Sweet barakah bakery

Sweet barakah bakery Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sweet barakah bakery, Food Delivery Service, Sunway, Subang Jaya.

13/07/2025
13/07/2025

Khalid memulakan perjalanannya pada 2019, pada usia 18 tahun, di Kampung Gajah, Sungkai. Walaupun dia mempunyai diploma dalam bidang pembinaan dari Kolej Vokasional Ipoh, dia memilih jalan yang berbeza.

Dengan usaha dan iltizam yang tekad, dia memilih untuk berada dalam bidang penternakan & pertanian.

Hari ini, Khalid menanam pelbagai jenis tanaman seperti serai, pisang, cili kampung, durian dan manggis.

“Saya mengusahakan tanaman serai, pisang, cili kampung, durian dan manggis, selain turut menternak ayam, itik, lembu serta kam­bing di kawasan berdekatan rumah seluas kira-kira 1.21 hektar.

“Saya dapat membekalkan sumber makanan kepada penduduk sekitar Tanjung Malim dengan harga yang berpatutan, selain untuk ‘sara diri’ keperluan keluarga,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Muhammad Khalid menerangkan, dia turut membantu menjana ekonomi setempat terutamanya penduduk kampung dan masyarakat Orang Asli sekitar kerana menjadi peraih bagi hasil durian, manggis dan petai.

“Saya juga mempunyai beberapa pekerja daripada kalangan Orang Asli yang membolehkan mereka menambah pendapatan sampingan, selain dapat menimba pengalaman dalam bidang pertanian dan penternakan.

“Ada dalam kalangan mereka yang telah mengusahakan perniagaan sendiri setelah bekerja beberapa tahun bersama saya, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi keluarga,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Khalid tidak pernah memohon sebarang pinjaman untuk membiayai kos operasi perniagaannya.

“Konsepnya mudah iaitu gaji dan keuntungan saya laburkan semula untuk kos operasi seperti perbelanjaan makanan, utiliti dan pengurusan.

“Sisa sayuran dan buah-buahan dijadikan makanan tambahan bagi haiwan ternakan, sementara tinja diolah sebagai baja yang me­­n­yu­burkan tanaman. Setiap perkara dimanfaatkan sepenuhnya,” jelas beliau.

Tambah anak muda ini yang bercita-cita mempunyai pusat sembelihan haiwan berlesen sendiri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian Perak turut memberi bantuan berbentuk khidmat nasihat, pemasaran serta jualan bagi memastikan kesinambu­ngan perniagaannya.

Sumber: Kosmo!

07/04/2025
24/03/2025
07/03/2025

Resepi Puding Santan Penuh

Ni bukan puding lumut tapi puding santan sepenuhnya. Memang rasa lemak berkrim santan ditambah p**a dengan rasa jus pandan asli. Memang mudah, guna sukatan cawan, sesiapa pun boleh buat.

Cara membuat 👇

06/03/2025
10/01/2025
10/01/2025
09/01/2025
24/12/2024

Address

Sunway
Subang Jaya
34000

Telephone

+601121759643

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sweet barakah bakery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share