11/02/2022
๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐ณ๐ฒ๐ธ๐๐ถ๐ณ ๐ด ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ
Bro berat hati nak kongsikan posting ni, tapi perlu diteruskan.
Kalau para pelanggan perasan, ada perubahan harga di outlet Gerbabboom sejak hari Selasa haritu dan ini merupakan kali pertama kami laksanakan pelarasan sejak mula operasi pada tahun pandemik 2020.
Kenaikan harga barang mentah dok naik dan naik sejak pertengahan tahun lepas, paling ketara bulan September dan Disember 2021. Kami cuba tahan berniaga dengan harga lama untuk 6 bulan tu, mengharapkan harga barangan stabil semula. Tapi nampak gaya, ianya terus naik bulan lepas, Bro dan team struggle nak tampung kos operasi bisnes kecil kami ni.
Ni antara isu-isu Bro & Team kena hadapi:
1) ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐ช๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฉ๐ข๐ณ๐จ๐ข ๐ฃ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ข๐ฉ - ada yang naik 50%-200%!
2) ๐๐ข๐ซ๐ฐ๐ณ๐ช๐ต๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ด๐ช๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ฉ๐ช๐ฅ๐ฎ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข๐ฏ - harga menu kami di platform delivery adalah sama dengan harga in-store, dan sediamaklum platform tersebut caj komisen antara 35%-45%. Balance yang tinggal tu la kami guna sebaik mungkin untuk tanggung kos operasi (sewa kedai, bil utiliti etc)
3) ๐๐ฆ๐ฌ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข - bila kekurangan pekerja, ada masa kami terpaksa buka kedai lewat, dan ada masa juga outlet2 terpaksa tutup. Di situ sahaja kami terlepas peluang berniaga, walhal kos operasi masih perlu ditanggung.
Bro kongsikan perkara atas tu supaya para pelanggan memahami keputusan kami untuk melaraskan harga. Dan Bro harap para pelanggan akan terus kunjungi & support outlet Gerbabboom F&B - bisnes lokal anda dengan pilihan menu panas-panas!๐
Terima kasih baca posting yang panjang lebar ni.
Yang Ikhlas,
Bro & Krew Gerbabboom F&B