25/08/2026
Majlis Perkahwinan | Seksyen 18, Shah Alam 🤍
“Kari nenas terung ikan masin pun licin dulu…” 😍
Ini antara feedback customer yang buat kami rasa puas hati selepas selesai satu lagi majlis perkahwinan di Seksyen 18, Shah Alam.
Kali ni Nenekatering diberi kepercayaan untuk uruskan katering bagi 400 pax, dengan tempahan dibuat lebih kurang 4 bulan sebelum majlis.
Alhamdulillah, dari awal persiapan sampai selesai majlis, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan .
Yang menariknya, customer request satu menu yang agak rare untuk majlis kahwin — Kari Nenas Terung Ikan Masin.
Menu kampung macam ni memang tak selalu orang pilih.
Tapi bila dimasak dengan cara yang betul, kuah dia pekat, dengan penggunaan santan segar , membuatkan rasa masam manis nenas tu kena, terung lembut dan ikan masin bagi cukup rasa.
Makan p**a dengan nasi minyak… memang ngam.
Dan berdasarkan feedback customer, kari nenas tu antara yang cepat habis. 😄
Siap ada tetamu yang tapau sebelum balik.
Menu penuh untuk majlis kali ni:
• Nasi Minyak Basmathi
• Nasi Putih
• Ayam Masak Merah
• Kari Nenas Terung Ikan Masin
• Daging Masak Hitam
• Ikan Masin
• Papadom
• Acar Timun
• Ulam-Ulaman
• Sambal Belacan
• Buah Oren Sunkist
• Sirap Ais
• Teh Tarik
• Bubur Kacang
Untuk servis p**a, kami sediakan:
✅ Set buffet lengkap
✅ Pramusaji beruniform
✅ 2 Dome VIP
Lepas majlis, customer sendiri WhatsApp bagi feedback:
“Alhamdulillah… saya sangat puas hati dengan servis katering dari Puan. Pekerja pun sangat membantu melancarkan perjalanan majlis. Makanan semua sedap dan dapat pujian dari semua tetamu. Terutama Daging Masak Hitam… memang power.”
Alhamdulillah.
Bubur kacang pun tak terlepas daripada pujian tetamu.
Bagi kami, setiap tugasan yang di amanahkan akan di buat sebaik mungkin ,Sebab bila kita buat katering, kita bukan sekadar nak cukupkan makanan atas meja.
Kita nak tuan rumah rasa lega. Tetamu makan puas. Dan majlis berjalan tanpa tuan rumah perlu fikir pasal makanan dan keadaan majlis .
Itu yang kami cuba jaga setiap kali ambil tempahan.
---
Konsep Nenekatering simple je.
Kami fokus kepada makanan dan pramusaji.
Kalau majlis dibuat di rumah, dewan atau kanopi, tempat dan setup majlis boleh tuan rumah uruskan sendiri.
Cara ni biasanya lebih fleksibel dan boleh jadi lebih jimat, sebab tak perlu ambil benda yang memang tak diperlukan.
Kami terima tempahan untuk:
• Majlis Perkahwinan
• Majlis Pertunangan
• Akikah
• Majlis Kesyukuran
• Tahlil & Majlis Doa Selamat
Minimum order 100 pax.
Coverage kami: Shah Alam & Lembah Klang.
Kalau tengah survey katering untuk majlis akan datang, boleh terus WhatsApp kami.
📲 011-656 53654
Bincang dulu menu, jumlah pax dan bajet.
Kami sediakan beberapa pakej yang sangat menarik untuk majlis anda.
Tak semestinya kena ambil pakej mahal. Kita tengok apa yang sesuai dengan keperluan majlis tuan rumah.
Tempah awal amat dialu-alukan
Terutama musim cuti sekolah atau tarikh-tarikh femes .
Nenekatering — Catering And Events
Buat katering bukan sekadar bagi makan. Kita jaga nama dan kepercayaan customer.