19/05/2024
Menjelang cuti sekolah yang bakal tiba, ramai pelanggan yang PM kami bertanyakan mengenai pekej aqiqah. Ape yang lebih menarik, ramai yang pelik dengan penerangan pihak kami bila mana kami menerangkan bahawa untuk golek kami memilih biriยฒ yang berumur bawah 2 tahun dan atas setahun. Ada juga di kalangan pelanggan yang menggangap penerangan kami mengarut dan lari dari ajaran islam kerana mereka di fahamkam umur kambing wajib atas dua tahun. Di dalam keterangan yang kami beri di bawah adalah penulisan mengenai umur kambing yang di petik dari laman web Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
Sebabยฒ mengapa untuk kambing bakar biriยฒ menjadi pilihan? Kerana untuk kambing bakar harus menggunakan kambing yg muda untuk memastikan kelembutan manakala biriยฒ saiz nya lebih besar berbanding kambing kampung seawal usianya 1 tahun.
Menjawab persoalan berkenaan umur kambing untuk aqiqah, Syeikh Muhammad al-Zuhaily menyebutkan bahawa syarat-syarat binatang sembelihan untuk diaqiqahkan adalah mengikut syarat binatang sembelihan korban. Maka umur binatang sembelihan adalah seperti berikut:
Kambing: tidak kurang daripada dua tahun dan umurnya masuk tahun ketiga.
Biri-biri: tidak kurang daripada setahun dan umurnya masuk dua tahun. (Lihat al-Muโtamad, 2/494)
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/563) menyebut: โUmur kambing (ุงูู
ุนุฒ) yang hendak diqurban disyaratkan telah masuk tahun ketiga, manakala umur biri-biri (ุงูุถุฃู) p**a telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
ููุนูู
ูุชู ุงููุฃูุถูุญููููุฉู ุงููุฌูุฐูุนู ู
ููู ุงูุถููุฃููู
Maksudnya: โBiri-biri yang paling baik dibuat qurban ialah yang dalam usia Jazaโโ
Riwayat al-Tirmizi (1499)
Syeikh Ali bin al-Syeikh Ahmad berkata: Al-Jaza' (ุงููุฌูุฐูุนู) adalah biri-biri yang berusia setahun dan masuk ke dua tahun. (Lihat al-Siraj al-Munir Syarh al-Jami' al-Saghir fi Hadis al-Basyir al-Nazir, 4/355)
Pada pendapat kami, ini boleh jadi dagingnya lembut dan enak.
Kesimp**an
Berdasarkan nas dan hujah di atas, umur bagi kambing yang hendak dikorbankan hendaklah genap dua tahun atau sedang masuk tahun ketiga sekiranya yang dimaksudkan oleh soalan ialah kambing biasa.
Sekiranya yang dimaksudkan adalah biri-biri, maka umurnya mestilah genap setahun atau sedang masuk tahun kedua. (Rujuk juga Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiah, hlm. 698)
Kami berpendapat, boleh jadi sifat biri-biri dan jenisnya cepat membesar berbanding kambing kampung atau kambing biasa. Hal ini amat jelas apabila kita melihat betapa besarnya biri-biri di Australia, New Zealand dan lain-lain.
Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita dengan lebih baik di samping sentiasa memperolehi taufiq dan hidayah dalam memahami syariat-Nya. Amin
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3665-al-kafi-1357-umur-kambing-untuk-dilaksanakan-aqiqah