18/10/2020
Resepi Kalakatar / Bingka kelapa
(Kuih Banjar / Wadai orang Banjar)
Versi moden guna oven..Resepi asli guna sabut kelapa semasa proses membakar kuih.
Bahan-bahan :
1 Β½ cawan tepung beras
Β½ cawan tepung gandum
1 cawan gula (taknak manis kurangkan)
2 biji telur gred B
4 cawan air kelapa muda
1 mangkuk isi kelapa muda
Β½ sudu teh garam
1 sudu besar marjerin (buttercup)
Cara membuatnya :
1)Masukkan gula,marjerin dan telur dalam bekas.Kacau sebati hingga gula larut dan masukkan tepung bersama sedikit garam dan air kelapa.
2)Setelah adunan tadi sudah sebati, tapiskan ke dalam periuk. Ini untuk memastikan tiada ketulan tepung dalam adunan tersebut.
3)Masak adunan bersama sedikit isi kelapa dalam periuk sehingga adunan pekat.Adunan perlu sentiasa dikacau menggunakan api yg sederhana.
4) Kemudian masukkan ke dalam loyang yg disapu dengan sedikit marjerin (buttercup) untuk mengelakkkan kuih melekat pada loyang dan memudahkan proses untuk memotong kuih.
5)Isi kelapa juga ditaburkan di atas adunan dan bakar selama 1Β½ jam dgn kepanasan 180'C.Atau sehingga masak bergantung kpd oven masing-masing.
6) Sejukkan kuih sebelum dipotong.
Selamat mencuba πππ