Kelas roti cikgu qasih

Kelas roti cikgu qasih Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas roti cikgu qasih, Restaurant, Taman Kuala Ketil, Tawar.

Haiii... assalamualaikum...kelas roti special harini.....free sahaja... Berminat boleh wssp saya..0175894060..pukul 3 pe...
05/09/2021

Haiii... assalamualaikum...kelas roti special harini.....free sahaja... Berminat boleh wssp saya..0175894060..pukul 3 petang

Meh la jemput cuci mata tengok nina punya roti jala😁Roti jala lembut 2hari pun masih elok tak basi tu pun kalau tak habi...
30/07/2021

Meh la jemput cuci mata tengok nina punya roti jala😁

Roti jala lembut 2hari pun masih elok tak basi tu pun kalau tak habis la kan😅
Nina bagi resepi untuk sukatan sekilo tepung&3cawan tepung.

Resepi Roti Jala Lembut(untuk sukatan 1kilo tepung)
==========================================

-1kg tepung gandum
-telur 4biji
-susu cair 1/2tin
-air 4tin(sukat guna tin susu)
-4sudu makan minyak
-2sudu makan gula
-1sudu teh garam
-pewarna

*gaul sebati@blend semua bahan hingga halus
*tapis dan perap sekejap
*untuk jala yang pertama sapukan sedikit minyak

Kalau masak roti jala partner wajib dia haruslah kari ayam kann

Resepi Kari Ayam
==============

-1ekor ayam
-8biji bawang merah
-4ulas bawang putih
-3inci halia
-2tangkai daun kari
-2paket kecil serbuk kari adabi
-2sudu makan cili giling@cili kisar
-3sekawan
-2keping asam keping
-santan
-gula garam secukup rasa
-kentang secukupnya

*kisar@blend bawang merah, bawang putih dan halia
*panaskan minyak tumis bahan kisar bersama daun kari dan 3sekawan hingga wangi
*masukkan cili giling, rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak
*masukkan ayam dan asam keping bila dah separuh masak masukkan kentang dan santan
*perasakan gula garam
*renehkan hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak

Roti Jala Lembut Sukatan 3cawan Tepung
=================================

-3cawan tepung gandum
-telur sebiji
-setengah cawan susu cair
-2cawan setengah air
-gula 1sudu kecil
-secubit garam
-2sudu besar minyak masak
-pewarna

*gaul sebati@blend semua bahan dan tapis
*untuk jala yang pertama sapukan kuali dengan sedikit minyak

Resepi kek pandan layer (sukatan guna cawan minum teh)Bahan kek*****3 biji telur A1/2 cwn gula perang (nk manis 1 cwn)1 ...
04/07/2021

Resepi kek pandan layer (sukatan guna cawan minum teh)

Bahan kek*****
3 biji telur A
1/2 cwn gula perang (nk manis 1 cwn)
1 sdb ovallete
1 cwn tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt baking soda
1/4 sdt garam
1 sdt perisa pandan
1 sdt pewarna hijau
1/2 cwn santan kotak
Sedikit esen vanilla
3 sdb air pandan
50ml minyak jagung

-pukul telur, gula dan ovallette sampai warna putih guna mixer.
-ayak tepung, baking soda+powder dan garam pastu masukkan dalam adunan selang seli guna speed perlahan.
-matikan mixer. Campurkan kesemua bahan lain dan kaup guna spatula je. Last sekali baru masukkan minyak.
-bahagi dua adunan dan ketuk2 loyang bagi hilang bubble. Kukus 15-20min api besar. Kalau bakar ikut suhu oven masing2.
-da masak kuarkan dr loyang dan tggu smpi sejuk.

Bahan Kastard Pandan******
1 cawan santan kotak@santan segar
3 cawan air
1 cawan air pandan/ 1 sdt perisa pandan
1 cawan susu cair
100g tepung hoen kew(ku guna 50 gm tepung jagung dan 50gm tepung kastard)
1/2 cawan gula perang (nk manis 1 cwn)
1 sdt garam halus
10g agar2 serbuk/ agar2 tali
1 sdt pewarna hijau
Jumlah cecair(santan+susu cair+air pandan dan air mesti 1200ml@6 cawan kesemuanya)

-jika guna agar2 serbuk,ayakkan tepung dan satukan dgn bahan2 lain ke dlm periuk.
-cacau dgn api sederhana perlahan2 sampai pekat berkilat dan meletup2 kecil.

*Jika guna agar2 tali:
-satukan air dgn agar2 dan masak hingga mendidih dan agar2 larut. Kacau sekali sekala.
-masukkan gula,garam dan pewarna,kacau sekejap... biar mendidih.
-ayakkan tepung dan satukan dgn air pandan, santan dan susu cair. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk agar2 yg tgh mendidih.
-kacau jgn berhenti hingga adunan pekat dan mula meletup2 kecil. Kalau nampak terlalu pekat tambah setengah cawan air panas dan kacau sebati hingga mula meletup2 kecil semula. Matikan api... Siap kastard.

Cara melapis kek dan kastard:

-basahkan loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi @ renjiskan dgn air biar basah.
-kalau kek potong 2, bahagikan kastard kepada 3 bahagian. (Ku buat 2 potong kek je)
-bahagian dlm loyang biar basah tau, jgn lap kering pulak. Kemudian ambil mangkuk kastard pertama dan tuang dlm loyang. Ratakan keseluruhan loyang dan letak sekeping kek di bahagian tengah2 kek. Biar tepi2 ada ruang kosong.
-kemudian masukkan bahagian kastard kedua dan tuangkan ke atas kek, tuangkan juga pd tepi2 sekeliling kek. Ratakan kemudian hentak2 perlahan biar kastard rata dan turun ke tepi2 loyang.
-kemudian ambik lapisan kek yg kedua dan letak atas kastard tu, tutup balik dgn baki adunan kastard. Ratakan dan hentak perlahan loyang.
-biarkan kastard sejuk, kemudian simpan kek dlm peti ais sekurang2nya 4 jam.Kalau tak cukup 4 jam@lebih jgn berani nak tanggalkan loyang dan keluarkan kek ye. Nanti kastard x cukup keras,takut pecah...

Cara tanggalkan kek dari loyang***

-lepas keluarkan loyang dari peti ais, kalau nampak kastard melekat kuat pd tepi loyang ...ambik pisau besi nipis dan lalukan hujungnya pd tepi permukaan loyang tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang nanti calar2 kastard.Hentak dan goyang sikit2 loyang supaya kek regang sikit dari loyang.
-ambil pinggan besar@cake board@talam letak pd permukaan loyang, kemudian terbalikkan biar loyang terlangkup atas pinggan.Tepuk2 sikit belakang loyang. Pnuh hati2 ya..
-pegang sisi loyang dgn tapak tgn, bila rasa kek dah turun angkat loyang perlahan2. In shaa Allah, kek keluar licin cantik, tak melekat2 pd loyang.

Credit : Cheesu Riani

Kek minyak Noxxa.. sebelum ni takut nk gune noxxa 😂🤣 Skrg ni dh x takut 😝Resepi kek minyak noxxaTelor 5 biji ( gred A )1...
04/07/2021

Kek minyak Noxxa.. sebelum ni takut nk gune noxxa 😂🤣 Skrg ni dh x takut 😝

Resepi kek minyak noxxa

Telor 5 biji ( gred A )
1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar overlate
1 sudu besar esen vanilla
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
*1 sudu kecil baking powder
*2 cawan tepung gandum

Yang bertanda * ayak dulu

Cara2

Putar telor,overlate & gula sehingga kembang.. Masukkan esen vanila,susu pekat & minyak masak.. putar sebati..
masukkan tepung yg telah di ayak..
Bahagi kan warna kesukaan masing2..
sapu kan sedikit majerin dlam inner pot.. Masukkan adunan ke dlm berselang seli.. Tekan butang cake (45 minit ) tombol menghala ke STEAM

Address

Taman Kuala Ketil
Tawar
09300

Opening Hours

09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas roti cikgu qasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category