09/10/2025
Assalammualaikum W.B.T Kepada Semua Kenalan KOPI TARAM kerdau Yang Dihormati Dan Di kasihi .
Terlebih Dahulu Sy Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Di Atas Sokongan & Dorongan Anda Sepanjang Perjuangan Perniagaan Kami, Mohon Ribuan Kemaafan Segala Salah Silap Tutur Bicara, Terlebih Gurauan. Minta Halal Segalanya Khilaf Antara Kita, Banyak Memori S**a Duka Dalam Tempoh KOPI TARAM kerdau Beroperasi.
Namun Begitu, Kita Sebagai Manusia Biasa Tidak Dapat Lari Dari Segala Ujian Yang Maha Esa Malah Tidak Juga Dapat Menolak Segala Ketentuan Rezeki DariNya. Kita Hanya Merancang Akan Tetapi Allah SWT Adalah Sebaik² Perancang.
Oleh Yang Demikian, Dimaklumkan Bahawa Gerai KOPI TARAM kerdau Tidak Lagi Beroperasi Dengan Kelolaan Keluarga Kami & Premis Sedia Ada Telah Bertukar Jagaan (dengan perjanjian) Kepada Pengusaha Masakan Panas Ala Thai Oleh Warga Tempatan. Sekian Terima Kasih.
~ Al-Fatihah dihadiahkan buat Pelanggan² Kami Yang lebih dahulu menemui Yang Maha Esa , Salam Takziah Buat seisi keluarga Allahyarham/Allahyarhamah .
~ Bertemu Semula kita dengan Perniagaan baru Kami, InsyaaAllah . DARINA HOMESTAY & MOTORENTAL @ CAMERON🍓HIGHLANDS