23/05/2022
Pelanggan yg dihormati, bermula Mei, tiada lagi dine-in. Kami tidak lagi ada kedai. Kedai yg selama ini bertahan 2 tahun sepanjang pkp, menyimpan seribu satu kenangan, terpaksa dilepaskan dengan hati yang teramat berat.
Sayang seribu sayang.
Ya, sayang seribu sayang.
Apakan daya, kesihatan lebih diutamakan.
Namun, tak pernah lupa. Di sini ada seribu satu memori yang...
Ada manisnya.
Ada pahitnya.
Ada ragamnya.
Ada nikmatnya.
Untuk melepaskannya, bukan kerana tidak mampu menguruskan. Lebih kepada saya mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban di bahu. Terpaksalah satu kedai ini dikorbankan.
Pun begitu, kami masih ada di foodpanda dan grabfood. Masih beroperasi secara delivery. Hanya melalui cloud kitchen.
Terima kasih yang support kami selama ini. Terima kasih yang banyak beri tunjuk ajar kepada kami juga.
Terima kasih kepada pelanggan tetap kami.
Yang selalu dine-in.
Yang selalu cod
Yang selalu pick up order dari kedai kami
Yang selalu bungkus tak kira waktu
Anda terbaik!
Anda terhebat!
Anda kami sayangi.
Kalau rindu... Intai2 lah kami di Oppa and Onni cafe😘😘😘