26/12/2021
Kepada pelanggan yang makan di kedai kami RESTORAN UMAI KHADIJA ( Kedai Bendang ) pada 26/12/21 pada waktu malam. Menu yang di pesan adalah Nasi Goreng Daging Merah 2 ( nasi lebih ) & Telur Dadar dan pelanggan tersebut ada menyatakan bahawa telur dadar yang di pesan tidak dapat. Selain itu pekerja kami juga melakukan kesilapan pertukaran bill makanan. Total yang di bayar pelanggan tersebut adalah ( RM 37.00 ) tetapi total yang sebenar adalah ( RM 17.00 ) sahaja. Kami memohon di atas kesilapan & kelalaian pekerja kami. Jika pelanggan tersebut melihat iklan ini sila datang ke kedai kami untuk mengambil lebihan wang kembali. Sekali lagi kami memohon maaf kepada pelanggan tersebut.