21/07/2026
Notis Pengumuman: Fasa Peralihan seterusnya untuk
KING CURRY BORNEO.
Kepada pelanggan setia dan sahabat KING CURRY BORNEO yang dihargai,
Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa operasi KING CURRY BORNEO akan berakhir bulan ini 27hb Julai 2026.
Hari terakhir operasi kami adalah pada Sabtu 26hb Julai 2026.
Perjalanan ini adalah satu pengalaman yang luar biasa buat kami. Kami amat bersyukur atas sokongan padu, kesetiaan, dan kenangan indah yang anda kongsikan bersama kami sejak hari pertama kami dibuka pada 2015 sehingga lah 2026.
Sokongan anda telah mewarnai perjalanan KING CURRY BORNEO di Tamparuli Point.
Walaupun operasi fizikal ini telah kami tutup di Tamparuli Point, Tetapi kami masih ada cawangan kecil di Inanam iaitu dalam Food Court Barbarian Rebonz. Sesiapa yg merindui resepi King Curry Borneo boleh lah melawat kami di tempat tersebut. King Curry Borneo akan di buka kembali di kawasan Tamparuli selepas bangunan baru siap di bina berkonsepkan bangunan bertingkat iaitu, dibawah Berhawa Dingin dan bahagian Atas adalah Roof Top. Binaan ini disesuaikan dengan konsep hidangan King Curry Borneo pada masa akan datang (akan di beritahu kelak). Oleh itu penutupan ini bukanlah penamat bagi perjuangan kami.
Kami sedang melangkah ke fasa yang baharu dan tidak sabar untuk berkongsi pengembaraan kulinari kami yang seterusnya bersama anda .Bagi pelanggan yang mahu membuat tempahan katering, sevice ini kami masih terima dan sila hubungi kami melalui nombor Wasap 0176992276 atau 0147567695 untuk sebarang tempahan.
Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar KING CURRY BORNEO.
Kami akhiri pengumuman ini dengan permohonan maaf kami atas segala kekurangan dan kesilapan kami sepanjang kami beroperasi..dan kami Doakan supaya semua pelanggan yg pernah support King Curry Borneo supaya terus di murahkan rezeki. Jumpa anda di fasa yang seterusnya.
Ikuti perkembangan semasa kami di page King Curry Borneo Tamparuli atau King Curry Borneo - Food Court
P/S Pejabat operasi kami hanya berpindah ke Pekan Tamparuli sahaja (Atas BSN)
Sesiapa yg berurusan untuk sewa lot Pasar Malam, Bekalan Ikan Laut segar, Pengedar sah Sacha Inchi Oil dan lain2 urusan boleh lah datang terus ke pejabat ini bermula awal bulan Ogos.
Sekian dan Harap Maklum.@