20/01/2021
Restoran Sri Putri hanya menyediakan hidangan yang terbaik dan berkualiti yang mampu memenuhi citarasa pelanggan. Antara hidangan yang disediakan ialah pelbagai jenis ikan, masakan goreng, tomyam, sayur dan bermacam macam lagi hidangan yang mampu membangkitkan selera makan pelanggan. Kami juga menyediakan ‘appetizer’ dan ‘dessert’ yang enak dan menarik. Tidak lupa juga, hidangan kami dimasak oleh chef-chef yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang masakan timur. Jadi tidak hairanlah hidangan yang kami sajikan mendapat tempat di hati pelanggan. Secara asasnya, Restoran Sri Putri menyediakan menu yang berasaskan masakan timur untuk menarik lebih ramai masyarakat tidak kira dari golongan tua dan muda.