Tokchik Lemang Bakar Temerloh

Tokchik Lemang Bakar Temerloh TOKCHIK LEMANG BAKAR menyediakan lemang dan rendang sepanjang tahun untuk anda.

Selamat Hari Malaysia semua. Kami buka macam biasa bermula 12.00 tengahari sehingga 6.30 petang. Yang dekat boleh datang...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia semua. Kami buka macam biasa bermula 12.00 tengahari sehingga 6.30 petang. Yang dekat boleh datang. Yang jauh boleh dapatkan di dalam beg kuning TikTok (Tokchik Lemang Bakar).

SYAIR SEBUAH NAMA..Dengarlah tuan sebuah cerita,Tentang amanah tentang berniaga,Nama dibina penuh sengsara,Bukan sehari ...
13/09/2026

SYAIR SEBUAH NAMA..

Dengarlah tuan sebuah cerita,
Tentang amanah tentang berniaga,
Nama dibina penuh sengsara,
Bukan sehari menjadi berjaya.

Bertahun lama meniti masa,
Api dan bara menjadi biasa,
Pahit dan manis sudah dirasa,
Hingga dikenali sebuah nama.

Tersebut kisah di kota raya,
Sebuah majlis penuh ceria,
Lemang ditempah untuk tersedia,
Nama Tokchik disebut empunya.

Empunya nama tidak menerima,
Tiada tempahan tercatat sama,
Tiada p**a jualan menjelma,
Namun namanya sampai ke sana.

Sekali terjadi boleh terlupa,
Dua kali mungkin tidak sengaja,
Berkali-kali serupa cerita,
Tentu tersimpan suatu rahsia.

Jika berniaga biarlah nyata,
Gunakan usaha gunakan nama,
Jangan menumpang hasil sesama,
Kelak terbuka segala cerita.

Rezeki Tuhan luas terbentang,
Tidak berkurang dikongsi orang,
Nama dipinjam jangan berulang,
Amanah hilang maruah pun terbuang.

Cukuplah syair sampai di sini,
Bukan menuduh bukan membenci,
Siapa terasa tanyalah diri,
Kerana nama empunya sendiri.

Jemput singgah ke Tokchik Lemang Bakar, Kg Megat Segama, Temerloh.

Kami buka setiap hari kecuali Isnin, jam 12.00 tengah hari hingga 6.30 petang.

Ehโ€ฆ yang bawah ni jangan baca gaya syair p**a. ๐Ÿคฃ

13/09/2026

Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki hari ini. Menerima kunjungan 2 buah bas dari Johor.

Jemput singgah. Lemang masih banyak. Kami buka sehingga 6.30 petang ๐Ÿ˜

Setiap hari Jumaat macam biasa kami buka selepas solat Jumaat bermula dari jam 2.00 petang sehingga 6.30 petang.Jom data...
11/09/2026

Setiap hari Jumaat macam biasa kami buka selepas solat Jumaat bermula dari jam 2.00 petang sehingga 6.30 petang.

Jom datang sekarang bungkus lemang kegemaran korang ๐Ÿซถ๐Ÿป

Rendang kerang ada yang mencari tak?RM10 sahaja..RM10 sahaja..RM10 sahaja..
12/08/2026

Rendang kerang ada yang mencari tak?

RM10 sahaja..
RM10 sahaja..
RM10 sahaja..

Alhamdulillah. Terima kasih geng-geng rombongan cik kiah dari simpang renggam, Johor sudi singgah.Dua kali pernah cuba d...
09/08/2026

Alhamdulillah. Terima kasih geng-geng rombongan cik kiah dari simpang renggam, Johor sudi singgah.

Dua kali pernah cuba datang tapi kami tutup. InshaAllah lepasni sebelum datang boleh rojer kami terlebih dahulu. Kesian datang dari jauh. Maaf dari pihak kami ๐Ÿ™๐Ÿป

Jangan lupa singgah lagi ๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Ada peminat laksa ke? Boleh dapatkan di Tokchik Lemang Bakar hari ini. RM7 je sebekas ๐Ÿ˜
04/08/2026

Ada peminat laksa ke? Boleh dapatkan di Tokchik Lemang Bakar hari ini. RM7 je sebekas ๐Ÿ˜

๐Ÿ๏ธ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚? ๐— ๐—ผ๐—ต ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ผ๐—ธ๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐˜‚!Rehat sekejap, isi perut dengan ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ% ๐—ž๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—”๐—ฝ๐—ถ d...
30/07/2026

๐Ÿ๏ธ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚? ๐— ๐—ผ๐—ต ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ผ๐—ธ๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐˜‚!

Rehat sekejap, isi perut dengan ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ% ๐—ž๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—”๐—ฝ๐—ถ dan rendang panas sebelum sambung perjalanan.

Semoga semua geng RXZ dipermudahkan urusan, ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต dan selamat sampai ke destinasi.

๐Ÿ“ Tokchik Lemang Bakar
Kg. Megat Segama, Temerloh

๐Ÿ•› ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ: ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—  โ€“ ๐Ÿฒ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐— 

๐—๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ผ๐—ธ๐—ฐ๐—ต๐—ถ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah. Terima kasih rider-rider dari Kuantan sudi singgah pekena lemang & nasi di Tokchik Lemang Bakar.Pertama k...
26/07/2026

Alhamdulillah. Terima kasih rider-rider dari Kuantan sudi singgah pekena lemang & nasi di Tokchik Lemang Bakar.

Pertama kali mereka sampai & alhamdulillah dapat feedback yang sangat baik dari mereka semua. InshaAllah moga lepasni datang lebih ramai ye ๐Ÿ˜

Lemang tepung rasa seakan-akan kuih katanya. Terima kasih sudi singgah try tester lemang tepung kami. Ada lagi yang nak ...
23/07/2026

Lemang tepung rasa seakan-akan kuih katanya. Terima kasih sudi singgah try tester lemang tepung kami. Ada lagi yang nak cuba rasa?

Meh la singgah. Rasa & bagi feedback ๐Ÿ˜

Address

Jalan Seri Semantan Permai 2, Taman Seri Semantan Permai
Temerloh
28000

Opening Hours

Tuesday 14:00 - 23:00
Wednesday 14:00 - 23:00
Thursday 14:00 - 23:00
Friday 14:00 - 23:00
Saturday 14:00 - 23:00
Sunday 14:00 - 23:00

Telephone

+601125862478

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tokchik Lemang Bakar Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category