09/04/2023
Ramadhan tiba, bermakna sudah 10 tahun kami berniaga ikan bakar..
Bermula pada tahun 2014 di Bazaar Ramadhan Andalas Klang.
Kemudian, Bazaar Ramadhan Seksyen 13 Stadium hah Alam.
Bazaar Ramadhan Seksyen 20 Shah Alam yang terakhir.
Pernah berniaga tengahari di Seksyen 19 Shah Alam dibelakang De Palma Hotel dan setiap ahad di pasar Tani Stadium Shah Alam.
Kami juga pernah menjalankan catering ikan bakar di Majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, akikah dan majlis doa selamat sebelum PKP.
Akhirnya pada tahun 2020 kami berpindah niaga di Food Courts Sri Utas hingga 2022
Keadaan kedai berhampiran kilang dan beberapa faktor lagi menyebabkan perniagaan kami tidak mampu bertahan di sana. Kami membuat keputusan untuk tutup dan menjalankan perniagaan secara online sahaja.
Alhamdulillah rezeki Ramadhan tetap ada untuk kami pada tahun ini
Tempahan iftar tak putus-putus kami terima.
Terima kasih kerana menjadi pelanggan kami.
Doakan moga Allah membuka jalan supaya kami dapat meneruskan perniagaan kami di tempat yang lebih baik.
Nak tempah, ikan bakar untuk iftar boleh wasap kami.