SK Kampong Dew Aba3030

Call Directions Website Contact the business

SK Kampong Dew Aba3030 http://skkampongdew.blogspot.com (KPSKKD) SK KAMPONG DEW, 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK DARUL

17/09/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera...ada tak dalam kalangan parents yang tau perkhidmatan bas yang percuma atau murah untuk bawa peserta-peserta SK KG DEW ke Melaka selama 3 hari pada 9,10 & 11 Oktober 2026? Kalau ada, tolong tinggalkan komen ya...terima kasih...🤗

🇲🇾 TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU ADA PROGRAM… KITA BUAT LAGI! 🤪 🇲🇾Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SKKD yang ...
17/09/2026

🇲🇾 TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU ADA PROGRAM… KITA BUAT LAGI! 🤪 🇲🇾

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga SKKD yang saya sayangi ❤️
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua Warga SK Kampong Dew atas kerjasama yang sangat luar biasa dalam menjayakan Sambutan Bulan Kebangsaan SKKD 2026.

Sesungguhnya kejayaan program ini bukan hasil seorang dua, tetapi hasil tenaga ramai superhero SKKD yang bekerja di belakang tabir, depan tabir, tepi tabir… malah yang jadi “tabir” pun ada. 😂

Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang sentiasa memberi sokongan:
🌹 Puan Guru Besar, Pn. Norhayati binti Bahsin — pemimpin yang sangat dikasihi semua warga SKKD. Terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan semangat yang sentiasa diberikan.
🌹 PK1, En. Roslan & PK HEM Ustaz Norhisham atas bantuan & nasihat.

Terima kasih semua guru, AKP dan pekerja swasta yang bersama-sama memastikan setiap perjalanan program berjalan lancar.
Ucapan istimewa buat insan belakang tabir yang memang “tak nampak penat”:

⭐ Cikgu Muliadi selaku Penyelaras Program
Terima kasih kerana menjadi “kapten kapal” yang memastikan bahtera Bulan Kebangsaan SKKD belayar dengan jayanya. Walaupun kadang-kadang muka nampak tenang, dalam kepala mungkin dah ada 100 WhatsApp belum dibaca. 😂

⭐ Ustazah Hazwani selaku SU Kokurikulum
Terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang sangat padu. Banyak benda nampak mudah sebab ada orang kuat yang menguruskan di belakang.

Penghargaan khas buat:
🎨 Pn. Nazira — terima kasih banyak membantu pertandingan mewarna dan menjadi MC yang sangat hebat. Suara memang boleh buat orang berhenti bercakap. 😆

🎁 Miss Usha — terima kasih atas penyediaan hadiah yang menceriakan para pemenang.

🎁 Pn. Normah & Pn. Isleha — terima kasih menyediakan hadiah serta melatih murid-murid kecil prasekolah. Cilik-cilik tapi semangat macam juara! ❤️

📚 Pn. Atiqah — terima kasih membantu aktiviti sejarah. Terima kasih kerana menghidupkan semangat patriotik murid-murid.

💰 Pn. Saybah — terima kasih atas bantuan pengurusan kewangan yg relax tapi mantppp!!!

🎤 En. Senawi — terima kasih atas kelancaran majlis penutupan sebagai MC yang berwibawa. Profesional sungguh!

✨ Pn. Noorizan, Pn. Nadia & Pn. Halipah & guru2 kelas — terima kasih atas hiasan kelas kemerdekaan yang sangat superb dan hebat awesome kebabom! Kreativiti memang tahap antarabangsa 👍

🏆 Cikgu Syed — terima kasih menjadi juri yang berwibawa sepanjang bulan kemerdekaan.

🌈 Cikgu Saliza — terima kasih menceriakan suasana sekolah.

🤲 Ustaz Suhaili — terima kasih atas bacaan doa yang menjadi penyeri setiap program.

Tidak dilupakan:
🛠️ Kak An, En. Zaki, En. Din & En. Man selaku pekerja swasta yang banyak membantu pemasangan bendera, banner dan segala persiapan. Kalau tiada mereka, mungkin bendera masih tunggu nak naik sendiri. 😂

🍽️ Kak Zurin & pekerja kantin — terima kasih atas jamuan yang sangat sedap. Terima kasih juga sebab berjaya membuatkan berat badan warga SKKD “bertambah slim”. 🤭

🛡️ Encik-encik pengawal keselamatan — terima kasih kerana sentiasa ringan tulang membantu SKKD yang kita sayangi.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya sepanjang menguruskan program ini ada kekurangan, tersalah kata atau ada WhatsApp yang lambat dibalas (bukan sengaja, kadang-kadang jari pun perlukan rehat 😅).

Semoga segala usaha, masa, tenaga dan pengorbanan semua warga SKKD mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Kita mungkin penat sbb kita x ramai, kita mungkin mengeluh sikit-sikit… tapi bila tengok senyuman murid-murid, semua penat terus hilang. Lihat bakat yang ditonjolkan oleh murid-murid, kita rasa bangga dan teruja ❤️

Terima kasih semua ibu bapa atas support yang superb diberikan kepada sekolah...🌹

Terima kasih warga SKKD.
Teruskan menjadi keluarga hebat yang penuh semangat dan kerjasama.
Alhamdulillah Allah untuk peluang ini buat kami.

Ikhlas daripada,
Madam Anis
PK Kokurikulum SKKD 🌹


🤪
❤️

https://youtu.be/l8J133Xxf6A🇲🇾✨ SOROTAN BULAN KEBANGSAAN SK KAMPONG DEW 2026 ✨🇲🇾Assalamualaikum dan salam sejahtera buat...
16/09/2026

https://youtu.be/l8J133Xxf6A

🇲🇾✨ SOROTAN BULAN KEBANGSAAN SK KAMPONG DEW 2026 ✨🇲🇾

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa/penjaga yang dihormati. 🌷

Jom sama-sama kita saksikan video montaj sorotan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Kampong Dew 2026 🇲🇾❤️

Pelbagai aktiviti meriah telah dijalankan bagi menyemai semangat patriotik, cinta akan negara dan mengeratkan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. 🥰

🎬 Jom tonton dan saksikan keceriaan anak-anak kita! 🇲🇾✨

Terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua ibu bapa/penjaga.

SK Kampong Dew — Dew The Best! ❤️🇲🇾

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Hadiah Pertandingan Kuiz Sejarah bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.
15/09/2026

Hadiah Pertandingan Kuiz Sejarah bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026

Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.

Hadiah Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026Tahniah para peserta & pemenang! Anda ke...
15/09/2026

Hadiah Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026

Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.

Hadiah Kuiz Sejarah DELIMa bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.
15/09/2026

Hadiah Kuiz Sejarah DELIMa bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026

Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.

Hadiah TikTok Timeline Kemerdekaan bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami....
15/09/2026

Hadiah TikTok Timeline Kemerdekaan bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026

Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.

Hadiah Pertandingan Sajak Kemerdekaan bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan ka...
15/09/2026

Hadiah Pertandingan Sajak Kemerdekaan bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026

Tahniah para peserta & pemenang! Anda kebanggaan kami.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas Kemerdekaan bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026
15/09/2026

Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas Kemerdekaan bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026

Peserta Sajak Kemerdekaan Tahap 2 (Tahun 4,5,6) bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026.Tahniah diucapkan! Anda hebat! Dew the B...
11/09/2026

Peserta Sajak Kemerdekaan Tahap 2 (Tahun 4,5,6) bagi Bulan Kebangsaan SKKD 2026.

Tahniah diucapkan! Anda hebat! Dew the Best!!!

Address

SK Kampong Dew
Simpang Empat
34400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058921928

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampong Dew Aba3030 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SK Kampong Dew Aba3030:

Shortcuts

Share