Wan Capati Official Pages

Wan Capati Official Pages 😋 Resepi Sayang Sampai Kiamat!
💯 Sekali Cuba,Mesti Repeat!🔥
📍 Wan Capati
⏰ 6.30Pagi-12Tengahari
❌ Cuti Khamis
📲Ws/Call 01118739931

16/09/2024

Kepada pelanggan Wan Capati Lekir. Kedai Wan capati beroperasi semula bulan lepas di Batu8 lekir berhampiran sekolah rendah bt8 Lekir, Tapak Dobi Lama.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..Makluman kepada semua pelanggan pelanggan yang kami hormati perniagaan Wan Capati ...
12/03/2023

Assalammualaikum dan salam sejahtera..Makluman kepada semua pelanggan pelanggan yang kami hormati perniagaan Wan Capati akan ditutup mulai esok sehingga selepas Aidilfitri yang akan diberitahu kelak.. Mohon maaf atas segala kesulitan. Semoga berjumpa lagi, salam ramadhan buat semua.
-admin-

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pelanggan setia Wan Capati.Untuk makluman semua kami telah pun beroperas...
22/01/2023

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pelanggan setia Wan Capati.

Untuk makluman semua kami telah pun beroperasi semula bermula 14.12.2022 yang lepas di lokasi baru di Warung Mak Embun Lekir yang berada di Batu 9 Lekir Sitiawan.

Terima kasih buat semua yang setia menyokong kami dan mohon maaf diatas kelewatan maklumat di page facebook ini.

Kedatangan anda semua sangat dialukan. Ribuan terima kasih sekali lagi kerana sentiasa menyokong kami.

-admin-

BUKA SETIAP HARI KECUALI SELASA (TUTUP)

Video ini sekadar percubaan aku untuk menghasil video berbentuk promosi. Sebagai permulaan, warung Mak Embun yang merupakan jiranku di kampung jadi pilihan ...

Assalam & selamat pagiPesanan buat diri saya & mereka yang s**a diingatkan.Rezeki susah masuk?Banyak urusan tergendala? ...
30/09/2015

Assalam & selamat pagi

Pesanan buat diri saya & mereka yang s**a diingatkan.
Rezeki susah masuk?

Banyak urusan tergendala?

Baca kisah ini sahabatku.

Rezeki kita bukan ditentukan oleh usaha kita .

Kita hanya berusaha,Dia jua tentukan banyak mana bahagian kita.

Rezeki tak perlu dikejar, tapi perlu ditarik.

Bagaimana mau jadi penarik rezeki?

Solat dhuha salah satu jawapannya.

Semakin banyak bilangan rakaatnya & khusyuk solat dhuha,semakin kuat kita menjadi magnet tarikan rezeki.

SHARE jika bermanfaat


28/09/2015

Pesanan buat diri saya & kalian yang s**a diingatkan & saling mengingati satu sama lain



25/09/2015

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua saudara Islam.
Alhamdulillah kita diberi peluang hidup pada hari kedua raya untuk menyambut hari raya qurban pada tahun ini dengan penuh kenikmatan & rahmat Allah. Semoga kita semua melalui raya tahun ini dengan penuh manfaat & mengambil ganjaran daripadaNya.
Berita Baik!
Sempena hari yang mulia ini Wan Capati ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa kami akan mengadakan cabutan bertuah untuk anda setiap minggu.
Jadi kepada pelanggan yang tidak bernasib baik pada cabutan yang lalu akan berpeluang meraih ganjaran daripada cabutan ini. Kami akan membuka peluang kepada yang mana-mana belum mengisi butiran dalam kad cabutan bertuah ini sehingga hujung bulan ini.
Kami akan cabut undi mulai minggu ini pada hari sabtu esok dan pelanggan yang bertuah tersebut bolehlah menikmati ganjaran makan PERCUMA pada hari ahad esoknya sahaja. Ada ganjaran lain yang kami sediakan kepada pemenang tersebut sekiranya betul menjawab soalan kami.
Yang masih belum mengisi butiran pada kad cabutan bolehlah datang dan mencuba nasib anda kerana anda juga mungkin berpeluang memenanginya.
Kepuasan adalah matlamat kami.



Assalamualaikum & Selamat Hari MalaysiaAlhamdulillah dengan rezki & nikmat dari Allah turunkan kepada kita. Dengan rahma...
16/09/2015

Assalamualaikum & Selamat Hari Malaysia
Alhamdulillah dengan rezki & nikmat dari Allah turunkan kepada kita. Dengan rahmat & izinNya kita dapat menikmati cuti hari Malaysia bersama-sama & berkongsi rezekiNya kepada kita bersama-sama.
Sama-sama kita panjatkan kesyukuran keatas illahi kerana bertuah dilahirkan dibumi Malaysia yang aman & tenteram.
Kami juga mengucapkan jutaan tahniah sekali lagi kepada pemenang cabutan bertuah hari ni yang hadir & menikmati hidangan percuma dari kami. Semoga anda gembira & berpuas hati dengan peluang yang kami sediakan untuk anda.
Tidak lama lagi kami akan sediakan lagi tawaran yang istimewa untuk anda semua dan ganjaran ini boleh dimiliki oleh semua yang pernah hadir & mengisi maklumat pada kad cabutan bertuah. InshaAllah. Tunggu tawaran tersebut dari kami.

Kepuasan anda adalah matlamat kami



15/09/2015

Assalam & selamat malam buat semua

TAHNIAH!
TAHNIAH!!
TAHNIAH!!!

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Wan Capati. Kami telah memilih 5 orang sebagai pemenang untuk cabutan bertuah pada hari Malaysia esok. Nama-nama pemenang tersebut adalah;

1. Hayati Abd Hamid
2. Rodziah bt Kamaruddin
3. Syazwani Che Razmi
4. NorAkmaliza
5. Mohd Sapari Omar

Tahniah lagi sekali kami ucapkanbbuat anda semua kerana bertuah menikmati apa sahaja hidangan di kedai makan Wan Capati. Tertakluk pada terma & syarat. Kepada yang tidak bernasib baik anda tidak perlu kecewa kerana pelbagai lagi tawaran istimewa yang kami akan sediakan buat anda semua.

Kepuasan anda adalah matlamat kami




14/09/2015

Asslamualaikum & selamat sejahtera buat semua. Semoga hidup anda lebih diberkati & dirahmati oleh Allah.

Makluman buat semua.

Kami memohon maaf kerana Wan Capati akan tutup pada hari esok atas keadaan cuaca yang tidak berapa baik & atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami akan mula beroperasi pada Hari Malaysia bagi meraikan hari cabutan bertuah buat anda semua. Kami akan cabut undi pada hari Rabu (15/09/2015) pada jam 10.00am. Jadi kepada siapa pemenangnya kami akan maklumkan kepada anda melalui pages kami atau terus melalui telefon anda sekiranya andalah pemenangnya.

Nantikan dari kami Wan Capati




Assalam & Selamat Petang.Peringatan buat anda semua.Kami ingin mengingatkan pada anda semua bahawa cabutan bertuah pada ...
12/09/2015

Assalam & Selamat Petang.
Peringatan buat anda semua.

Kami ingin mengingatkan pada anda semua bahawa cabutan bertuah pada hari Malaysia hampir tiba tidak lama lagi. Jadi jangan lepaskan peluang anda kerana mungkin andalah bakal pemenangnya.

Tetapi...

Ada diantara pelanggan yang datang & mengisi maklumat pada kad cabutan bertuah ini kebanyakannya tidak mengisi tarikh lahir. Sukacita kami ingin maklumkan bahawa tarikh lahir anda adalah bertujuan untuk meraikan hari kelahiran anda dikedai kami dengan pelbagai tawaran istimewa seperti makan percuma dan sebagainya.

Jadi jangan lupa isikan nama & butiran-butiran yang lengkap untuk kita sama-sama berkongsi rezeki & sama-sama berkongsi manfaat yang kita boleh kongsikan bersama. InshaAllah.




Address

NO 1 LOT 5553 Jalan BESAR BATU 7 LEKIR
Sitiawan
32000

Opening Hours

Monday 06:30 - 11:30
Tuesday 06:30 - 11:30
Wednesday 06:30 - 11:30
Friday 06:30 - 11:30
Saturday 06:30 - 11:30
Sunday 06:30 - 11:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Capati Official Pages posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category