Restaurant D'Aya

Restaurant D'Aya Restaurant D'aya menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Pelbagai jenis hidangan yang disajikan seperti masakan kampung, nasi ayam, nasi daging, kari periuk tanah, asam pedas dan macam-macam lagi!

26/07/2023

Assalamualaikum..
Dukacita dimaklumkan Restoran D'aya beralamat di No. 2D hadapan Klinik Kesihatan Teluk Bahang akan menamat operasi perniagaan pada 29/7/2023. Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda dan memohon kemaafan sekiranya terdapat apa apa kekurangan
sepanjang menjalankan perniagaan.

Sekian. T/Kasih

Set lunch..
24/06/2023

Set lunch..

20/03/2023
20/03/2023
19/03/2023

RED VELVET CRUNCHY COOKIES

210 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu soda bikarbonat
200 gm mentega asli @ pure butter
130 gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat manis
100 gm almond flakes
60 gm cornflakes kisar
2 sudu teh red velvet emulco
100 gm white @ dark choc chip

1 putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.

2. Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.

3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.

4. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.

5. Bakar biskut pada suhu 160°c selama 20 minit.

6. Bila biskut telah masak biar hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Resepi & foto : Rosmaliza Omar

17/03/2023
16/03/2023
14/03/2023

RESEPI NUTELLA BUTTON Cookies

Bahan2 :
250g butter (pakai butter campuran pun boleh)
80g gula icing
-Kacau sebati guna mixer/ senduk kayu

16g serbuk badam (takde boleh skip)
16g serbuk koko
16g terpung jagung
-Masukkan dlm adunan & kacau lg.

300g tepung gandum
-Masukkan tepung last & gaul smpi jadi doh.

200g badam cincang
-Letak badam cincang kat pinggan secukupnya.
Gris loyang.

Bulat2kan doh tadi sebesar ruas ibu jari/ 1 sdt metrik. Gelekkan kat badam. Pastu leperkan sikit & tekan tengah untuk lubang Nutella.
-Susun semua di loyang. Pastu baru paipkan Nutella. Nak mudah, Nutella tu masukkan dalam piping bag/ plastik makanan. Gunting hujung plastik & picit ke dalam lubang yang kita tekan tadi.
-Panaskan oven 180'. Bakar 30min, on kipas, rak paling bawah. Ni suhu saya guna oven Khind 52L. Terpulang suhu oven masing2.
-Sudah masak, tunggu sejuk betul2 baru masuk balang.

-Selamat mencuba!👍

Credit: Chesu Riani

13/03/2023

Address

Teluk Bahang
11050

Telephone

+60124751214

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restaurant D'Aya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category