11/02/2026
Assalammualaikum wbt,
Weekend semalam benar-benar menguji Fara.
Kesihatan diuji tanpa amaran — sakit tekak, batuk, demam… belum sempat reda, hari kedua bangun tidur mata p**a tak boleh buka, merah dan pedih 😢
Belum masuk lagi cerita radiator kereta bocor… berlaku tepat selepas balik dari kelas hari pertama.
Tapi masa tu Fara cuma tersenyum dan berbisik dalam hati,
“Alhamdulillah… bila kita nak dapat sesuatu yang berharga, Allah akan uji dulu — kau nak bersedia atau putus asa.”
Fa yakin, pasti ada hadiah besar menanti di depan. Aamiin 🤍
Sepanjang kelas, Fa benar-benar gunakan power of doa.
Meminta kepada Yang Maha Menyembuhkan… dan ajaibnya, walaupun badan tak sihat, energy dalam kelas luar biasa.
Balik ke flat keletihan, tapi pagi ini Allah hadiahkan badan yang ringan, segar dan penuh semangat. MasyaAllah 🥹✨
First of all, Fara nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Eskayvie kerana menganjurkan Accelerator Growth Class ini.
Ilmu yang kami dapat sangat luar biasa — bukan sekadar bisnes, tapi mengenal diri sendiri.
Part paling Fa s**a adalah kenal kelebihan diri dan cari YOUR BIG WHY.
Selama ini Fa sangka Big Why hanya impian… rupa-rupanya bila Kak Shabaneeny Mahmud ajar kita tulis Big Why dari kebengangan dan luka — impaknya sangat berbeza.
Tangan menggigil masa menulis, dan tanpa sedar air mata mengalir.
Ya Allah… baru menulis, sudah terasa dalamnya kesan itu.
Kami juga Belajar Zero Kos Marketing dengan Ain pun membuka mata.
Banyak benda kita rasa “tahu”, rupanya sebenarnya kita tak betul-betul tahu. Allahuakbar…
Disambung p**a dengan Aisyah yang berkongsi ZKM menggunakan power of group & community dengan formula yang memang anti gagal.
Kami juga diajar oleh Kak Zai tentang cara nak buat live di TikTok, baca data analysis TT, dan faham apa yang perlu diperbaiki.
Hari kedua p**a, kami didedahkan dengan Teknik ZKM – Home Party bersama Tuan Shaffiq.
Dari A sampai Z diajar — tinggal kita nak buat atau tidak saja.
MasyaAllah, Tok Wan yang sanggup turun jauh dari utara semata-mata nak kongsi ilmu Home Party yang memang menjadi kekuatan beliau dan telah terbukti berjaya.
Tak cukup dengan itu, kami turut diajar Personal Grooming oleh Che Ita.