IKAN Bakabah

IKAN Bakabah "Semporna Hidup Ko Bah"
Kepakaran kami membantu orang ramai mengembalikan selera makan mereka dengan Kami menyediakan ikan bakar yang segar Semporna Sabah.
(586)

31hb Mei 2021

"Semporna Hidup Ko Bah"
Kepakaran kami membantu orang ramai mengembalikan selera makan mereka dengan hidangan menu ikan bakar enak, sedap dan menyelerakan! Kami bakar menggunakan arang kayu supaya rasa asli bakar tu melekat pada ikan dan mengekalkan keenakkan ikan bakar kami. Ikan bakar Semporna sangat unik dan resipinya sesuai dengan semua peringkat umur. Amat menyelerakan dan anda tidak akan sekali kali rasa menyesal mencubanya. Yang bestnya, ikan ikan dari Semporna ni pelik - pelik, mungkin ramai pengemar ikan bakar belum pernah merasa keenakkan ikan persisiran pantai Semporna ini. Kali pertama sata meratah ikan bakar Semporna ni pada awal Januari 2018, hehe meratah dan menikmati. Masih ingat isteri saya cakap “ sekali you rasa, you takkan boleh lupa sayang” , masa tu saya gelak sakan “Hahahahaha!!” ..tapi bila saya dah rasa, ermmm setiap hari asyik fikir nak makan tu je. Tapi di KL ni susah nak dapat, tu yang timbul idea kami nak buka restoran Ikan Bakabah di Subang Jaya. Kami nak bantu lebih ramai orang untuk menjamu selera dengan makanan yang berbeza dan sangat lazat. Dan akhirnya, alhamdullillah pada 24hb jun 2018, jam 12tengahari, kami merasmikan pembukaan Restoran Ikan Bakabah! “Semporna Hidup Ko-Bah” di SS19 Subang Jaya, Selangor. Antara ikan-ikan atau seafood yang mungkin anda tidak pernah rasa sebelum ini adalah ikan Balawis, Uji Rashid/Kadaman, Jenahak Merah, Boulu, Bayan/Burung, Cukcuk, Ketambak, Siakap laut, Udang Harimau, Sotong Katak, Baby Octopus, Ketam Bunga, Kerang XL, Lala Jepun, Kepah Biru dan Siput Tarik. Kini kami Menyediakan pelbagai jenis masakan panas, Maggi Ketam, Nasi Daging Bakar dan Nasi Kambing Bakar. Tidak ketinggalan Putu, Latok, Kerabu Rumpai, Kinilau dan Kerabu Mangga. Sesiapa yang teringin nak menjamu selera di restoran kami, boleh terus datang, WAZE je Ikan Bakabah, insyaallah sampai. Kami beroperasi setiap hari dari jam 4petang - 11malam. Boleh hubungi kami atau wasap kami di 017-3420 484 untuk sebarang pertanyaan. Kami menjemput seluruh warga kota untuk datang berkunjung ke restoran Ikan Bakabah dan merasa sendiri keunikan dan kelazatan makanan yang kami sediakan.

Address

No. 20, Medan Selera Ss19
Subang Jaya
47500

Opening Hours

Monday 16:00 - 23:00
Tuesday 16:00 - 23:00
Wednesday 16:00 - 23:00
Thursday 16:00 - 23:00
Friday 16:00 - 23:00
Saturday 16:00 - 23:00

Telephone

+60173420484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKAN Bakabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IKAN Bakabah:

Shortcuts

Share