16/09/2026
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan memeriahkan AYAM BAKAR PASU × DANSKA — THE COMEBACK semalam. 🙏🏻❤️
Kami dari pihak Ayam Bakar Pasu Tawau ingin memohon maaf sebesar-besarnya kepada semua pelanggan atas segala kekurangan yang berlaku.
Kami sedar semalam keadaan agak sesak dan di luar jangkaan kami. Ada yang order lambat sampai, order tercicir, ada meja yang tidak sempat kami layan dengan baik, malah ada pelanggan yang mungkin terpaksa menunggu agak lama. Kepada semua yang terkesan, kami benar-benar minta maaf. 🙏🏻
Bukan itu yang kami inginkan, dan kami akan ambil semua yang berlaku semalam sebagai pengalaman untuk kami perbaiki lagi selepas ini.
Dan kami juga mohon maaf kerana persembahan Danska terpaksa dihentikan sementara disebabkan hujan. 🌧️
Tapi jangan risau… ❤️
VOL. 2 DANSKA PASTI AKAN MENYUSUL! 🎶🔥
Insya-Allah, kita jumpa lagi dengan persiapan yang lebih baik, layanan yang lebih teratur dan suasana yang lebih meriah.
Terima kasih kerana tetap sabar, memahami dan terus menyokong Ayam Bakar Pasu Tawau. ❤️
❤️❤️TERIMA KASIH DANSKA SEBAB SUDI MEMERIAHKN KAMI SEMLM..KAMI MENGHARGAI ADA YG SETRUSNYA…DANSKA MEMANG MANTAP…DIMNA ADA DANSKA DI SITU ADA CROWDNYAAA🔥🔥🔥
KAMU SEMUA MEMANG TERBAIK! 🙏🏻🔥
Jumpa lagi di DANSKA VOL. 2! 🎶🍗