16/02/2021
********************
Mohon Allah sempurnakan masakan itu
********************
Bila kita memasak, kita pun harap masakan itu sedap. Pun begitu, sedap pada kita belum tentu sedap pada orang lain.
Jadi, kita doalah agar Allah sempurnakan masakan itu.
Tujuan makan orang beriman berbeza denga orang bukan Islam. Orang beriman makan dengan maksud untuk dapatkan kekuatan beribadat kepada Allah. Sebab itu, perlu sangat dijaga bab-bab makan ini.
Bila rasa semangat untuk beribadat cuba ingat-ingat kembali apakah agaknya yang kita makan. Begitulah bila terasa malas dan lemah sahaja untuk beribadat; ingatlah kembali di mana kita makan dan apa yang kita makan.
Berbali kepada tajuk di atas, bila masak
1) Baca Selawat 3 kali
2) Istighfar 3 kali
3) Berdoalah ketika memasuki dapur dengan doa ini:
" Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisi-Mu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami, terhadap urusan kami.
4) Masuk dapur tutuplah aurat dan moleknya ada air wuduk
5) Bukankah memasak itu juga ibadat, bila kita niatkan begitu. Adab memasak yang begini akan mendatangkan natijah baik terhadap orang yang memakan makan tersebut. Mudah sahaja bangun untuk bertahajud.
P/s: Tugas & tanggunjawab kami di Port kpp dalam penyediaan makanan
Cc:amalan menjemput rezeki