05/05/2026
Tersentuh kata-kata Abe Hae (Mohd Azhan) seorang aktivis yang aktif membantu gelandangan dan anak-anak jalanan di kawasan Kuala Lumpur, terutamanya di sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib.
“Andai ayah bagi kamu RM1,440 percuma, tak perlu bayar balik — mesti kamu nak, kan?
Lepas tu ayah minta ‘pinjam’ RM25 saja daripada jumlah tu… rasa-rasa kamu bagi tak?”
Mestilah kita bagi.
Sebab kita tahu, kita dah terima jauh lebih banyak.
Begitulah hubungan kita dengan Allah.
Setiap hari Allah beri kita 1,440 minit kehidupan.
Namun Allah hanya minta sedikit sahaja — 5 waktu solat, tanda syukur dan pengabdian kita kepada-Nya.
Bukan perlu jadi ahli sufi, bukan perlu solat lama-lama…setiap kali solat - 5 minit je!!
Cukup kita tunaikan yang wajib
Dah dapat banyak… takkan yang sedikit pun kita berkira.