04/01/2023
Assalamualaikum semua.. Dengan lafas بسم الله الرحمن الرحيم saya selaku pemilik Restoran Nasi Ayam Sri Taiping dgn rasa berat hati ingin memberitahu bahawa Restoran kami telah menamatkan operasi pada hari Sabtu yg lepas.
Permulaan tahun baru dan ujian bagi kami.. Kami bersyukur selama 1 tahun kami cuba mencari rezeki di sini dan cuba bagi service yg terbaik utk pelanggan2 kami.. Alhamdulillah sampai ada yg hari2 dtg, 2 hari sekali singgah, bila balik manjung je ada yg pekena Nasi Ayam kami...
Kami memohon maaf 10 jari kerana tidak memberitahu awal kerana kami ingat kami boleh lagi utk sustain.. Atas perbincangan keluarga, rakan2 mungkin smp sini sahaja... Disebabkan overhead yg xdpt kami tampung dan xmau ambik risiko lebih besar lagi..
Kami syg kan pelanggan2 yg kami dah anggap seperti saudara disini.. Maafkan kami jika ada yg terkurang, terkasar bahasa atau terasa hati selama kita kenal...syg semua.. Saya ingat semua yg pernah singgah ke restoran kami...Insyaallah kalau jumpa tu tegur2 la tau...
Kami juga akan berpindah semula ke KL.. dgn itu ada beberapa keperluan restoran yg mungkin ada diantara kalian perlukan, boleh hubungi saya.. atau dtg terus ke kedai kami. gamba akan disertakan dalam komen. kami perlu clear kan dlm masa seminggu ni.. thank you semua🥲