CodApps Malaysia

CodApps Malaysia APLIKASI PENGHANTARAN LOKAL

Jom cuba aplikasi penghantaran baru untuk peniaga dan penjaja! πŸ“±Naikkan volum jualan dan pelanggan anda dengan mudah! πŸš€ ...
20/07/2024

Jom cuba aplikasi penghantaran baru untuk peniaga dan penjaja! πŸ“±

Naikkan volum jualan dan pelanggan anda dengan mudah! πŸš€ Ini sebabnya anda patut sertai:

πŸ’² Kekalkan Harga Sama dengan Dalam Premis
πŸ’― Terima 100% Hasil Jualan Tanpa Potongan Komisen
πŸ’Έ Pembayaran Auto 24 Jam Terus ke Akaun Bank Anda

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan mulakan hari ini! πŸ“²

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami sekarang!

Sabtu, 22 JUN 2024.Kita mendapat khabar salah seorang rakan kita, Saudara Ramlin Malijung dari Kampung Kabatasan Laut, P...
23/06/2024

Sabtu, 22 JUN 2024.

Kita mendapat khabar salah seorang rakan kita, Saudara Ramlin Malijung dari Kampung Kabatasan Laut, Pitas, Sabah dimasukkan ke Hospital Pitas pada 15 Jun 2024 yang lalu kerana komplikasi darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Unit Kebajikan PERKOP GIG telah menggerakkan kempen sumbangan untuk beliau. Sumbangan dari rakan-rakan prihatin telah diserahkan pada Saudara Ramlin pada 22 JUN 2024 di kediaman beliau di Kampung Kabatasan Laut, Pitas, Sabah.

Saudara Ramlin dan keluarga mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih pada rakan-rakan yang memberi sumbangan dan berharap agar Komuniti ini (PERKOP GIG / Codapps) terus berkembang dan memanfaat serta membantu pada anggota-anggota serta komuniti sekitar kawasan operasi.

---------------------------------
[ UPDATE ]
Mendapat makluman dari anak saudara Saudara Ramlin Malijung.

Pada jam 11 malam, 22 Jun 2024, beliau telah mengalami stroke dan telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu dari Hospital Pitas.

Mari sama-sama kita mendoakan kesembuhan rakan kita.

Selamat Hari Raya Aidiladha!Semoga ibadah qurban kita diterima Allah dan menjadi bekalan di akhirat.Hari ini, kita menge...
17/06/2024

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Semoga ibadah qurban kita diterima Allah dan menjadi bekalan di akhirat.

Hari ini, kita mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta mengambil iktibar dari kisah mereka.

Seiring dengan semangat pengorbanan dan ketaatan ini, marilah kita menyatu usaha dan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi dan taraf hidup masyarakat. Berkoperasi dalam menyediakan peluang ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial, dan menggalakkan kerjasama serta kesatuan dikalangan kita.

Bersama, kita pasti dapat mencapai kejayaan yang lebih besar dan memperkukuh ikatan persaudaraan. Semoga pengorbanan dan usaha kita diberkati dan beroleh kejayaan.

Salam Aidiladha, maaf zahir dan batin!

Perjumpaan dengan wakil-wakil kawasan operasi.  Membincangkan halatuju komuniti.Ramai rakan pemandu dan penghantar kita ...
09/06/2024

Perjumpaan dengan wakil-wakil kawasan operasi. Membincangkan halatuju komuniti.

Ramai rakan pemandu dan penghantar kita terutama yang berkhidmat secara sepenuh masa, terkurung dengan kerjaya ini, tersepit dengan pendapatan yang tidak seimbang dengan kos kehidupan masa kini.

Pelbagai usaha yang kita lihat dari organisasi bukan kerajaan yang dibentuk oleh komuniti-komuniti pemandu dan penghantar sendiri. Merayu dan mendesak agar Syarikat-syarikat penyedia serta agensi dan kementerian terlibat. Tidak kurang dengan beberapa siri perhimpunan aman dan kempen-kempen 'blackout'. Tujuan untuk mendapatkan pembelaan dari segi jaminan pendapatan yang lebih adil.

Namun keadaan tetap tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu.

Kami menghormati usaha rakan-rakan diluar sana. Cuma kami tidak melihat dengan kebergantungan kita membuat desakan pada 'orang lain' membuat perubahan bagi pihak kita, adalah sesuatu yang efektif untuk mendapatkan perubahan itu. Malah jika pun ia berlaku, bagi setiap perubahan akan hadir bersamanya ketetapan tertentu yang menjadi beban baru buat kita sendiri.

Kami percaya perubahan itu hanya boleh dibuat oleh kita sendiri. Dari pemikiran melihat masa depan sendiri, 'seberapa lama kita mahu menjadi pemandu dan penghantar?'

Kita bersama-sama perlu berganding tangan mencari jalan untuk meningkat taraf hidup dan mencipta peluang sendiri. Agar kita boleh keluar dari kepompong 'pemandu & penghantar' ke kerjaya yang lebih baik, memberi ruang pada pemula-pemula baru berkhidmat sementara membuat keputusan ke mana arah tujuan hidup & kerjaya mereka.

Sumbangan rakan-rakan sebanyak RM740 telah disampaikan pada waris (balu) Allahyarham Matirius @ Jaslin Bin Misun pada 5 ...
06/06/2024

Sumbangan rakan-rakan sebanyak RM740 telah disampaikan pada waris (balu) Allahyarham Matirius @ Jaslin Bin Misun pada 5 Jun 2024. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan.

Untuk pengetahuan Arwah yang merupakan salah seorang pemandu CODAPPS Ranau meninggalkan seorang balu dengan 4 orang anak dalam tanggungan dalam kejadian kemalangan motorsikal di KM15 Jalan Telupid pada 2 Jun 2024, jam 5.30 petang.

Sekiranya ada rakan-rakan masih mau meneruskan sumbangan, boleh lah berbuat demikian terus ke waris mangsa seperti butiran berikut :

Bank : CIMB
No. Akaun : 7648 6937 73
Penama : Siti Aidah @ Norazita Binti Nading (Balu Arwah)
https://whatsapp.com/channel/0029Va8rmpQEKyZQ4T9BA50o

Dukacita dimaklumkan,Salah seorang rakan pemandu kita dari Kampung Luanti Baru, Ranau.  Telah terlibat dalam satu kemala...
02/06/2024

Dukacita dimaklumkan,

Salah seorang rakan pemandu kita dari Kampung Luanti Baru, Ranau. Telah terlibat dalam satu kemalangan motorsikal sekitar jam 5.30 petang tadi di KM15 Jalan Telupid.

Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Matirius @ Jaslin Bin Misun.

Berikutan itu, seluruh warga kerja Koperasi Usahawan GIG Berhad selaku pengendali Aplikasi Codapps, berbesar hati jika rakan-rakan pemandu lain dapat bersama-sama menyumbang bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui saudara mangsa yang juga merupakan rakan pemandu kita di Ranau.

BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 160269170854
PENAMA : HAJIRI BIN WASIDI
NO. TEL : 014 223 2660

Selesai sudah acara 2 hari kita bersama RODEO untuk mempromosikan CELCOMDIGI di Kota Kinabalu sempena Pesta Kaamatan 202...
01/06/2024

Selesai sudah acara 2 hari kita bersama RODEO untuk mempromosikan CELCOMDIGI di Kota Kinabalu sempena Pesta Kaamatan 2024.

Terima kasih kepada semua pemandu yang terlibat. Inilah kelebihan kita, meletakkan keutamaan mewujudkan KOMUNTI lebih dari persaingan yang memecahkan kita semua.

Kita komited untuk memandu komuniti ini untuk terus mara ke hadapan melalui KOPERASI yang sedang kita usahakan. Semoga memanfaat buat semua.

Pasukan pemandu kita sudah bersedia di checkpoint untuk melayani pengunjung ke Pesta Kaamatan 2024 di KDCA.Download πŸ‘‰ my...
31/05/2024

Pasukan pemandu kita sudah bersedia di checkpoint untuk melayani pengunjung ke Pesta Kaamatan 2024 di KDCA.

Download πŸ‘‰ mylink.la/codapps

Happy Holidays & Selamat Hari Kaamatan semua πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰
30/05/2024

Happy Holidays & Selamat Hari Kaamatan semua πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

Hello gais,Sempena sambutan Pesta Kaamatan 2024.  Team CodApps Malaysia akan berada di sekitar Kota Kinabalu untuk memud...
30/05/2024

Hello gais,

Sempena sambutan Pesta Kaamatan 2024. Team CodApps Malaysia akan berada di sekitar Kota Kinabalu untuk memudahkan pengunjung datang ke KDCA bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam sepanjang 2 hari sambutan ini.

Team Codapps juga akan berada di KDCA untuk hantar kamu pulang.

Download apps & tempah sekarang!
πŸ‘‰ mylink.la/codapps

Address

Jalan Marabahai-Tambalang 4
Tuaran
89207

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+60166679277

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CodApps Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share