Baka Topong

Baka Topong homemade cookies

Renung² kan...
27/08/2022

Renung² kan...

Ada satu keluarga yang amat kaya di India ini, sebaik anak lelaki mereka pulang dari tamatkan pengajian di US dia di'halau' ke bandar lain.

Di bandar lain ini, dia diwajibkan cari kerja yang sama dengan pekerjaan rakyat India yang miskin untuk tampung hidup dan hanya diberi sedikit duit poket, sekitar tiga puluh ringgit.

Pesanan yang diberi kepada dia ;
"Pandai-pandailah nak hidup dan jangan sesekali jual nama keluarga kita untuk cari kerja".

Nama keluarga kaya itu adalah Dholakia.
Mereka bukan sahaja terkenal dengan bisnes berlian yang bernilai berbillion ringgit, malah terkenal dengan sikap pemurah kepada pekerja.

Antaranya lebih seribu pekerja cemerlang mereka pernah diberi hadiah rumah dan kereta.

Dan sudah jadi tradisi keluarga ini untuk hantar setiap waris lelaki rasai sendiri pahit getir dan denyut nadi kehidupan rakyat biasa India selama sebulan.

Bukan sahaja setiap waris lelaki ini perlu lakukan kerja sama seperti rakyat miskin malah tempat tinggal pun perlu dicari sendiri. Jika tiada, tidurlah di mana-mana seperti gelandangan.

Mereka juga dilarang bawa telefon bimbit. Setiap minggu mereka disyaratkan buat kerja yang berlainan.

Sepanjang tempoh ini mereka perlu menyamar serta dilarang guna kelayakan pendidikan, nama keluarga atau kenalan untuk cari kerja.

Salah seorang waris lelaki tersebut, Dravya berkongsi pengalaman beliau ;

"Saya terkejut bila dapat tahu apa yang perlu dilakukan.

Selama 5 hari saya tidak dapat sebarang kerja dan tempat tinggal. Sebanyak 60 kali saya minta kerja tetapi kesemuanya gagal.

Memang rasa kecewa pada masa itu tapi sekarang saya tahu apa rasanya bila ditolak dan nilai sesuatu pekerjaan.

Macam-macam pekerjaan yang saya buat dengan menyamar sebagai anak petani miskin dari Gujerat.

Sebelum ini juga saya tak perlu risau tentang duit. Tetapi di sini, hidup untuk dapatkan sesuap nasi amat sukar dan itu belum dikira lagi tentang sewa bilik yang perlu dibayar."

Kenapa keluarga Dholakia wujudkan tradisi ini?

Jawapannya, agar setiap waris mereka ada rasa RENDAH DIRI.

Kredit : Mazlan Mohamad

25/01/2022

this is not your raya cookies anymore, it’s a everyday cookies

cookies for b40
09/11/2021

cookies for b40

09/11/2021
just got our 1st chiller! 😍
03/11/2021

just got our 1st chiller! 😍

Address

Sepang

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 18:00
Wednesday 11:00 - 18:00
Thursday 11:00 - 18:00
Friday 11:00 - 18:00

Telephone

+601110156236

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baka Topong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share