PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT

PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT Pejabat RISDA Daerah Segamat (PRD Segamat) mempunyai 4 buah Pejabat RISDA Stesen (PRS) iaitu:
1.PRS Buloh Kasap
2.PRS Labis
3.PRS Tengah
4.PRS Jementah

Profil Penubuhan

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-
1.Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
2.Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah ba

hawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

30/04/2026

𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐮𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚

Setiap titik peluh anda adalah nadi kepada kemajuan negara. Dari ladang ke bandar, dari pagi hingga malam,anda yang menggerakkan Malaysia. 💪🇲🇾

Selamat Hari Pekerja 2026! Terus melangkah dengan semangat, kerana pekerja hari ini adalah kekuatan masa depan negara.

Ikhlas daripada warga 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀

Sekilas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR) Daerah Tahun 2026 yang berlangsung pada hari semalam 27...
28/04/2026

Sekilas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR) Daerah Tahun 2026 yang berlangsung pada hari semalam 27 April 2026 di Pejabat RISDA Daerah Segamat.

Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PRS Buloh Kasap di Balairaya Kampung Pada...
23/04/2026

Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) telah dilaksanakan dengan jayanya oleh PRS Buloh Kasap di Balairaya Kampung Padang Kiambang petang tadi.

Hadir dalam program ini Pegawai RISDA Daerah Segamat, En. Md Zaidi bin Husain, para pegawai kanan dan wakil anak Syarikat RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB).

Program ini bertujuan mempromosikan Program Getah Bergerak (PGB) iaitu satu inisiatif yang diusahakan oleh pihak RISDA untuk membeli hasil getah di kebun melalui anak syarikat RPSB.

Program ini mendapat sambutan penduduk kampung dengan mendengar taklimat daripada wakil RPSB berkenaan dengan perjalanan Program Getah Bergerak ini.

23/04/2026

Aish.macam kenal makcik ni😅

Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) di Pekan Air Panas, Labis telah dilaksanakan oleh Pejabat RISDA Stesen Labis den...
23/04/2026

Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) di Pekan Air Panas, Labis telah dilaksanakan oleh Pejabat RISDA Stesen Labis dengan jayanya bersama dengan penduduk kampung sekitar Pekan Air Panas.

Di dalam program ini , En. Azmi bin Miran serta En. Zulfikar dari Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) berkempen mengenai Program Getah Bergerak (PGB). PGB ini adalah satu inisiatif dan usaha anak syarikat RISDA iaitu RPSB sendiri masuk ke kebun -kebun pengusaha getah untuk membeli getah mereka.

Selain itu , Kempen Tanam Semula terus dipergiatkan lagi oleh Pegawai RISDA Daerah Segamat, En. Md Zaidi bin Husain kepada komuniti pekebun kecil getah. Pihak RISDA juga telah menaikkan bantuan Tanam Semula sebanyak RM 20 ribu/hektar bermula tahun ini.

Dalam ucapannya, Pegawai RISDA Daerah Segamat juga menekankan Amalan Pertanian Baik (GAP) kepada kebun getah matang/muda oleh pengusaha supaya kebun getah boleh mencapai tahap penghasilan hasil skrap/lateks yang maksimum dengan kualiti yang terbaik bagi mendapatkan harga getah yang bermaruah.

Pengurusan RISDA Daerah Segamat merakamkan ucapan salam takziah kepada kakitangan, En. Muhammad Amin bin Haji Abdul Maji...
08/04/2026

Pengurusan RISDA Daerah Segamat merakamkan ucapan salam takziah kepada kakitangan, En. Muhammad Amin bin Haji Abdul Majid kerana kembali ayahandanya ke rahmatullah pada malam tadi dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Buloh Kasap sebelum tengahari ini.

Kelab Sukan dan Kebajikan RISDA Segamat (KERIS JOHOR) turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada En. Amin sebagai tanda kasih dan prihatin kepada kebajikan kakitangan.

Semoga Allah mengampuni dosa almarhum dan rohnya ditempatkan bersama golongan soleh.

Mesyuarat Jawatankuasa Program Keusahawanan Peringkat RISDA Daerah Segamat (JPKRISD) Bil. 1/2026 yang dipengerusikan ole...
07/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Program Keusahawanan Peringkat RISDA Daerah Segamat (JPKRISD) Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh En. Md Zaidi bin Husain, Pegawai RISDA Segamat yang turut disertai oleh pegawai kanan dan ketua PRS daerah Segamat.

Mesyuarat ini bertujuan meluluskan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) kepada permohonan yang layak berdasarkan kriteria dan syarat yang telah dicapai.

Pengurusan RISDA Segamat mengalu-alukan kehadiran rombongan ahli Mesyuarat dan Lawatan Kerja Kajian Penilaian Outcome RI...
03/04/2026

Pengurusan RISDA Segamat mengalu-alukan kehadiran rombongan ahli Mesyuarat dan Lawatan Kerja Kajian Penilaian Outcome RISDA Negeri Johor bersama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan En. Md. Najip bin Ishak bersama dengan para Pengarah Bahagian Ibupejabat RISDA Kuala Lumpur di Kampung Bukit Kledang, Jementah pada pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan diberikan taklimat serta di bawa ke lot kebun getah pekebun kecil RISDA Segamat untuk melihat sendiri perkembangan dan kemajuan kebun yang telah mendapat bantuan tanam semula getah.

Ahli rombongan turut di bawa ke Depo Pengumpulan Hasil Skrap Kg. Bukit Kledang untuk meninjau sendiri dan melihat kemajuan aktiviti jual beli tender skrap berkenaan.


01/04/2026

Jualan Getah Skrap Bergerak

Penyampaian bakul makanan RISDA di Kampung Pancha Jaya oleh Pegawai RISDA Segamat, En. Md Zaidi bin Husain bersama denga...
31/03/2026

Penyampaian bakul makanan RISDA di Kampung Pancha Jaya oleh Pegawai RISDA Segamat, En. Md Zaidi bin Husain bersama dengan Ketua Unit di PRD, Ketua Stesen RISDA Labis dan kakitangan.

Pemberian bakul makanan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat oleh Yayasan RISDA kepada komuniti pekebun kecil khasnya.

Address

Lot 986, Jalan Buloh Kasap
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

079312300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PEJABAT RISDA DAERAH SEGAMAT:

Share