Nasi Ayam

Nasi Ayam Semua iklan hanyalah bertujuan untuk melengkapkan tugasan assignment (Ent530) �

KELEBIHAN CILI Tahukah anda  kelebihan yang ada pada sos cili dalam satu hidangan lengkap nasi ayam ?Pada satu hidangan ...
12/06/2020

KELEBIHAN CILI

Tahukah anda kelebihan yang ada pada sos cili dalam satu hidangan lengkap nasi ayam ?

Pada satu hidangan lengkap nasi ayam mempunyai nasi, ayam, sayur-sayuran, kicap dan juga sos cili. Keenakaan satu hidangan nasi ayam terletak pada rasa sos cilinya. setiap orang mempunyai cara dan rahsia untuk membuat sos cili yang tersendiri. Kepedasan cili bergantung kepada kandungan capsaisin/capsaicivoids di dalamnya.

Cili mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri seperti :

🌶Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin.

🌶 Cili boleh membakar kalori dn mempercepatkan metabolisme tubuh

🌶Makanan pedas akan melancarkan edaran dan menurunkantekanan darah. Cili juga membantu menguatkan dinding pembuluh darah kerenakandungan vitamin A dan C-nya.

JANGAN RISAU jika anda bukan pengemar makanan pedas tetapi hendak makan nasi ayam. Sos cili yang kami sajikan bersama nasi ayam ini tidak mempunyai rasa yang terlalu pedas kerana dicampur dengan beberapa bahan untuk mengurangkan pedas dan sesuai di makan oleh sesiapa sahaja 😉

Untuk mengetahui info-info yang lebih banyak boleh pergi ke page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

KALORITahukah anda apakah maksud kalori ? apakah fungsi kalori dalam makanan? Berapakah nilai kalori dalam satu hidangan...
10/06/2020

KALORI

Tahukah anda apakah maksud kalori ? apakah fungsi kalori dalam makanan? Berapakah nilai kalori dalam satu hidangan nasi ayam ? Bagaimanakah cara untuk membakar kalori?

🏃‍♂️ Kalori adalah unit ukuran bagi tenaga.
🏃‍♂️ Badan memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Berapakah kalori yang diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

🏃‍♂️Lelaki memerlukan 2000-2500 kalori manakala
🏃‍♀️Wanita memerlukan 1600-2000 kalori sehari.

Berapakah nilai kalori dalam satu hidangan nasi ayam ?
🍚 satu hidangan nasi ayam = 600 kalori

Orang ramai tidak perlu risau tentang kenaikan berat badan apabila mengambil makanan seperti nasi ayam ini kerana kalori adalah tenaga yang diperlukan oleh badan. YANG PENTING ! kita mestilah membuat aktiviti yang boleh membakar kalori dan mengawal mengambilan makanan.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar kalori. Tidak salah jika sekali sekala kita makan makanan yang berkalori agak tinggi yang penting kita haruslah merancang pemakanan dan nilai kalori supaya tidak berlebihan.

Untuk mendapatkan info yang lebih banyak boleh layari official page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

KHASIAT YANG ADA PADA SATU HIDANGAN NASI AYAM Terdapat banyak khasiat yang baik di dalam nasi ayam seperti :Nasi : Karbo...
08/06/2020

KHASIAT YANG ADA PADA SATU HIDANGAN NASI AYAM

Terdapat banyak khasiat yang baik di dalam nasi ayam seperti :

Nasi : Karbohidrat
🍚Mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.
🍚Fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga untuk ke sel-sel di seluruh badan.

Daging ayam : Protein
🍗Kandungan protein yang tinggi yang penuh serta kaya dengan kandungan vitamin yang diperlukan untuk membina, menjaga, dan membaiki tisu badan.

Minyak masak : Lemak
🍗Sumber utama tenaga

Sayur ( tomato, timun & salad ) - Serat
🍅Rendah lemak, kalori dan natrium.
🍅Serat membantu membina sistem penghadapan yang sihat dan mencegah sembelit.

Sup
🍵 Air dapat mengawal kalori & mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan.

❗️Untuk mengetahui info-info yang lebih banyak boleh pergi ke page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

Untuk tempahan contact / whatsapp kami di
📞 0136023704

DON'T FORGET TO LIKE & SHARE OUR PAGE 😉

PIRAMID MAKANANAdakah anda yakin makanan yang diambil dalam kehidupan harian anda memenuhi kriteria piramid makanan yang...
08/06/2020

PIRAMID MAKANAN

Adakah anda yakin makanan yang diambil dalam kehidupan harian anda memenuhi kriteria piramid makanan yang disediakan?

Jangan risau!! hidangan NASI AYAM yang kami sediakan merupakan hidangan yang memenuhi kriteria piramid makanan yang telah disediakan.

Piramid makanan merupakan suatu panduan yang mampu membantu manusia untuk merancang pengambilan makanan sihat mengikut s**atan makanan yang bersesuaian.

PENGETAHUAN ASAS

4 Aras piramid makanan

Aras 1 : Karbohidrat Kompleks

Aras 2 : Vitamin, Mineral dan Serat.

Aras 3 : Daging, ayam, ikan dan kekacang yang mengandungi protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.

Aras 4 : Lemak, minyak, coklat, gula

Nasi ayam merupakan hidangan yang lengkap dan sesuai dijadikan sebagai santapan makanan tengah hari dan di lengkapi dengan satu jenis buah supaya lebih seimbang.

Untuk mendapatkan info yang lebih banyak boleh layari official page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

Kelebihan sayur dalam hidangan nasi ayamTahukah anda kelebihan sayur didalam hidangan nasi ayam? Nasi ayam terkenal deng...
06/06/2020

Kelebihan sayur dalam hidangan nasi ayam

Tahukah anda kelebihan sayur didalam hidangan nasi ayam?

Nasi ayam terkenal dengan sebuah hidangan yang seimbang kerana mempunyai khasiat yang mencukupi seperti karbohidrat, protein dan serat. Di dalam sebuah hidangan nasi ayam yang lengkap, ia dilengkapi dengan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti timun, tomato dan salad. Sayur-sayuran ini mempunyai kandungan serat yang tinggi dan baik untuk badan.

Timun 🥒
- timun yang berair memiliki lemak dan kalori yang sangat rendah tetapi vitamin yang sangat tinggi seperti vitamin c dan k yang baik untuk kesihatan.
- 95% kandungan timun adalah air. Dengan memakan timun, ia adalah cara terbaik untuk kekal hidrasi melalui makanan.

Tomato 🍅
- tomato adalah salah satu sayur yang mempunyai kandungan air yang tinggi yang boleh membantu melembabkan kulit.
- tomato mempunyai kandungan protein yang tinggi yang membantu memperbaiki sel dan membina otot.
- tidak mempunyai lemak dan boleh di makan dalam kuantiti yang banyak bertujuan untk melapik perut.

Salad 🥬
-salad adalah sayur yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, vitamin c, magnesium dan zink.
-bertindak menenangkan fikiran, mempunyai koratin, serat dan air yang mampu menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan

Untuk mendapatkan info-info yang lebih banyak, boleh layari page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

31/05/2020

Cara penyediaan nasi ayam 🤔

Salam semua 🤗🤗

Tahukah anda cara-cara membuat nasi ayam ?

Terdapat 6 bahagian penyediaan nasi ayam :
1)Menyediakan sup
2)Menyediakan ayam
3)Menyediakan nasi
4)Menyediakan cili
5) Menyediakan kicap
6) menyediakan sayur-sayuran

Video di bawah akan menunjukkan cara-cara penyediaan nasi ayam dengan ringkas. Happy watching 😍

❗️Untuk mengetahui info-info yang lebih banyak boleh pergi ke page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

Untuk tempahan contact / whatsapp kami di
📞 0136023704

DON'T FORGET TO LIKE & SHARE OUR PAGE 😉

TAHUKAH ANDA KELEBIHAN DAN KHASIAT YANG ADA PADA NASI AYAM ??Terdapat banyak khasiat yang baik di dalam nasi ayam sepert...
29/05/2020

TAHUKAH ANDA KELEBIHAN DAN KHASIAT YANG ADA PADA NASI AYAM ??

Terdapat banyak khasiat yang baik di dalam nasi ayam seperti :

Nasi : Karbohidrat
🍚Mempunyai kandungan karbohidrat tang tinggi.
🍚 Sumber tenaga terbaik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
🍚Diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan
🍚Fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga untuk ke sel-sel di seluruh badan.

Daging ayam : Protein
🍗Kandungan protein yang tinggi yang penuh serta kaya dengan kandungan vitamin yang diperlukan untuk membina, menjaga, dan membaiki tisu badan.

Minyak masak : Lemak
🍗Sumber utama tenaga
🍗Mengandungi AA dan DHA yang sangat bermanfaat untuk pertumbuhan sistem saraf pusat dan fungsi visual.

Sayur ( tomato, timun & salad ) - Serat
🍅Rendah lemak, kalori dan natrium.
🍅 Tidak mengandungi kolestrol
🍅Serat membantu membina sistem penghadapan yang sihat dan mencegah sembelit.

Sup
🍵Sup antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan
🍵 Air dapat mengawal kalori & mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan.

❗️Untuk mengetahui info-info yang lebih banyak boleh pergi ke page kami di https://www.facebook.com/nasiayamkakida/?ti=as

Untuk tempahan contact / whatsapp kami di
📞 0136023704

DON'T FORGET TO LIKE & SHARE OUR PAGE 😉

TAHUKAH ANDA JENIS-JENIS NASI AYAM DI MALAYSIA ⁉️Nasi ayam bukanlah satu menu yang baru dan asing pada rakyat Malaysia. ...
25/05/2020

TAHUKAH ANDA JENIS-JENIS NASI AYAM DI MALAYSIA ⁉️

Nasi ayam bukanlah satu menu yang baru dan asing pada rakyat Malaysia. Nasi ayam sering di hidangkan di majlis-majlis atau pada hari perayaan sebagai juadah utama seperti pada sambutan hari raya, majlis berbuka puasa, sambutan hari jadi dan pada rumah terbuka. Tetapi, adakah anda tahu di Malaysia terdapat pelbagai jenis nasi ayam yang menjadi pilihan rakyat Malaysia?

Terdapat 5 jenis nasi ayam :

1) Nasi ayam biasa
2) Nasi ayam madu
3)Nasi ayam kukus
4) Nasi ayam hainan
5)Nasi ayam blackpaper

Jenis-jenis nasi ayam ini menggunakan bahan-bahan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza. Yang menarik tentang nasi ayam ini, pembeli boleh memilih nasi ayam yang mereka mahukan dengan jenis ayam berbeza mengikut selera 😋

Nasi ayam adalah satu menu yang lengkap yang mempunyai zat-zat makanan yang seimbang kerana ianya lengkap dengan sayur-sayuran, nasi dan juga ayam. untuk orang yang tidak s**a makanan yang berminyak, mereka boleh memilih untuk masak atau membeli nasi ayam kukus dan nasi ayam hainan.

For order, do whatsapp or contact us on :
📞 0136023704

DON'T FORGET TO LIKE & SHARE OUR PAGE 😉

HI GUYS !!IT'S FINALLY COMING 😍🎉🎉SPECIAL ON MOTHER'S DAY 🥳
09/05/2020

HI GUYS !!
IT'S FINALLY COMING 😍🎉🎉
SPECIAL ON MOTHER'S DAY 🥳

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam 😊 Semoga di bulan yang mulia  ini dapat menjadikan kita orang ya...
23/04/2020

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam 😊 Semoga di bulan yang mulia ini dapat menjadikan kita orang yang lebih baik dari sebelumnya ✨

SELAMAT BERPUASA 🥰

16/04/2020
" Good food is the foundation of genuine happiness" - Auguste   EscoffierCOMING SOON !!🎉🎉
14/04/2020

" Good food is the foundation of genuine happiness" - Auguste Escoffier

COMING SOON !!🎉🎉

Address

Perumahan Layang-layangan
Victoria

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Ayam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category