24/01/2021
KURMA AJWA
Kurma kesukaan Rasulullah sehinggakan diberi gelaran sebagai Kurma Nabi.
Kurma Ajwa yang berasal dari Madinah ini sangat popular antara semua jenis kurma yang ada.
Warna Kurma Ajwa yang asli adalah hitam pekat, berbentuk oval dan terdapat beberapa garis kecil di sekitar buahnya.
Kurma Ajwa tidak terlalu manis dan isinya pejal. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
Sabda Rasulullah SAW: “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari
“Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]