03/11/2025
SAKIT OTOT @ SAKIT BELAKANG @ SAKIT SENDI? Nak Makan Apa?
MAKAN NANAS
Nanas boleh bantu selesaikan masalah sakit otot dan sendi. Ia disebabkan oleh kehadiran enzim bromelain.
Enzim ini banyak terdapat dalam empulur nanas. Isi nanas ada juga enzim ini tetapi kuantitinya rendah.
Nenas muda tinggi enzim ini
Enzim ini bantu pecahkan molekul protein.
Enzim ini bantu atasi masalah gout dengan mengurai asid urik kristal dan kurangkan kesakitan akibat gout
Terdapat juga kajian yang menunjukkan nanas boleh melegakan keradangan, bantu masalah sinus dan bantu cairkan kahak dan seterusnya kurangkan batuk
KURANGKAN GULA PUTIH
Memandangkan sakit otot dianggap sebagai satu bentuk keradangan, adalah wajar untuk mengurangkan makanan yang boleh sebabkan radang terutamanya gula putih.
Kajian pada 2017 terhadap lebih daripada 12,000 orang yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa mendapati mereka yang mengambil banyak gula putih tambahan mempunyai tahap penanda keradangan (penyebab sakit otot) yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang ambil gula putih
MINUM KOPI
Selain itu, kajian pada 2019 juga mendapati meminum kopi pada 24 dan 48 jam dapat kurangkan rasa sakit pada lelaki dan wanita. Menariknya, lelaki mengalami pengurangan sakit yang lebih ketara selepas minum kopi berbanding wanita.
Kopi seeloknya diambil tanpa susu dan diambil bersama madu atau sedikit gula. Ini kerana penambahan susu akan mengikat khasiat kopi.
Merebus biji kopi akan tingkatkan bahan kahweol dan cafestol. Walaupun bahan-bahan ini dilaporkan boleh bertindak sebagai antioksidan, anti-radang dan elakkan elak kanser, bahan-bahan ini dapat memerangkap dan seterusnya menaikkan kolesterol dalam darah.
TELUR SEPARUH MASAK
Telur padat dengan protein yang mempunyai kebolehserapan tinggi. Telur juga membantu merangsang pemulihan otot.
Kajian pada 2017 ke atas 10 lelaki menunjukkan pengambilan keseluruhan telur (putih dan kuning) membantu pertumbuhan otot. Ini kerana kuning telur penuh dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Contohnya vitamin A, selenium, zink dan asid lemak palmitat yang boleh meningkatkan perkembangan otot.
Mengambil telur separuh masak semasa sarapan adalah pop**ar di kalangan rakyat Malaysia. Tapi soalnya, jenis telur yang manakah baik untuk atasi masalah otot? Telur rebus (masak penuh), separuh masak atau telur mentah?
Kajian tentang khasiat telur rebus (masak penuh), separuh masak dan telur mentah telah dilakukan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasil kajian mendapati hampir ke semua jenis asid amino (‘non-essential’ dan ‘essential amino acid’) meningkat dengan ketara dalam telur rebus (separuh masak) berbanding telur rebus (masak penuh) dan telur mentah.
Telur rebus (separuh masak) juga mudah dicerna (81.5 %) diikuti dengan telur rebus (masak penuh) (76.2%). Telur mentah p**a mempunyai nilai kebolehcernaan yang paling rendah pada 70.0%.
Justeru, betul lah amalan orang-orang tua kita dulu-dulu. Jika anak-anak mereka tidak sihat seperti demam dan sakit badan, mereka akan sajikan telur rebus (separuh masak).
AMBIL SUP TULANG
Sup tulang baik untuk otot kerana ia kaya dengan magnesium dan kalsium, yang dapat membantu mencegah dan melegakan kekejangan otot.
Dr Suri Roowi Ph.D (Glasgow, UK), KMN
Principal Scientist (Natural Product & Human Nutrition)
Foto : Smart Cooking