08/01/2023
Dulu kau mula berniaga tepi jalan kecik je bai , satu meja satu kerusi , pacak payung , sehari kau dapat bersih RM100 , kau balik kau happy n terus berniaga sebab syok dapat RM100 sehari .. " fuhh ada orang sapot aku la "
Di sebabkan kau syok , semangat kau naik bisnes kau semakin maju sampai kau mampu ada restoran dan Staff , jualan meningkat hingga kau dapat bersih RM1000 sehari
Kau semakin syok dan bukak cawangan 2-3 tempat , Staff semakin ramai dan kau dapat bersih RM10k sehari
Hari berganti hari bulan berganti bulan , bisnes kau semakin Merundum atas banyak faktor , satu persatu cawangan tutup hinggakan kedai terakhir sahaja yang bertahan
Dan
Sehinggalah kau terpaksa kembali berniaga di jalanan seperti awal2 dulu dengan jualan bersih RM100 , kau frust kau sedih kau rasa down kaw kaw
Wa cakap lu eh , kau releks je , igt balik apa perasaan kau masa mula berniaga dulu? Dapat RM100 kau happy kenapa hari ini kau dapat balik RM100 kau sedih? Ok kau bole rasa sedih , tapi kejap dah la takyah lelama sangat hehehe
Badan masih sihat , ilmu berniaga dan pengalaman dah banyak , apa nak risau ? Kasi bikin balik la... Segala kelemahan n kesilapan yang kita buat dulu , itu semua ilmu tuk kita jadi lebih baik , kalau kau rasa kau gagal selamanya kau akan salahkan diri kau atau orang lain , tapi kalau kau rasa ini turun naik n risiko dalam berniaga , kau faham realiti n faham proses kau akan happy 😁
Bro ...ujian kita dalam hidup macam2 tak sama dengan orang lain , ada orang terus suksess dalam berniaga tapi kita tak tahu mungkin family dia dalam porak peranda atau mungkin mereka hidup dalam penuh rasa tidak cukup dan tidak tenang hinggakan perasaan nak nak nak lagi buat mereka stress , atau mungkin hutang mereka keliling pinggang level lilit 5 kali hahahaha
Dah Tahun 2023 , susun balik kewangan untung rugi dan set strategi berniaga dengan lebih baik , kau sedih sebab kau set diri kau sedih kalau kau set diri kau happy , kau jalan kaki makan ikan kering pun kau happy bai 😄 😀 .
Kisah Cerita Saya Tahun 2022 InsyaAllah 2023 we come back stronger.
Terima Kasih semua kerana sentiasa support kami Makan Bubur.
Jom booking order..Direct je kat link ni ok?
Order sekarang di
Link order shah alam
WhatsApp Now:
https://bit.ly/2U7fiJd
Order by Food Panda Shah Alam:
https://foodpanda.page.link/eLQsHxAM37hny85S9
Order by Grab Food Shah Alam
https://bit.ly/3zZV1We
Delivery Charge Rm1 Per KM. Max Km 25km
Like page kami : https://www.facebook.com/Makan-Bubur-1091514237646531/