Kolej Komuniti Tambunan

Kolej Komuniti Tambunan Kolej Komuniti Tambunan merupakan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Kolej Komuniti Tambunan
(2)

๐Ÿ†โœจTAHNIAH KONTINJEN KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN! โœจ๐Ÿ†Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar dan pens...
13/08/2026

๐Ÿ†โœจTAHNIAH KONTINJEN KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN! โœจ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar dan pensyarah Unit Agroteknologi, Kolej Komuniti Tambunan atas kejayaan cemerlang dalam International Agrofood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs 2026 (iFAMB@SEN2026)! ๐ŸŒฑ๐Ÿ‘

Hasil usaha, kreativiti dan dedikasi yang dicurahkan akhirnya membuahkan kejayaan:

๐Ÿฅ‡ BanRice Seedling Tray โ€” PINGAT EMAS
๐Ÿฅ‡ UbiLeaf Crunch โ€” PINGAT EMAS
๐Ÿฅˆ EcoWeed BioSolution โ€” PINGAT PERAK
๐Ÿฅ‰ Agro-Trivia โ€” PINGAT GANGSA

Tahniah juga diucapkan kepada Ts. Jean Ivy Binti Denis kerana turut serta menyertai iFAMB@SEN2026 dengan membentangkan kertas penyelidikan bertajuk:

๐Ÿ“‘ โ€œAgro-Trivia โ€“ A Gamification-Based Innovation to Enhance Motivation and Academic Achievement in TVET Agrotechnology at Community Collegeโ€

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar TVET bukan sahaja mampu menghasilkan inovasi yang kreatif dan berimpak, malah berani membawa idea serta hasil penyelidikan ke peringkat pertandingan dan pembentangan yang lebih luas. ๐Ÿ’ก๐ŸŒพ

Tahniah kepada semua pelajar, pensyarah pembimbing dan seluruh warga Kolej Komuniti Tambunan yang telah memberikan sokongan kepada kontinjen ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berinovasi, berdaya saing dan mencipta impak dalam bidang agro-teknologi! ๐Ÿš€๐ŸŒฑ

Dari Tambunan ke pentas inovasi โ€” terus melakar kejayaan! ๐Ÿ’š๐Ÿ†









๐Ÿ† *TAHNIAH PESERTA POLYCCSKILLS 2026 KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN!* ๐Ÿ†Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada dua ...
12/08/2026

๐Ÿ† *TAHNIAH PESERTA POLYCCSKILLS 2026 KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN!* ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang pelajar Kolej Komuniti Tambunan atas pencapaian dalam Pertandingan Kemahiran Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (POLYCCSkills) 2026:

๐Ÿง—โ€โ™‚๏ธ Rychel Roger
Pelajar Semester 3, Sijil Pengembaraan Pelancongan
๐Ÿ… TOP 10 daripada 18 peserta โ€“ Bidang High Rope

๐Ÿš— Ardie bin Wasidie
Pelajar Semester 3, Sijil Penyelenggaraan Kenderaan Ringan
๐Ÿ… Kedudukan ke-12 daripada 18 peserta โ€“ Bidang Teknologi Automobil

Pencapaian ini mencerminkan usaha, komitmen dan keberanian kedua-dua pelajar dalam menguji kemahiran serta kompetensi masing-masing di pentas POLYCCSkills 2026.

Penghargaan turut diberikan kepada barisan jurulatih, Pn. Nadhirah binti Marof, En. Redzam Laugan (PPD Tambunan) dan En. Mohd Husaini bin Mohd Sarudin, serta En. Hafiz bin A. Rahman, Penyelaras POLYCCSkills Kolej Komuniti Tambunan, atas bimbingan dan komitmen sepanjang persediaan pertandingan.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Tambunan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

๐Ÿ‘ Syabas Rychel dan Ardie! Teruskan melangkah, tingkatkan kemahiran dan cipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan!











๐Ÿ’ƒโœจ BORNEO VOYAGE CREW KE MSU SABAH ETHNIC FESTIVAL 2026!Kolej Komuniti Tambunan berbesar hati menyertai Pertandingan Eth...
12/08/2026

๐Ÿ’ƒโœจ BORNEO VOYAGE CREW KE MSU SABAH ETHNIC FESTIVAL 2026!

Kolej Komuniti Tambunan berbesar hati menyertai Pertandingan Ethnic Creative Dance sempena MSU Sabah Ethnic Festival 2026 Peringkat Negeri Sabah.

Program ini dianjurkan oleh MSU College Sabah dengan kerjasama Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) bagi memupuk kesedaran terhadap keunikan dan kepelbagaian etnik di Sabah.

Seramai 7 orang pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) daripada Borneo Voyage Crew mewakili kolej, diiringi oleh Pn. Sarinah Malek, Pensyarah SPL.

๐Ÿ‘ฅ Ahli Borneo Voyage Crew:

1. Elfero Jesfero Jemis
2. Andy Ferdiano Baru
3. Nurizzattul
4. Saizonree Johani
5. Maxozee Oliver Sain
6. Crisleeana Binti Jarrow
7. Nur Ayen Dania Binti Alzarid

๐Ÿ“… 12 Ogos 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ Dewan Kebudayaan Penampang
๐Ÿ’ƒ Pertandingan: Ethnic Creative Dance

Penyertaan ini selaras dengan usaha menyokong SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, khususnya dalam memelihara dan melindungi warisan budaya serta menghargai kepelbagaian budaya dalam komuniti. ๐ŸŒบ๐ŸŒ

Selamat bertanding dan semoga berjaya, Borneo Voyage Crew! ๐Ÿ†๐Ÿ’ƒโœจ








๐ŸšฉFLAG OFF WAKIL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN KE POLYCCSKILLS 2026 BIDANG HIGH ROPE๐ŸšฉSeluruh warga Kolej Komuniti Tambu...
01/08/2026

๐ŸšฉFLAG OFF WAKIL PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN KE POLYCCSKILLS 2026 BIDANG HIGH ROPE๐Ÿšฉ

Seluruh warga Kolej Komuniti Tambunan mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil institusi yang akan menggalas cabaran dalam POLYCCSkills โ€“ Pertandingan Kemahiran Politeknik dan Kolej Komuniti 2026 bagi kategori High Rope, yang akan berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos 2026 di Wetland Adventure Park, Putrajaya.

Mewakili Kolej Komuniti Tambunan ialah:

๐Ÿ… Rychel Roger
Pelajar Semester 3
Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL)

Sepanjang persediaan, beliau telah dibimbing oleh barisan jurulatih berpengalaman:

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Nadhirah binti Marof
Pensyarah Sijil Pengembaraan Pelancongan
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ En. Redzam Laugan
Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan

๐Ÿ“‹ Penyelaras POLYCCSkills
En. Hafiz bin A. Rahman

Penyertaan dalam pertandingan berprestij ini menjadi platform terbaik untuk menguji kecekapan, ketahanan fizikal dan mental, kemahiran teknikal serta profesionalisme peserta dalam bidang High Rope, di samping memberi pendedahan kepada standard kompetensi TVET di peringkat kebangsaan.

Semoga Rychel Roger diberikan kekuatan, keyakinan dan kecemerlangan sepanjang pertandingan, seterusnya berjaya mengharumkan nama Kolej Komuniti Tambunan di pentas POLYCCSkills 2026.

Seluruh warga kolej mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, diberikan keselamatan sepanjang perjalanan dan pertandingan, serta memperoleh kejayaan yang membanggakan.

Terbang tinggi, cabar kemampuan dan buktikan kecemerlangan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ…










โœˆ๏ธSelamat Berjuang Pasukan Unit Agroteknologi Kolej Komuniti Tambunan!๐ŸŒฑ๐Ÿ†Hari ini, kami dengan penuh rasa bangga melepask...
01/08/2026

โœˆ๏ธSelamat Berjuang Pasukan Unit Agroteknologi Kolej Komuniti Tambunan!๐ŸŒฑ๐Ÿ†

Hari ini, kami dengan penuh rasa bangga melepaskan pasukan pelajar dan pensyarah Sijil Agroteknologi Kolej Komuniti Tambunan yang akan mewakili institusi ke International Agrofood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs 2026 (iFAMB@SEN2026) di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang, yang berlangsung pada 2-4 Ogos 2026.

Seramai 8 orang pelajar bersama 4 orang pensyarah akan membawa hasil inovasi dan keusahawanan yang dibangunkan dengan penuh dedikasi untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Antara projek yang bakal dipersembahkan ialah:

๐ŸŒพ BanRice Seedling Tray
Pensyarah pembimbing: Siti Norain binti Abd Raman
Pelajar:
1. Iskandar Zulkarnain bin Maruji
2. Arean Marangkil

๐ŸŒฟ EcoWeed BioSolution
Pensyarah Pembimbing : Weil De Jordan bin Libumbun
Pelajar :
1. Muhammad Jecklee bin Zamlee
2. Claude Lee Lobinjangโ 

๐Ÿฅ” UbiLeaf Crunch
Pensyarah pembimbing : Nurul Fithrah binti Husain
Pelajar:
1. Ave Avrill Abigail Nelson
2. โ Reandy Lasfol

๐Ÿง  Agro-Trivia
Pensyarah Pembimbing: Siti Nazirah binti Awang
Pelajar :
1. Mohamad Haiqal Hakimi bin Mungkar
2. โ Mohammad Ridzki bin Tasaka

๐ŸŒถ๏ธ Sambal Borneo & Sos Cili Borneo

Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi merupakan peluang untuk menimba pengalaman, membina jaringan profesional, serta mengharumkan nama Kolej Komuniti Tambunan dan Sabah di pentas inovasi agro-makanan dan bioteknologi.

Pihak pengurusan serta seluruh warga Kolej Komuniti Tambunan mengucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Inovasi Unit Agroteknologi. Semoga segala usaha dipermudahkan, diberikan keyakinan sepanjang pertandingan, dan pulang dengan kejayaan yang membanggakan. Kami sentiasa mendoakan dan menyokong anda semua. ๐Ÿ’š

Teruskan melakar inovasi, mencipta impak, dan membawa pulang kecemerlangan!๐Ÿ’š








31/07/2026
[PROGRAM KEBOLEHPASARAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN 2026, "Basic First Aid, CPR & AED Course"]Telah berlangsung Prog...
31/07/2026

[PROGRAM KEBOLEHPASARAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN 2026, "Basic First Aid, CPR & AED Course"]

Telah berlangsung Program Kebolehpasaran Pelajar Kolej Komuniti Tambunan Tahun 2026,
โ€œBasic First Aid, CPR & AED Courseโ€ pada 28โ€“29 Julai 2026. Seramai 25 orang pelajar daripada Program SPL, SAT dan SPR bersama 4 orang pensyarah SPL telah menyertai Basic First Aid, CPR & AED Course yang berlangsung di Bilik Rugading 2, Kolej Komuniti Tambunan.

Program anjuran Unit Kolaborasi, Industri dan Keusahawanan ini telah diselaras oleh Puan Claudia Petin, Pegawai Latihan Industri Kolej Komuniti Tambunan, di bawah Program Kebolehpasaran Graduan Strive Talent Empowerment Programme (STEP) dengan sokongan dan peruntukan daripada Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas, Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta penggunaan Automated External Defibrillator (AED) sebagai nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), JPPKK atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Tambunan dan seluruh warga kerja yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Penghargaan khas juga kepada Puan Elizabeth Chin Sikayun, jurulatih daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kota Kinabalu, atas perkongsian ilmu, bimbingan dan komitmen yang cemerlang sepanjang kursus ini.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh oleh peserta dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam situasi kecemasan, sekali gus menjadi nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan serta meningkatkan keyakinan dan kompetensi mereka dalam menghadapi alam pekerjaan.

"Knowledge can save lives, but action makes the difference."






๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS ๐ŸŽ‰Seluruh warga Kolej Komuniti Tambunan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada em...
27/07/2026

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS ๐ŸŽ‰

Seluruh warga Kolej Komuniti Tambunan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang pegawai atas kejayaan menerima pemangkuan gred.

๐Ÿ‘ Senarai pegawai yang menerima pemangkuan gred adalah seperti berikut:

๐ŸŒŸ Ts. Jean Ivy binti Denis
โžก๏ธ Pemangkuan ke Gred DH12

๐ŸŒŸ Claudia Petin
โžก๏ธ Pemangkuan ke Gred DH10

๐ŸŒŸ Anabil binti Ubil
โžก๏ธ Pemangkuan ke Gred DH10

๐ŸŒŸ Munirah Hayati binti Abd. Halim
โžก๏ธ Pemangkuan ke Gred DH10

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah sebagai warga pendidik. Semoga pemangkuan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang dengan lebih cemerlang dalam memperkasa pendidikan TVET dan melahirkan graduan yang berkualiti.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Tambunan, khususnya Pengarah, Puan Liza Longgat dan Timbalan Pengarah En. Safary Samat atas kepimpinan, sokongan, bimbingan dan kepercayaan yang berterusan dalam membangunkan potensi warga kolej. Semoga budaya kecemerlangan ini terus diperkukuhkan demi kemajuan institusi dan kecemerlangan perkhidmatan.

Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. ๐Ÿ’โœจ






๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN PENYERTAAN KURSUSDimaklumkan bahawa penyertaan bagi kursus ini telah ditutup kerana semua tempat ya...
24/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN PENYERTAAN KURSUS

Dimaklumkan bahawa penyertaan bagi kursus ini telah ditutup kerana semua tempat yang ditawarkan telah dipenuhi.

Pihak Kolej Komuniti Tambunan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan daripada semua peserta. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat kami hargai. ๐Ÿ™โœจ

Bagi mereka yang tidak berpeluang menyertai kursus kali ini, usah berasa kecewa. Nantikan hebahan kursus-kursus pendek yang akan datang melalui platform media sosial rasmi Kolej Komuniti Tambunan.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Semoga kita berpeluang bertemu dalam program akan datang. ๐Ÿ˜Š

Address

KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN
Tambunan
89650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087774487

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share