Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen

Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen Nasi Dagang Terengganu asli Yus Kitchen yang sedap dan lazat dengan resepi asli warisan istana yang wajib di cuba di Shah Alam.

Nasi Dagang Terengganu Asli di Shah Alam. Di masak dengan ramuan terbaik dan menggunakan resepi istimewa warisan istana turun temurun. LOKASI STALL NASI DAGANG YUS KITCHEN DI MANA? Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen berada di Restoran R&R Azhaar Bistro. Alhamdulillah, di sinilah lokasi stall Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen mula beroperasi. So kalau ada antara u olls yang nak makan Nasi Dagang Terengganu asli di Shah Alam atau kebetulan berada di area Bukit Jelutong ataupun TTDI Jaya, bolehlah berkunjung dan bersilaturahmi ke Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen di sini. Masa Operasi :
Sabtu : 7.30am - 11.00am
Ahad : 7.30am - 11.00am

Boleh waze Restoran R&R Azhaar Bistro. 14G, Jalan Serambi U8/24, Seksyen U8, 41050 Shah Alam, Selangor. Tapi, kalau tak jumpa juga boleh klik sini untuk dapatkan map dan direction...

https://nasidagangyuskitchen.business.site/

Jom menjamu juadah Nasi Dagang Terengganu Asli di Shah Alam. Ingat Nasi Dagang, Ingatlah Nasi Dagang Yus Kitchen. Nasi Dagang Asli Terengganu di Shah Alam.




GULAI NASI DAGANG HOMEMADE BY GEECUISINE:Resepi gulai Nasi Dagang asli Terengganu yang dikongsikan oleh GeeCuisine. Mena...
10/01/2022

GULAI NASI DAGANG HOMEMADE BY GEECUISINE:

Resepi gulai Nasi Dagang asli Terengganu yang dikongsikan oleh GeeCuisine. Menarik dan teruja untuk mencuba resepi yang dikongsikan. Biarpun belum lagi mencubanya terasa aroma keaslian masakan Terengganu yang sudah pastinya membangkitkan selera.

1 ekor(1.5kg) besar ikan tongkol hitam (dipotong dan direbus bersama 4 keping asam keping dan 1 sudu besar garam)

1-2senduk cili kering yang telah dimesin halus(mengikut kepedasan masing-masing)

15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 keping gula melaka
1 sudu kecil asam jawa
500g santan pekat
1 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
garam dan gula secukup rasa

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Kredit kepada:

Nasi Dagang merupakan menu tradisi bagi penduduk di pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Ia mudah didapati di gerai-gerai pada waktu pagi kerana kebanyakan masyarakat di negeri-negeri ini menikmati masakan ini di waktu pagi sebagai sarapan. Jika di rumah, menu ini akan disediakan jik...

REMPAH NASI DAGANG HOMEMADE (VERSI YUS KITCHEN)Assalamualaikum wbt buat semua. Alhamdulillah, tahun baru telah memasuki ...
10/01/2022

REMPAH NASI DAGANG HOMEMADE (VERSI YUS KITCHEN)

Assalamualaikum wbt buat semua. Alhamdulillah, tahun baru telah memasuki hari yang kesepuluh. Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. InsyaAllah, Allahumma amin.

Setelah sekian lama tidak meng-update page disebabkan ada beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hendaknya.

So, bercerita pasal Nasi Dagang, pastinya bahan utama yang perlu digunakan adalah rempah gulai Nasi Dagang bagi menghasilkan gulai yang bukan sahaja menyelerakan malahan bertepatan dengan citarasa dan originaliti rasa Nasi Dagang yang sebenar.

Terdapat pelbagai versi dan rempah Nasi Dagang yang berada di pasaran dan terpulang kepada selera masing-masing. Di sini s**a saya untuk kongsikan sedikit perkongsian bagaimana untuk membuat rempah Nasi Dagang mengikut versi kami.

Mungkin perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memperkayakan lagi warisan turun temurun negeri Terengganu, buat perkongsian dan tatapan generasi akan datang.

Diantara rempah ratus yang digunakan bagi menghasilkan rempah Nasi Dagang versi Yus Kitchen adalah menggunakan bahan dan s**atan yang berikut.

Sebatang kayu manis, digunakan untuk menumis.
Ketumbar 25 gram,
Jintan Manis 15 gram,
Serbuk kunyit 5 gram
Jintan Putih 1/2 sudu kecil.

Sukatan rempah ini adalah bagi s**atan sekilo Nasi Dagang.

Semoga bermanfaat.

17/09/2021
" Ingat Nasi Dagang, Ingatlah Nasi Dagang Yus Kitchen "
17/09/2021

" Ingat Nasi Dagang, Ingatlah Nasi Dagang Yus Kitchen "

Jom Breakfast Nasi Kerabu Ayam Bakar di Yus Kitchen....." Sekali Cuba Pasti Repeat Lagi"Yus Kitchen.......
17/09/2021

Jom Breakfast Nasi Kerabu Ayam Bakar di Yus Kitchen.....

" Sekali Cuba Pasti Repeat Lagi"

Yus Kitchen.......

01/08/2021

Tips dan Petua Untuk Buat Nasi Dagang.
Everything U Need to Know About Nasi Dagang.


Semoga Allah segera mengangkat musibah dan wabah covid 19 dari kita semua. Tenang dan banyakkan bersabar. Kita merancang Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.

Sekadar perkongsian dengan saing sobat untuk menghilangkan kerinduan pada kapong halaman tercinta, meh kite acu try test buat nasi dagang.

Jika saing sobat yang lain ada tip dan petua boleh jugak sama-sama kongsikan buat kita bersama.

Ikan.

1. Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam orang KL panggil ikan Tuna. Nok kenal tengok pada sirip. Kalu panjang, tu Aya Hitam. Kalu sirip pendek tu Aya Putih.

2. Nok sedap rebus sehari sebelum nok makan. Cara dan bahan nok rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing. Antara bahan hok biasa orang guna untuk rebus ikan. Daun pandan ( Hilang hanyir ), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (Supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sbb isi dia lembut).

Beras, campuran dan s**atan.


Jenis beras.

- Org kate yang paling afdhal guna beras siam. Sebabnya dia bera, nasi jadi comel, sutir-sutir.

- Beras wangi. Samada beras wangi saje, atau beras wangi campur beras pulut. Boleh jugok kalu beras wangi campur dengan beras.

- Basmathi. Pun jadi jugok, comel jugok.

- Beras Basmathi, ni kire nasi dagang moden doh ni. Boleh capor beras pulut ataupun tidak.

Bab beras saje ulama nasi dagang ada banyak khilaf, so jangan baloh. Boleh paka belake hok mana brase kena dengan selera.
Nisbah campuran beras, kalu nok caporlah, klau x mboh capor pun xpe. Nisbah dia 4+1=5.

4 cawan Beras wangi, 1 cawan beras pulut.
4 cawan Beras Wangi, 1 cawan beras basmathi.
4 cawan beras biasa, 1 cawan beras pulut.

Sukatan air nok arong. Nasi Dagang nok kena arong 2 kali.
Sukatan dia, utk arong pertama 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nok mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nok s**at beras tu.

Arong kali kedua 1 cawan santan pekat. Conslusion dia, sekilo beras 2 cawan air utk 1st arong, 1 cawan santan pekat untuk 2nd arong.

Untuk pengetahuan adik kakok. 1 cawan tu bersamaan 250 gram. so, kalu 4 cawan tu maknanya sekilo lah lebih-lebih kurangnye. Senang nok agok.

Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Kalu molok besor memang xpadan lah.

Untuk 1 kilo santan pekat pulok, ambe pernah tanya orang hok jual santan. Dia kate 1 kilo santan tu 4 utir nyior. Hokni, hok dia kate lah.... Makna kate setengah kilo tu 2 butir nyior doh. ( Santan Pekat nih).

Masa nok kukuh nasi kena pastikan api tu besar, jangan besar sangat. Kalu api slow kekgi nasi dok kembang. Zaman dulu, bila wak nasi dagang dia dok kembang, orang dulu-dulu kate sebab ada hantu yang tenggek atas nasi. Padahalnya kayu api tu basoh, so api xkuat. Menyebabkan beras yang dikukuh tu dok kembang.

Gulai Nasi Dagang.


1. Cara nok masok gulai ade banyak style dan gaya.
Style pertama, dok tumis. Masuk santan dulu, tunggu dia awe awe nok pecoh minyok, pastu masuk belaka bahan kisar n mesin. Style dan gaya ni orang panggil "Raja Berangkat". Mungkin sebab dia masuk semua sekali macam rombongan nok gi lawatan....

2. Style kedua, tumis dulu cili boh.

3. Ada yang paka belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering sekor dalam kuah tu, utk dapatkan rasa dan aroma ikan tu.

4. Cili boh nok kena guna banyak, baru comel kejadian gulai nasi dagang. Beringat jugok bab cili boh nih. Guna lada kering yang xpedas. Kalau gi kedai dia panggil "Cili Kering Gemok". Ambe dok kate ke sape2... Jangan berase pulok weh.....

5. Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang boleh guna 200g ke 250gram cili boh. InsyaAllah gulai nasi dagang kita tu dia jadi comel, warna dan tekstur dia.

6. Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sapa pecah minyak.

7. Kuah gulai nasi dagang sedak kalu pekat. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita xpaka banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang padan doh kalu 50gram untuk satu hidangan. Sesenduk lah bahase mudahnya.

8. Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cite kalu bekas belender tu 1 setengah air bekas belender tu. Tidak termasuk santan.

9. Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan.

****** masuk 1 cawan dulu xpe, takut masam sangat kuah gulai tu. Sebab masa rebus ikan tu kita guna asam keping banyok. Terlebih masam payoh nok ejah**********. Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalu kurang tambah lagi sikit. Gitulah, agok2.

10 Untuk sekilo kuah nasi dagang padan doh kalu guna 2 cawan santan pekat.

11. Masa nok bubuh ikan tu kena perati ikan tu molek, jangan wi ade asam keping tepek di ikan. Takut terlebih masam pulok kuah gulai ikan kita. Masa rasa tu ok doh. Pastu bila makan rasa masam. Rupanya asam pada ikan tu tadi yang buat gulai kita terlebih masam.

12. Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.

Gitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang teganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.





Yus Kitchen.

https://www.facebook.com/mayusnizam.mohamad.8/?ref=pages_you_manage

19 Julai 2021 Bersamaan
09 Zulhijjah 1442 Hijrah

Nasi Dagang Terengganu asli Yus Kitchen yang sedap dan lazat dengan resepi asli warisan istana yang wajib di cuba di Shah Alam.




Resepi Gulai Nasi Dagang Terengganu Asli. (Homemade)Resepi gulai nasi dagang terengganu asli tidak menggunakan rempah ka...
18/07/2021

Resepi Gulai Nasi Dagang Terengganu Asli. (Homemade)

Resepi gulai nasi dagang terengganu asli tidak menggunakan rempah kari. Untuk membuat rempah gulai nasi dagang terengganu hanya menggunakan beberapa campuran rempah yang biasa kita gunakan untuk memasak seharian. Serta mudah untuk didapati di dapur rumah masing-masing.

Bagi membuat rempah gulai nasi dagang. Rempah ratus yang digunakan adalah ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

Sukatan dan campuran adalah seperti berikut:

Untuk sekilo nasi dagang (beras).

1 Batang kulit kayu manis.
1 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
6 biji bunga cengkih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara penyediaan:

Rebus kesemua bahan rempah ratus dengan sedikit air. Rebus sehingga air sedikit kering. Kemudian kisar halus rempah ratus yang telah direbus tadi bersama-sama dengan bahan-bahan basah. (Bawang merah, bawang putih halia kunyit dan juga lengkuas).

Mudah untuk disediakan dan senang untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Selamat mencuba.

Kredit buat https://geecuisine.com/nasi-dagang/

Jom Breakfast Nasi Dagang Gulai Ayam di Yus Kitchen.
09/04/2021

Jom Breakfast Nasi Dagang Gulai Ayam di Yus Kitchen.

Dagang & Kerabu.......... Jom Breakfast dengan Nasi Dagang Yus Kitchen... Resepi Istimewa Warisan Istana....
28/03/2021

Dagang & Kerabu.......... Jom Breakfast dengan Nasi Dagang Yus Kitchen... Resepi Istimewa Warisan Istana....

Address

14G, Jalan Serambi U8/24, D'Bayu Business Centre, Seksyen U8 Bukit Jelutong
Shah Alam
41050

Opening Hours

Tuesday 07:30 - 11:00
Wednesday 07:30 - 11:00
Thursday 07:30 - 11:00
Friday 07:30 - 11:00
Saturday 07:30 - 12:00
Sunday 07:30 - 12:00

Telephone

+60193520791

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nasi Dagang Terengganu Yus Kitchen:

Shortcuts

Share

Category