Cinta D’ Qaseh Cafe

Cinta D’ Qaseh Cafe An open-air Muslim Foodcourt

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑫𝑨𝒀𝑨𝑲 2026! 🤍Dari kami di Cinta D’Qaseh Cafe, semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, reze...
01/06/2026

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑫𝑨𝒀𝑨𝑲 2026! 🤍

Dari kami di Cinta D’Qaseh Cafe, semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, rezeki yang melimpah dan kenangan indah bersama keluarga serta sahabat tersayang.🤍

Untuk makluman semua, Cinta D’Qaseh Cafeteria akan beroperasi seperti biasa sepanjang sambutan Hari Gawai ini. Jom singgah dan minum kopi bersama kami, sambil meraikan suasana perayaan dengan penuh keceriaan. Stall makanan juga akan beroperasi seperti biasa, jadi jemput datang makan dan luangkan masa bersama kami.😍🍝

Enjoy the festive season, create beautiful memories, and celebrate the spirit of togetherness.

Gayu Guru Gerai Nyamai! 🔥




fans

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨🤍✨Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِي...
27/05/2026

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨🤍✨

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah menerima segala amalan dan ibadah kita, serta menjadikan setiap pengorbanan dalam ketaatan kepada-Nya sebagai asbab untuk kita semua memasuki syurga tanpa hisab✨🤲🏼

Ingatan Tulus Ikhlas daripada kami,
Cinta D’ Qaseh Cafe☕️🤍

_______________

Alhamdulillah, kedai kami akan beroperasi seperti biasa sepanjang Hari Raya Aidiladha ini ☕️🤍

Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke kedai kami✨

fans

𝑫𝑶𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯 🤍✨Al Tobarani meriwayatkan dalam kitabnya, al Mu’jam al Kabir dan karangannya mengenai kelebihan Hari ‘A...
26/05/2026

𝑫𝑶𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯 🤍✨

Al Tobarani meriwayatkan dalam kitabnya, al Mu’jam al Kabir dan karangannya mengenai kelebihan Hari ‘Arafah dari hadith Ibnu Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata:

Antara doa yang dipanjatkan oleh Rasulullah ﷺ pada petang ‘Arafah ialah:

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَرَى مَكَانِي, وَتَسْمَعُ دُعَائِي, وَتَعْلَمُ سِرِّي وَعَلَانِيَتِي, وَلَا يَخْفَى عَلَيْكَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِي, أَنَا الْبَائِسُ الْفَقِيرُ, الْمُسْتَغِيثُ الْمُسْتَجِيرُ، الْوَجِلُ الْمُشْفِقُ, الْمُقِرُّ الْمُعْتَرِفُ بِذُنُوبِهِ, أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمِسْكِينِ, وَأَبْتَهِلُ إِلَيْكَ ابْتِهَالَ الْمُذْنِبِ الذَّلِيلِ, وَأَدْعُوكَ دُعَاءَ الْخَائِفِ الضَّرِيرِ, مَنْ خَضَعَتْ لَكَ رَقَبَتُهُ, وَفَاضَتْ لَكَ عَيْنَاهُ, وَذَلَّ لَكَ جَسَدُهُ, وَرَغِمَ أَنْفُهُ لَكَ.

‎اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْنِي بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا, وَكُنْ بِي رَؤُوفًا رَحِيمًا, يَا خَيْرَ الْمَسْئُولِينَ، وَيَا خَيْرَ الْمُعْطِينَ.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau melihat tempat aku berdiri ini dan mendengar doaku. Engkau juga mengetahui apa yang aku lakukan secara rahsia dan secara sembunyi, tanpa ada suatu pun dari urusanku yang tersembunyi daripadaMu.

Sesungguhnya aku adalah hamba yang amat memerlukan lagi faqir, hamba yang sentiasa menagih pertolongan dan perlindunganMu, hamba yang takut dan gementar terhadapMu lagi mendambakan belas dan kasih sayangMu, hamba yang mengaku lagi mengiktiraf akan dosa-dosanya.

Aku memohon kepadaMu dengan permohonan orang yang miskin, aku berdoa kepadaMu dengan permohonan sepenuh hati orang yang berdosa lagi hina, dan aku berdoa kepadaMu dengan doa orang yang ketakutan lagi sengsara, orang yang menundukkan tengkuknya kepadaMu, mengalirkan air matanya keranaMu dan merendahkan jasadnya bagiMu dan penghinaan adalah bagiMu.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku celaka dengan berdoa kepadaMu, tetapi jadikanlah aku orang yang Engkau kasihi dan Engkau rahmati, wahai sebaik-baik yang diminta dan sebaik-baik pemberi.”

Ingatan Tulus Ikhlas daripada kami,
Cinta D’ Qaseh Cafe🫶🏼✨🤲🏼

fans

𝑨𝑴𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯🕋✨Rasulullah ﷺ bersabda:“Sebaik-baik yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku pada Hari Ara...
26/05/2026

𝑨𝑴𝑨𝑳𝑨𝑵 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯🕋✨

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku pada Hari Arafah ialah:

‎«لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ»

Maksudnya:
“Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Dibaca pada hari Arafah, dan ketika itu kita mengambil kesempatan untuk berdoa, berselawat kepada Rasulullah dan beristigfar kepada Allah SWT. Selamat Beramal pada Hari Arafah🤍✨

Ingatan Tulus Ikhlas daripada kami,
Cinta D’ Qaseh Cafe☕️🫶🏼

𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯 1447𝑯/2026𝑴🕋🤍Rasulullah SAW pernah bersabda: ‎مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْ...
26/05/2026

𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑨𝑹𝑨𝑭𝑨𝑯 1447𝑯/2026𝑴🕋🤍

Rasulullah SAW pernah bersabda:

‎مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ" “عَرَفَةَ

“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.” — Riwayat Imam Muslim

Hadis ini menunjukkan betapa besar rahmat dan keampunan Allah pada Hari Arafah, terutama untuk orang yang berdoa, berzikir dan bertaubat.

Antara amalan yang dianjurkan pada hari Arafah ini ialah:

1. Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)
Untuk orang yang tidak menunaikan haji, puasa ini sangat digalakkan sebab ganjarannya besar.

Hadis Nabi ﷺ:

“Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya.” - Riwayat Imam Muslim

2. Banyakkan doa
Hari Arafah antara waktu paling mustajab doa. Nabi ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.”
(Riwayat Imam Malik dan Imam al-Tirmizi)

Doa yang selalu dibaca:

‎«لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ»

3. Banyakkan zikir dan takbir
Terutama dalam 10 hari awal Zulhijjah:

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd.”

4. Solat sunat & baca Al-Quran
6. Bersedekah
7. Taubat sungguh-sungguh

Hari Arafah sangat sesuai untuk minta ampun, muhasabah diri dan doa untuk masa depan.

Dan Nabi ﷺ ada bersabda bahawa tiada hari amal soleh lebih dicintai Allah selain 10 hari awal Zulhijjah. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Ingatan Tulus Ikhlas daripada kami,
Cinta D’ Qaseh Cafe🫶🏼✨

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟲 | “𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗕𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔, 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔”Guru bukan sekadar mengajar membaca dan menulis, tetapi juga mendidik...
16/05/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟲 | “𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗕𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔, 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔”

Guru bukan sekadar mengajar membaca dan menulis, tetapi juga mendidik hati, membentuk akhlak dan menjadi asbab lahirnya insan-insan berjaya dalam kehidupan.

Tanpa jasa para guru, mungkin tidak ramai yang mampu menjadi doktor, polis, bomba, pendidik dan sebagainya. Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang mendidik anak bangsa.

Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi pahala jariah yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup.

‘Tiada istilah bekas guru atau bekas murid kerana hubungan ilmu itu hingga ke akhirat.’

Ikhlas daripada kami,
Cinta D’ Qaseh Cafe 🤍☕

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝟐𝟕 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇☕️Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:إ...
15/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝟐𝟕 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇☕️

Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”

[Riwayat Ibn Majah (1084) dan Riwayat Ahmad (15548)]

𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈, 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃’ 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐂𝐀𝐅𝐄✨

fans

08/05/2026

Check out CINTA D' QASEH’s video.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓✨🤲🏼Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:فِي يَوْمِ الجُمُع...
07/05/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 | 𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓✨🤲🏼

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”.
📚 [Riwayat al-Bukhari (6400)]

𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐈, 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃’ 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐂𝐀𝐅𝐄✨

fans

Address

Ground Floor D8 Commercial Centre
Sri Aman
95000

Telephone

+60198933387

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cinta D’ Qaseh Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cinta D’ Qaseh Cafe:

Shortcuts

Share

Category