantu dia jika dia ada masalah.
Sebab tu lah burger sentimen ni banyak yang tak kekal lama. Akhirnya, burger Ramly juga yang berdiri teguh dari dulu sampai sekarang. Burger Ramly tu pun burger orang Melayu juga. Baik jual burger Ramly saja.