Cangkir Kafe

Cangkir Kafe Cafe santai . Cendol . Bingsu . Western . Breakfast . High Tea

21/07/2024

Assalamualaikum, kepada seluruh rakyat Johor, khususnya Warga Simpang Renggam, maka pada tarikh 21 Julai 2024 secara rasminya Kafe Cangkir melabuhkan tirai Dan ditutup daripada operasi buat seketika waktu atau secara kekal (Allah saja Maha Berkuasa). Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang tak jemu-jemu menyokong kami Dari sekecil khemah penjaja sehinggalah Kafe Cangkir lahir pada Julai 2023 hasil idea Bosses Kesayangan kami. Dan maka dengan ini, dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim, minta izin untuk kami mengundurkan diri dan berehat daripada segala faktor, ujian, dugaan kami lalui. Salam Hormat dan Sayang daripada tenaga kerja Kafe Cangkir Kafe .

Mudah-mudahan Allah mengizinkan Kafe Cangkir untuk kembali bangkit dan berjaya lebih hebat di masa akan datang.

Doakan kami.
Teruskan Menyokong.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Kasih Sayang daripada Kafe Cangkir. Bermula daripada Julai 2023 sehingga Julai 2024 kini Ka...
18/07/2024

Assalamualaikum w.b.t, Salam Kasih Sayang daripada Kafe Cangkir. Bermula daripada
Julai 2023 sehingga Julai 2024 kini Kafe Cangkir telah berusia 1 Tahun. Alhamdulillah, banyak pengalaman serta pengajaran yang kami dapat sepanjang perjalanan onak berliku dalam bidang FnB ini, bermula dari sekecil khemah berniaga sebagai penjaja di setiap pelusuk Johor dan khas di Simpang Renggam, dan pada tarikh keramat 1 Julai 2023 kami bermula membuka Sebuah Kafe Cangkir beroperasi di No 8, Jalan Seri Indah 1, Taman Seri Indah dengan Signature Dishes kami Cendol Santan Sawit dan pelbagai jenis Makanan serta Minuman berkualiti kami sediakan untuk anda semua. Ramai yang berpuas hati, ramai yang menyokong kami sepanjang operasi perniagaan kami usahakan.

Dan dengan Lafaz Bismillah kami dengan lapang dada dan ikhlas hati Kafe Cangkir ingin melabuhkan tirai dan terpaksa ditutup SEMENTARA di atas Faktor dan Sebab tertentu agar tidak ada dari kalangan pelanggan pelanggan tetap kami yang tercari-cari. Selepas berkali-kali perbincangan kami mengambil keputusan yang agak menyedihkan semua pihak dan kami sendiri di atas penutupan Kafe Cangkir. Terima Kasih Di Atas Sokongan Anda Selama Ini Yang Tidak Henti Henti Menyokong Kami Serta Tak Lokek Untuk Berbelanja Untuk Kualiti Makanan dan Minuman Di Kafe Cangkir.

Kami Akan beroperasi sehingga 21 Julai 2024. Jom support kami dihari terakhir kami di Taman Seri Indah.




16/07/2024

Assalamualaikum tumpang lalu, Mari singgah di Cangkir Kafe di Simpang Renggam, berhadapan Kilang Yong Kah. Port baru melepak, ngopi, dan cendol. Nak makan-makan pon ada masakan Goreng-goreng, western, ngesop dan snack ringgan-ringan.

Beroperasi: setiap hari (Isnin cuti)
Masa: 9.00 pagi hingga 6 petang
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/soRLdRfS9NUumdPLA
Contact: 011-19873577

Boleh follow kami juga
Ig: https://www.instagram.com/cangkirkafe?igsh=MXJwMzdiNDB3dG84NQ==
TikTok: https://www.tiktok.com/?_t=8nwxrDX4X1l&_r=1
FB page: https://www.facebook.com/profile.php?id=61555790470200&mibextid=ZbWKwL
📍https://maps.app.goo.gl/soRLdRfS9NUumdPLA

Kami juga ada menerima booking event ya.
Terima kasih bagi tumpang lalu

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada warga Simpang Renggam dan yang berada disekitar Cangkir Kafe. Kami open sep...
14/07/2024

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada warga Simpang Renggam dan yang berada disekitar Cangkir Kafe. Kami open seperti biasa pada hujung minggu ini. Dari jam 9.00 pg hingga 6.00 ptg. Penggemar cendol boleh Mari sini juga ya. Kami ada western, masakan panas, bakso, ABC Dan juga Bingsu.

13/07/2024

Bukti kukuh ada yang cakap chicken chop lat Cangkir Kafe memang sedap. Repeat dah pon sis ni.

13/07/2024

Berani ada cakap Cangkir Kafe macam tu....

12/07/2024

Sticky Milk Cafe' Street sekarang hanya pada hari ini ada di Cangkir Kafe so mana yg nak try moh ler singgah. Sticky Milk yang sentiasa di SKDOJ memang sedap guys. Jom support kita punya local food. Cafe' Street Sticky Milk only one in the Simpang Renggam.

Address

CAFE' STREETS, Jalan PUTRI 1, TAMAN PUTRIMAS,, SIMPANG RENGGAM
Simpang Renggam
86200

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Telephone

+601119873577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cangkir Kafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share