26/06/2026
Untuk pengusaha kedai makan yang tengah struggle sekarang…
Kalau bisnes tengah jatuh, jangan terus salahkan market, ekonomi atau customer.
Apa yang korang kena buat dengan kadar segera ialah: AUDIT.
Bukan audit atas kertas semata-mata, tapi audit secara forensik terhadap keseluruhan operasi.
1. Audit P&L
* Tengok balik untung rugi. Betul ke bisnes korang rugi?
* Atau sebenarnya duit bisnes dah terlalu banyak digunakan untuk perbelanjaan peribadi, cover bisnes lain atau bayar ansuran loan yang terlalu tinggi?
Ramai owner ingat restoran rugi, padahal cash flow yang bocor.
2. Audit Kitchen
Check satu-satu:
* FIFO jalan atau tidak?
* Semua barang ada label & tarikh?
* Portion control konsisten?
* Mise en place kemas?
* Suhu chiller & freezer ikut standard?
* Amalkan 5S?
* Staff meal ada bajet allocation?
Kemudian cari semua kebocoran:
* Wastage
* Spoilage
* Breakage
* Yield
* Pilferage (barang hilang)
* Over portion
Semua benda ni makan margin tanpa korang sedar.
3. Audit Cost Price
Semak balik semua recipe costing.
Harga bahan mentah sentiasa berubah.
Pastikan:
* Food cost sekitar 30–38%
* Lagi cantik kalau 30–35%
* Beverage cost sekitar 10–15%
Kalau cost lari, untung pun hilang walaupun sales nampak tinggi.
4. Audit Menu
Tanya diri sendiri:
* Sedap ke sekadar syok sendiri?
* Presentation menarik?
* Instagrammable?
* Plate sesuai?
* Menu terlalu banyak atau terlalu sedikit?
Kalau target kawasan keluarga, sediakan menu yang sesuai untuk seisi keluarga.
Kalau kawasan office, fokus pada menu lunch yang cepat, sedap dan berbaloi.
Rajin buat demographic research kawasan sendiri.
Check juga:
* Parking cukup?
* Akses mudah?
* Signboard jelas?
Kadang-kadang makanan sedap, tapi orang malas datang sebab parking susah.
5. Audit Service Floor
Perhatikan staff.
Customer masuk:
* Ada greeting?
* Senyum?
* Welcoming?
Customer balik:
* Ucap terima kasih?
* Tolong warga emas atau OKU?
Ramai owner sibuk tengok sales, tapi lupa pengalaman pelanggan.
Kadang-kadang customer tak datang semula bukan sebab makanan, tapi sebab layanan.
6. Audit Staff
Kenal pasti siapa aset dan siapa liabiliti.
Kalau pandai hire, kena pandai juga manage.
Kalau prestasi tak memuaskan:
* Bagi latihan dulu.
* Rekodkan.
* Buat PIP (Performance Improvement Plan).
* Terangkan apa yang perlu diperbaiki.
* Minta mereka tandatangan.
Kalau masih gagal selepas peluang diberi, ikut prosedur dan Akta Kerja.
Jangan asyik cakap “kami satu keluarga”.
Hakikatnya mereka datang bekerja untuk gaji.
Kalau dapat staff yang betul-betul sayang bisnes, itu bonus. Hargai mereka.
Yang penting, owner mesti ada handbook, SOP, rules dan job description yang jelas.
Tapi kadang-kadang…
Staff bukan masalah sebenar.
Owner tu yang jadi liabiliti.
7. Audit Kebersihan & Suasana Kedai
Kipas berhabuk.
Aircond tak sejuk.
Lantai melekit.
Tandas busuk.
Customer belum makan pun dah berpeluh.
Suasana memainkan peranan besar dalam pengalaman pelanggan.
8. Audit Marketing
Lepas semua benda di atas selesai, baru audit marketing.
* Content konsisten?
* Live dibuat?
* Ads berjalan?
* Semua platform aktif?
* Google Business Profile dikemas kini?
* Google Ads digunakan?
Jaga juga Google Review.
Target sekurang-kurangnya 4.5⭐ dengan jumlah review yang banyak.
Kalau ada complaint, jangan melenting.
Improve.
Itulah audit yang paling jujur.
Akhir sekali…
Kalau mentaliti korang masih s**a salahkan staff, kerajaan, ekonomi, market atau pesaing…
Selagi tu ada benda nak dipersalahkan, semua tips dekat atas ni takkan membantu.
Lebih baik tutup kedai.
Sebab masalah sebenar bukan restoran.
Masalah sebenar ialah mentaliti owner.
Bisnes selalunya mencerminkan perangai tuan dia.
Belajar urus emosi.
Belajar urus operasi.
Belajar urus nombor.
Dan ikut tatacara pengurusan F&B yang betul.
Insya-Allah, perlahan-lahan bisnes akan kembali sihat.