09/09/2026
SINTOK, 5 September 2026 โ Executive Development Centre (EDC-UUM) telah menjayakan perkhidmatan outside catering bagi Majlis Makan Malam Amal Alumni Universiti Utara Malaysia seramai 550 orang yang berlangsung di Dewan Muโadzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 5 September 2026.
Pasukan EDC-UUM telah menguruskan penyediaan makanan, susun atur sajian serta penyampaian perkhidmatan katering bagi memastikan kelancaran sepanjang majlis berlangsung. Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh pasukan EDC-UUM turut membantu memastikan keperluan tetamu dan penganjur dapat dipenuhi dengan baik.
Majlis Makan Malam Amal Alumni UUM menghimpunkan para alumni, warga universiti serta jemputan bagi meraikan hubungan silaturahim dan menyokong usaha kebajikan alumni. Penglibatan EDC-UUM dalam majlis ini turut mencerminkan keupayaan EDC-UUM dalam menyediakan perkhidmatan katering yang profesional, berkualiti dan bersesuaian dengan pelbagai jenis acara.