11/04/2021
TIDAK BOLEH IBADAH HAJI KERANA PANDEMI, INI AMALAN PENGGANTINYA
1. Pergi Masjid untuk mencari ilmu.
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ (رواه الطبراني)
"Siapa yang pergi ke masjid untuk belajar kebaikan atau mengajarkan kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan ibadah berhaji yang sempurna ibadah hajinya (HR. Thabrani)"
2. Mendatangi Masjid untuk Menunaikan shalat dalam keadaan berwudhu.
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ (رواه ابو داود)
"Siapa yang keluar rumah dalam keadaan berwudu untuk menunaikan salat fardu, maka pahalanya setara dengan pahala orang berhaji yang mengenakan ihram. Dan sesiapa yang keluar untuk menunaikan salat duha, dan hanya bertujuan itu sahaja, maka pahalanya setara dengan pahala orang menunaikan umroh. (HR. Abu Dawud)"
3. Menunaikan Salat subuh berjamaah di Masjid dan beriktikaf sehingga waktu duha.
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ (رواه الترمذي)
"Siapa yang salat subuh berjamaah, lalu duduk sambil berzikir hingga matahari terbit, kemudian salat dua rakaat, maka ia layak mendapat pahala setara dengan pahala haji dan umroh, dengan pahala yang sempurna, sempurna, sempurna (HR Al Turmudzi)"
4. Shalat Jumat
الجمعة حج المساكين (رواه الديلمي)
"Salat Jumat merupakan ibadah haji bagi orang-orang miskin (HR. Al Dailami)"
5. Berbuat Baik kepada orang tua (Birrul Walidain).
عن أنس قال: أتى رجل النبي فقال: إني أشتهي الجهاد ولا أقدر عليه قال: هل بقي من والديك أحد؟ قال: أمي، قال: فأبل الله من برّهما، فإذا فعلت ذلك فأنت حاج ومعتمر ومجاهد (رواه الطبراني)
"Diriwayatkan dari Anas bin Malik: ada seseorang berjumpa Nabi Muhammad Saw dan berkata: Sungguh aku sangat ingin pergi berjihad, namun saya tiada kemampuan". "Apakah salah seorang dari kedua orang tuamu masih ada ?" Tanya Rasulullah Saw. "Ibuku". Jawabnya. Rasulullah Saw: "Bertakwalah kepada Allah Swt dengan berbakti kepada orang tuamu, jika kamu melakukan itu, niscaya engkau seperti orang berhaji, umrah dan berjihad" (HR. Thabrani)"
6. Membantu memenuhi hajat (Keperluan) orang lain
قال الحسن البصري: مشيك في حاجة أخيك المسلم خير لك من حجة بعد حجة
"Hasan Al Basri: Langkahmu untuk membantu memenuhi hajat hidup saudara muslimmu lebih utama dari ibadah haji sunnah (haji kedua dan seterusnya)"
(Sumber FB : Ustaz Kholis Waidi.)