17/02/2023
owenr nie sangat baik tk sombong tringat masa kja dlu slalu jumpa dia dan bini dia memang baik orgnya
Lee Thiam Wah
OKU semenjak kecil bukan halangan..
Dilahirkan pada tahun 1964 & diserang penyakit polio sewaktu kecil (8 Bulan)..Ayahnya adalah seorang buruh binaan & Ibunya penjaja. Disebabkan kemiskinan, beliau hanya bersekolah setakat darjah enam..
Semasa berusia 14 tahun, dia mula menjual makanan ringan di luar rumahnya & semasa berusia 23 tahun, dia berjaya mengumpulkan RM17,000 dan dijadikan modal untuk buka Kedai Runcit Hiap Hoe. Kemudian pada tahun 1992, dia jual kedai runcit berkenaan pada harga RM88,000 dan buka pulak pasar mini pertama.
Pada 1999, nama mini market di rebranding kepada 99speedmart...Pada awal perniagaan, dia target pelanggan berpendapatan rendah.. Kini, 99speedmart dah ada lebih 2,000 cawangan di seluruh Malaysia dan beliau digelar The King Of Mini Market..
Bukan itu sahaja, 99Speedmart ada 10 distribution warehouse dan bukak cawangan pertama di Singapore pada 2019 (walaubagaimanapun ditutup pada 2020)...
Bukan setakat 99speedmart, pada 2015, dia ambil alih Burger King Malaysia & Singapore pada harga RM74.6 juta dan baru2ni dia viral lagi selepas beli syer dan menjadi pemegang saham ketiga terbesar Alliance Bank dengan 5.076 peratus kepentingan...
Hebat betul!!!
Sumber:
https://www.therakyatpost.com/news/2023/02/11/who-is-lee-thiam-wah-the-man-behind-99-speedmart/
https://www.forbes.com/global/2010/0315/entrepreneurs-malaysia-speedsmart-handicaps-king-of-mini-marts.html
https://www.theedgemarkets.com/article/99-speedmart-founder-buys-ekuinas%E2%80%99-burger-king