20/03/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Agihan Zakat yang dianjurkan oleh Nasi Kandar Beratur 786 Taiping dengan kerjasama Taiping Care 🤲
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran jemputan khas daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Zon Utara, iaitu Tuan Mohd Saufi bin Ibrahim, Pengurus Besar, bagi menyempurnakan program.
Semoga setiap sumbangan ini dapat meringankan beban serta membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua ❤️
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program penuh bermakna ini.