Sate7Pagi

Sate7Pagi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sate7Pagi, Restaurant, 3244 Jalan 18/37, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan.

12/09/2026

Macam mana sarapan style Muar Johor? 👀

Ada lontong kuah, Mee Rebus, soto dan paling penting — sate seawal 7 pagi! 🔥

Nak rasa sarapan style Muar? Jom ke Sate 7 Pagi Bangi!

📍 Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
⏰ 7.00 pagi – 2.30 petang

Jumpa korang! 🤝

BANTU SAYA BOLEH?SAYA TAK PANDAI MASAK WESTERN.TAPI NAK BUKA WESTERN P**A. 😂Hampir 10 tahun kami buat sate, mee rebus, l...
05/09/2026

BANTU SAYA BOLEH?

SAYA TAK PANDAI MASAK WESTERN.
TAPI NAK BUKA WESTERN P**A. 😂

Hampir 10 tahun kami buat sate, mee rebus, lontong dan soto.

Sekarang Sate 7 Pagi nak buka satu cerita baru — operasi Western waktu malam.

Jadi saya sedang mencari:

👨‍🍳 HEAD CHEF – WESTERN
🔪 SOUS CHEF – WESTERN

Saya bukan sekadar cari orang yang pandai masak.

Saya perlukan orang berpengalaman yang boleh bantu kami bina Western kitchen dari awal — susun menu, buat resipi, kira costing, tentukan portion, preparation dan flow dapur.

Kalau pernah terlibat dengan pre-opening atau set up restoran Western, itu satu kelebihan besar.

📍 Sate 7 Pagi, Seksyen 7 Bangi
⏰ Operasi malam: 5 petang – 12 malam
💰 Gaji kita bincang dan setuju awal
✅ KWSP & PERKESO

Bab operasi kedai, saya urus.

Bab dapur Western, saya perlukan orang yang lebih pandai daripada owner. 😄

Kalau anda rasa pengalaman anda boleh membantu kami bina sesuatu yang baru, saya memang nak jumpa anda.

Cara mohon saya letak di ruangan komen.

Jakfar @ Abang Sate

03/09/2026

CUTI HARI INI
CAWANGAN SERDANG & BANGI

Ada orang bekerja untuk gaji. Ada orang bekerja sehingga meninggalkan kesan.Jafir ialah orang seperti itu.Hampir 3 tahun...
01/09/2026

Ada orang bekerja untuk gaji. Ada orang bekerja sehingga meninggalkan kesan.

Jafir ialah orang seperti itu.

Hampir 3 tahun beliau bersama kami di Sate 7 Pagi.

Datang dari Nepal, meninggalkan isteri dan anak yang ketika itu baru berusia 6 bulan. Belum pandai berjalan. Baru belajar duduk.

Bayangkan…

Anak membesar hanya melalui gambar dan panggilan video.

Setiap kali video call, anak semakin berubah. Semakin besar. Semakin banyak perkara pertama yang terlepas untuk disaksikan sendiri.

Esok, selepas hampir tiga tahun, akhirnya Jafir akan memeluk anaknya semula.

Saya sendiri tidak pasti saya mempunyai kekuatan seperti itu.

Sepanjang bersama kami, Jafir bukan sekadar seorang pekerja.

Beliau seorang yang berdisiplin, jujur, rajin dan cepat belajar. Orang seperti ini memang sukar dicari.

Bila beliau tiada nanti, rutin harian kami pasti berubah. Akan terasa kosong. Kehilangannya akan benar-benar dirasai.

Terima kasih, Jafir.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesetiaan dan khidmat cemerlang yang diberikan kepada Sate 7 Pagi.

Semoga perjalanan pulang dipermudahkan dan semoga esok menjadi detik paling bermakna apabila akhirnya dapat memeluk isteri dan anak yang sudah lama dirindui.

Kalau anda berada di tempat Jafir, sanggupkah anda berjauhan dengan keluarga selama hampir 3 tahun demi mencari rezeki? ❤️

01/09/2026

👉 TENGAH MAKAN, TIBA-TIBA SEMUA BERDIRI! 🇲🇾

Walaupun tak dapat hadir ke Dataran Merdeka, kita tetap sambut bersama — nyanyikan Negaraku beramai-ramai.

Tengah sarapan pun, bila Negaraku dimainkan, kita berhenti seketika, tabik dan hormat. ❤️🇲🇾

Macam kembali ke bangku sekolah.
Negaraku, sentiasa di hati.

30/08/2026

NASI LEMAK BUNGKUS NOSTALGIAA
Dulu dapat ni zaman” sekolah dulu puas gila makan, nak cari skang susah, tapi di Sate 7 Pagi still ada bungkus pakai plastik🤤🤤
Siapa nak tempah Nasi Lemak ni boleh roger Sate 7 Pagi Bangi @ Serdang💁🏽‍♂️🤗

Saya nak beritahu situasi kedai makan SATE 7 PAGI. Mesin Kopi belum ada yang boleh handle. Cashier masih tak cukup. Kitc...
25/08/2026

Saya nak beritahu situasi kedai makan SATE 7 PAGI.

Mesin Kopi belum ada yang boleh handle.

Cashier masih tak cukup.

Kitchen Helper perlu tambah 2 orang.

Tukang Masak Western pun masih belum diisi jawatan.

Itulah setakat ini jawatan yang perlu pengisian di Cawangan Bangi dan Sri Serdang.

Sesiapa yang rasa nak bantu dan join team saya boleh pm atau wasabi. Nombor kat komen.

Abang Sate @ Jakfar

Sate 7 Pagi Serdang BUKA HARI INI SELASA 25/7/20267:00am - 2:30pm
24/08/2026

Sate 7 Pagi Serdang

BUKA HARI INI SELASA 25/7/2026

7:00am - 2:30pm

23/08/2026

Kenapa pelanggan minta pindah tempat duduk ke dalam kedai walaupun baru duduk 5 minit di luar?

Misteri ini saya dapat selesaikan 2 minggu lalu
Sate7Pagi

Address

3244 Jalan 18/37, Taman Sri Serdang
Seri Kembangan
43300

Telephone

+60115883376

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sate7Pagi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category