07/06/2024
Buat Pemilik Bisnes
Kalau orang tak tahu, ni aku beritahu. Orang berbisnes ni pandai sorokan susah dia. Muka dia senyum je tapi Allah je yang tahu betapa berputarnya otak dia nak selesaikan semua perkara bisnes dia.
Ramaikan ingat orang berbisnes ni best. Macam relax je jalan sana sini. Tapi ko tak tahu dia tidur pun termimpi-mimpi mana nak cari duit bayar hutang. Orang ingat senang je boleh minum 8 kali sehari. Jumpa orang smart je. Kalau korang tahu yang dia sendiri pakai kereta viva parking jauh-jauh tapi jumpa orang kat lobby hotel.
Ada staf nak itu, tak cukup ini, nak dilayan semua sekali. Belum kira lagi semua nak menang, berpolitik kat pejabat lagi. Belum kira yang diberi tanggungjawab tapi curi tulang, tak amanah tapi susah nak nampak sebab kalau jumpa cakap “ semua ok bos “.
Bos kena senyum.
Bukan semua orang boleh bisnes. Jangan bang jangan. Jangan korang terjun botol je dalam dunia bisnes. Dari korang ingat nak buat untung korang boleh rugi berpuluh ribu dan berjuta-juta. Dunia bisnes ni zalim bang. Korang kena sedia, musuh kau jiran kau, orang yang rapat dengan kau, kawan baik kau, sampai kerajaan, pihak bank, LHDN dan semua yang berkaitan akan tekan kau bila kau jatuh. Masa kau hebat deorang dekatlah.
Baik kau kerja je bang. Dapat gaji bulan-bulan. Control gaji sendiri, beli rumah, beli kereta ikut kemampuan. Besarkan anak dan bila masuk universiti minta pinjaman PTPTN. Mana tahu ada rezeki anak tu pandai pinjaman bayar 25% je. Hidup kita ni bukan lama pun.
Tapi
Kalau kau kuat, kalau kau degil, kalau kau rasa kau ni lain macam orang lain. Kau rasa yang kau ni gila ‘ kerja ‘ tak boleh ikut cara orang lain. Jadi s**a hati korang nak bisnes teruskan je. Orang nasihat pun bukan kau nak ikut macam aku ni. Kalah buat lagi, kalau buat lagi. Sakit tu kan menghilang dosa.
Hello.
Kita ni bisnes kena lapangkan dada. Susah sikit jangan menanggis. Kena tipu tu biasa je. Orang tak bayar hutang tu biasa je. Aku ni buat projek gomen pun dulu. 800 ribu tak bayar sampai syarikat tutup. Dah tak ada rezeki. Staf berhenti tu biasa je. Ketap mulut rapat-rapat. Dah kau dan aku pilih jalan ni. Merasakan lah. Nak sangat berniaga.
Hello.
Bisnes ni kita buat untuk ‘ nilai ekonomi ‘. Dulu ustaz ajar bisnes ni punca rezeki datang dari perniagaan. Bukan semata-mata nak kaya. Jadi dah kau tahu macam tu sabarlah, senyum dan bersyukur. Memang susah sikit, memang pening sikit.
Kau buat tapai ubi je pun tapi boleh beli ubi orang kampung sampai 20-30 ribu sebulan. Ada petani yang cukup makan. Kau ada kedai kecil je pun. Buka jam 5 petang sampai 10 malam. Pekerja 3 orang. Kau gajikan RM40 seorang. Ada juga pekerja yang kau tolong orang kampung. Kalau kau kerja paling hebat pun kau gajikan seorang je orang gaji bantu isteri kat rumah jaga anak-anak. Hebatkan orang berniaga.
Sabarlah
Syukurlah
Redholah
Allah aturkan rezeki kita. Berbisnes bukan untuk kaya. Usahalah jangan putus asa. Jika Allah dah takdirkan nasib kita. Kita terima dan berdoalah sesungguhnya.
Nak pesan “ Esok belum kiamat “. Bangun dan usahalah.
Banyak lagi cerita-cerita yang menarik
https://coachbaha.onpay.my/order/form/325