DS Buffet Paradise

DS Buffet Paradise We are the FIRST buffet concept restaurant by Malay Muslim in Sandakan. Eat ALL You Can EAT ! OPE OPEN FROM 11AM- 9PM (EVERYDAY)

   Asalamualaikum Dan Salam perpaduan. Rentetan daripada kejadian Ada individu YG menggunakan Nama restoran Dan gambar r...
14/09/2021



Asalamualaikum Dan Salam perpaduan.
Rentetan daripada kejadian Ada individu YG menggunakan Nama restoran Dan gambar restoran saya sebagai MENJUAL MAKANAN LAUT, disni ,laporan polis telah dibuat berkaitan penafian YG D'Sandakan Seafood Paradise (page rasmi) {URL www.facebook.com/dsandakansp } tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Sila berhati2 dengan penipuan .

SEKIAN terima kasih.
https://www.facebook.com/490291520986499/posts/5131224473559824/

Oder oder
01/07/2021

Oder oder

10/04/2021
Pejuang ! LIKE
30/05/2020

Pejuang ! LIKE

Penyertaan kategori 🅰️

❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️

NAMA IBU: KORINAH BINTI SIDIK
NAMA BAPA: JINEGO
NAMA ANAK: INAH QURAINAH BINTI JINEGO
TARIKH LAHIR: 1.JUN.1997
ASAL: SIPITANG
DIAGNOSIS: THALASSEMIA BETA MAJOR
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️

Kita hidup semestinya tidak lari dari dugaan dan ranjau yang sentiasa mendatang. Dalam setiap situasi dan keadaan, kita sentiasa mengharapkan untuk mendapat yang terbaik. Tepat tanggal 1 haribulan Jun tahun 1997, aku dikurniakan satu nikmat dunia yang menjadi idaman semua pasangan; seorang anak yang sehingga kini ditatang bagai minyak yang penuh. Inah Qurainah nama yang indah. Cukup sesuai dengan paras rupawan kurniaan Tuhan kepada seorang gadis cilik berjiwa besar. Aku bersyukur dan bahagia dengan kehadirannya dalam hidupku. Setiap hari aku merasa beruntung mempunyai anak seperti anak mama ini. Dikenali ramai orang, Inah selalu menjadi sebutan sebagai seorang yang rajin, cekap, tabah dan tidak mudah berputus-asa. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? Hehe… Inah juga dikelilingi orang-orang yang sayang kepada dirinya – Mama, Baba, Adik…

Oh ya! Anak mama ni pun sangat berbakat tau. Sejak kecil lagi, Inah sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang seni lukisan. Banyak buku dan kertas yang habis menjadi coretan lukisan tangan malaikat kecilku ini.Semuanya aku simpan sampai sekarang. Sejak di bangku sekolah lagi, banyak anugerah yang anak mama ni menangi. Dari pertandingan peringkat sekolah sehinggalah mendapat tempat dalam pertandingan-pertandingan anjuran institusi luar. Inah pun membesar menjadi anak yang disenangi semua orang dna dikenali dengan sikap cerianya itu. Mama kagum dengan anak mama! Aku tidak jemu memberikan dia semua peluang itu. Bukan kerana aku s**a memanjakan anak perempuan tunggalku ini, tapi kerana aku tahu dia berbeza dari kanak-kanak lain. Dia pun berhak mendapatkan semua itu. Aku bahagia melihat dia bahagia.

Namun, di sebalik tawa dan bahagia itu, tidak ramai yang tahu penderitaan yang dialaminya. Mana ada cuaca sepanjang masa menghangatkan. Hujan itu menimpa keluarga kecil kami jua. Lahirnya pada usia setahun lebih, Inah telah didiagnosis menghidap penyakit Thalassemia Beta. Sejak dari hari itu juga, kami tahu dunia kami tidak akan sama dengan orang lain. Seawal usia 10 tahun, Inah disahkan p**a menghidap sejenis penyakit tulang dengan satu nama yang lidahku sendiri pun berbelit untuk menyebutnya. Melliodosis – itulah nama penyakit yang anakku hidapi sehingga terpaksa menjadikan Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas sebagai rumah keduanya selama 4 bulan lamanya. Tubuh kecilnya pada ketika itu menyusut secara drastik. Dia terlalu kurus sehingga kulit tulang yang menunjangi dirinya hanya seperti terbalut kulit lembutnya.

Dek terlalu lemah, jika hendak berjalan pun terpaksa memerlukan bantuan dari orang lain. Dalam tempoh itu, anak mama ini terpaksa menjalani rawatan fisioterapi secara berkala di Beaufort dan diikuti juga dengan pembedahan sebanyak 4 kali di kawasan kepala, bahu dan peha. Apalah daya seorang anak kecil untuk menghadapi semua kesakitan itu pada usia yang sangat hijau? Tapi mama tahu Inah kuat. Tidak sekalipun dia mengeluh kerana harus menjalani kehidupan yang berbeza dengan ramai kanak-kanak lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu ibu yang memikul. Tuhan saja yang tahu bagaimana remuknya hati seorang ibu tatkala melihat anaknya melalui semua itu tanpa berdaya meringankan sedikit pun beban itu. Hancur… tapi mama tidak boleh lemah di mata anak mama supaya anak mama terus kuat sama. Tuhan betul-betul ingin menguji kami sekeluarga samada mahu menjadi golongan yang bersabar atau sebaliknya. Sesungguhnya kisah ringkas ini hanyalah secebis dari banyak liku yang merintangi perjalanan untuk terus hidup dan berjuang di hidup yang singkat ini.

Masa berlalu pantas. Inah pun membesar menjadi anak remaja yang cantik dan disenangi ramai. Hakikatnya, anak mama cantik luar dan dalam. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, beban di pundak terasa sedikit ringan. Guru-guru, rakan sekolah, ahli keluarga dan keluarga rakan kami, semua sayang kepada Inah. Berkat doa semua orang, anak mama masih berdiri teguh sampai hari ini sehinggakan jika orang melihat sepintas lalu, mereka tidak akan tahu anak mama ini “lain dari yang lain”. Dalam peperiksaan awam SPM p**a, anak mama ni mendapat anugerah untuk subjek SPM terbaik dan anugerah Perak dalam kokurikulum. Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada ramai ahli keluarga dan rakan taulan. Walaupun terpaksa menjalani pelbagai rawatan lantaran sakit yang dihidapinya, Inah masih mampu untuk menempa kejayaan dalam pendidikan.

Kejayaan demi kejayaan terus dicapai. Pada tahun 2016, Inah berjaya menyambung pelajaran ke Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Saat ini merupakan satu titik perubahan yang besar dalam hidup kami. Untuk pertama kalinya, kami terpaksa tinggal berasingan dengan anak perempuan tunggal kami itu. Walaupun masih mampu untuk sekali sekala menjenguk Inah di kampus, kerisauan seringkali menjengah minda dengan persoalan-persoalan seperti “macam mana Inah mau tambah darah nanti?” atau “siapa mau teman Inah kalau dia sakit?” Ternyata, itulah hikmah untuk Tuhan tunjukkan bahawa anak mama ni sebenarnya lebih kuat daripada yang disangkakan. Inah mampu untuk berdiri sendiri dan belajar untuk berdikari di tempat lain walaupun tidak selalu dapat peluang untuk bertemu dengan keluarga kecilnya di Sipitang.

Selain mampu untuk berdikari sendiri setiap kali ingin transfusi darah, anak mama turut mampu untuk mempamerkan sisi kepimpinannya apabila telah diserap dalam Majlis Perwakilan Pelajar sebagai Bendahari Kehormat di politeknik. Banyak pertandingan yang disertainya seperti pertandingan debat, CEDIX serta berjaya p**a mendapat tempat ketiga dalam pertandingan inovasi anjuran politeknik. Kalau nak disenaraikan pencapaiannya di coretan kali ini, alamatnya berjela-jelalah karangan ini. Dipendekkan cerita, anak mama berjaya membuktikan kejayaannya apabila dinobatkan dengan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum bagi Jabatan Kejuruteraan Awam pada hari graduasinya. Mama dan Baba sangat bangga dengan Inah!

Inah sempat kerja dengan salah satu syarikat di Kota Kinabalu selama beberapa waktu sebelum berjaya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti terkemuka tempatan di Universiti Malaya pada tahun 2019. Di sini, bermulalah lagi episod baru dalam hidup kami. Inah perlu pergi ke tempat yang lebih jauh. Semakin lama, kami semakin berjauhan dengan anak perempuan kami yang satu-satunya itu. Namun demi melihat Inah mencapai impiannya, kami terpaksa merelakan berjauhan. Kami nekad dengan pengorbanan untuk berjauhan seketika. Namun sehari pun aku tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraannya di sana. Perjuangan harus diteruskan.

Inah terus aktif dalam menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti kes**arelawan. Dalam organisasi Baktisiswa Secholian, Inah menggalas tanggungjawab sebagai Biro Protokol dan Aktiviti. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti s**arelawan di daerah Katibas Song, Sarawak. Mama percaya, ini permulaan baru untuk anak mama yang jauh di perantauan. Banyak pengalaman hidup lagi yang perlu dipelajari anak mama. Banyak lagi hal yang masih menanti di masa depan. Semoga dipanjangkan umur untuk kita semua menempuh hidup fana ini bersama-sama ya, anak mama.

Sebagai penutup kisah ini, aku yakin semua orang pasti mengharapkan kisah hidup seindah drama nukilan fiksyen mahupun telenovela di layar kaca TV. Namun, dunia ini hanyalah ujian. Terp**ang kepada kita samada ingin mensyukuri nikmat atau mendustakannya. Harapan mama buat anak mama, semoga Inah terus kuat walau apapun rintangan hidup yang terpaksa ditempuhi. Semoga semua yang senasib dengan anak mama terus sabar dengan ujian ini dan semoga ada sinar buat kita semua untuk mencicipi secebis bahagia bersama insan tersayang.


28/03/2020
16/02/2020

⚠️Salam sejahtera warga Sandakan..

🔊🔊Berikut adalah lokaliti yang terdapat kes demam denggi. Maklumat di kemaskini pada 16/02/2020.

⚠ Oleh itu penduduk di nasihatkan supaya segera mengambil tindakan seperti berikut :

☑ Cari dan hapus bekas-bekas tempat pembiakan nyamuk aedes 10 minit setiap minggu di kawasan persekitaran rumah anda.

☑ Lindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes dengan menggunakan :-

👉🏻 Sembur racun serangga di dalam rumah (aerosol).

👉🏻 Ketika berada di luar rumah terutama pada awal pagi atau senja, anda perlu pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan ubat serangga (repellent)

☑ Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi (6 - 8 pagi) atau senja (6-8 ptg). Waktu ini adalah waktu puncak nyamuk Aedes mengigit

*Lokaliti aktif kes denggi*

1. Flat Taman Mawar
2. Kg Air
3. Kg Bahagia
4. Kg Istimewa
5. Karamunting Development
6. Kg Berhala Darat Zon B
7. Kg Lembaga
8. Kg Forest ABC
9. Kg Bakau Batu Sapi
10. Kompleks Leila
11. Pangsapuri Pdrm
12. Rumah Murah Sim Sim
13. Kg Seng Kee
14. Taman Fajar Fasa Dua
15. Taman Lucky
16. Taman Mawar Fasa 4
17. Taman Megah
18. Taman Murni
19. Taman Nuri
20. Tanah Merah
21. Kg Mangkalinau Talipon
22. Taman Mesra
23. Kg Batu Putih
24. Kg Sundang Laut
25. Taman Rajawali
26. Sentosa Apartment
27. Taman Megah
28. Taman Khaya
29. Taman Grandview
30. Taman Sejati Ujana A
31. Taman Sejati Ujana B
32. Taman Permata

Pesanan ikhlas dari :
*PEJABAT KESIHATAN KAWASAN SANDAKAN*

*Perkasa Komuniti Membanteras Denggi*

Tempahan utk semua majlis
02/04/2019

Tempahan utk semua majlis

Address

Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 11:00 - 21:00
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+60198334088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DS Buffet Paradise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DS Buffet Paradise:

Share