20/11/2024
Alhamdulillah..tahun ni genap 10 tahun.
Masih memintal walau tak sekerap dulu.
Selagi ada rezeki Allah lorongkan ke arah ni..aku teruskan jua ...Terima kasih semua yang masih setia ,tak jemu2 ,tak lupa nak tambah aiskrim Malaysia dalam setiap majlis anda.Dari tahun 2014 lagi.
Alhamdulillah.... Masih di Pokok Tampang Tasek Gelugor.
Bermula dari 2014 setelah tamat Malaysia punya Projek Mega, Landasan berkembar keretapi elektrik dari Ipoh ke Padang Besar dan Projek Jambatan ke 2 Pulau Pinang....
Aku pun menamatkan kerja makan gaji aku as a Document Controller...
Di sini la aku meneruskan usaha....
Mencari rezeki secara homebased.
Bermula dengan modal rm50 sahaja masa 2014.
Dan sekarang dah 2022....masih beroperasi.
Alhamdulillah....
Walaupun tak besar, Walaupun takda kedai.
Cukup untuk kami sekeluarga 7 beranak.
Ada yang bertanya... Tak nak luaskan pasaran lagi ka. Joint itu ini, daftar itu ini, dapat macam2 nanti senang. Nak kembangkan lagi biz.
Ada yang dapat freezer, dapat mesin itu ini...
Tapi... Tak pa sahaja jawapan aku.
Biarla beri pada yang betul2 layak dan setanding dengan usaha mereka.
Aku....
Masih setia, berniaga secara homebased sahaja.
Sambil besarkan anak2... Walau kadang memeningkan kepala.
Alhamdulillah.... Masih ramai pelanggan setia yang tak jemu2 menikmati aiskrim Malaysia by Mizwair ice cream sejak 2014 lagi.
Terima kasih buat semua.... Sudi berkongsi rezeki dengan saya.
Ada yang ambil untuk berniaga kembali.
Ada juga yang sudi..... Letakkan aiskrim saya di kedai mereka.
Ada juga yang tempah untuk disedekahkan di majlis kenduri.
Terima kasih semua...
Walau aiskrim saya... Cuma biasa2.
Tiada yang bercheese, bertopping2 pelbagai jajan. Dan tiada p**a yang ala2 magnum atau seangkatannya...
Hanya aiskrim perisa biasa. Bersusu tanpa gula. Dan bergula dengan gabungan jelly halus di dalamnya.
InsyaAllah.... Selagi ada sambutan...
Selagi itulah mizwair ice cream akan terus dipintal...
InsyaAllah... Jika saya masih dipanjangkan usia...
Pemintal aiskrim Malaysia mizwair ice cream .... NOR HASLAWATI SAAD... Hanya 1 tiada duanya....
Terima kasih semua....