30/08/2026
🇲🇾 SEMPENA 31 OGOS — HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 🇲🇾
AKU NAK LUAHKAN SATU BENDA YANG DAH LAMA AKU PENDAM.
Esok kita sambut kemerdekaan.
Dah 69 tahun kita merdeka. 🇲🇾
Tapi aku terfikir…
MERDEKA TU BUKAN SETAKAT BEBAS.
MERDEKA JUGA KENA ADA ADAB, TANGGUNGJAWAB DAN RASA HORMAT.
Aku buka tandas kedai Cik Su untuk orang ramai guna. PERCUMA!
Tong sampah ada.
Air ada.
Sabun ada.
Cik Su jaga kebersihan tandas ni sebaik mungkin.
Tapi bukan sekali…
BANYAK KALI.
Berak tak flush.
Kencing tak flush.
Lelaki kencing berdiri, percik merata — tak basuh.
Sampah ditinggalkan.
Dan semalam, pekerja Cik Su sampai menjerit bila nampak…
PAD YANG DAH DIGUNAKAN DITAMPAL KAT DINDING TOILET! 😡
WEH… TONG SAMPAH DAH ADA!
Nak buang pad dalam tong pun bukan benda susah.
Kita ni dah besar panjang.
Dah berpuluh-puluh tahun hidup.
Takkan benda asas macam ni pun nak kena fikirkan?
Cik Su bukan marah orang guna tandas.
GUNA LAH!
Cik Su memang buka sebab nak bagi kemudahan.
Tapi kemudahan percuma BUKAN bermaksud boleh buat ses**a hati.
Yang jadi masalah…
KITORANG YANG KENA CUCI.
Pekerja Cik Su yang kena siram.
Yang kena sental.
Yang kena basuh.
Yang kena pastikan tandas tu bersih untuk orang seterusnya.
Sebab tu Cik Su dah buat keputusan…
🚨 MULAI SEKARANG, TOILET CIK SU TERPAKSA DITUTUP UNTUK ORANG RAMAI.
Kalau datang kedai Cik Su nanti tandas dah tak boleh guna, jangan salahkan Cik Su.
Cik Su bukan kedekut.
CIK SU KECEWA.
Sempena kita nak sambut 31 Ogos, aku cuma nak pesan:
🇲🇾 Kita boleh bangga kata kita rakyat Malaysia yang merdeka.
Tapi jangan lupa…
ADAB PUN KENA MERDEKA.
KEBERSIHAN PUN KENA ADA.
HORMAT PADA ORANG YANG MENCUCI PUN KENA ADA.
Kalau guna toilet orang, jaga macam toilet rumah sendiri.
Flush.
Basuh.
Buang sampah dalam tong.
Jangan tinggalkan kerja untuk orang lain.
Dah 69 tahun merdeka.
Takkan benda asas macam ni pun kita masih kena ajar?
Cik Su cuma nak orang faham…
AKU BUKA TOILET TU SEBAB NAK MEMUDAHKAN ORANG, BUKAN NAK BAGI PEKERJA AKU JADI HAMBA MENCUCI PERANGAI ORANG.
Yang selama ni guna dengan baik — terima kasih banyak-banyak. ❤️
Yang pernah buat macam-macam…
TOLONG FIKIR.
Sebelum kita cakap tentang “Malaysia Madani, Malaysia hebat”,
MULA-MULA JAGA TEMPAT YANG KITA GUNA.
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
— Cik Su
Dapur Salai Cik Su