21/04/2026
Setelah melalui proses yang teliti dan menyeluruh, *pihak Mr Churros telah secara rasmi memperoleh pensijilan Halal* bagi bahan mentah utama produk kita iaitu tepung premix, paste dan juga cinnamon sugar.
Pensijilan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Mr Churros dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan mematuhi piawaian Halal yang ditetapkan, malah ia juga menjadi satu langkah penting dalam memperkukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama kami.