Mangan-Mangan

Mangan-Mangan Linz nak cari tempat makan yang sedap-sedap di bandar Sandakan ... bah, jom singgah makan !!!

Kahawa Heritage, pasti menambat hati warga Sandakan Bercirikan konsep klasik moden mana lagi dikelilingi pepohon yang me...
08/04/2026

Kahawa Heritage, pasti menambat hati warga Sandakan

Bercirikan konsep klasik moden mana lagi dikelilingi pepohon yang menghijau, Kahawa Heritage akan menggamit tumpuan pengunjung untuk datang ke restoran baharu ini.

Terletak berhadapan dengan sebuah hotel terkemuka di pusat bandar Sandakan, citarasa pengunjung pastinya berbaloi apabila singgah dengan suasana yang nyaman dan selesa di persekitaran Kahawa maka sesuai sekali untuk 'Port' lepak atau santai-santai.

Langkah berani Ray Ibrahim Hj Othman, anak jati Kampung Bokara yang pertama kalinya mencuba perniagaan restoran perlu dipuji.

Malah, sejak Kahawa dibuka kepada orang ramai pada Sabtu lalu sambutannya amat memberangsangkan dengan pengunjung tidak pernah putus.

Kahawa menyajikan menu istimewa seperti 'Tomyam Gong' dan 'Ketam Lembut' yang sudah pasti menjadi pilihan utama pengunjung ke restoran tersebut.

Selain menyediakan makanan ala barat dan minuman pelbagai jenis yang bakal popular, Kahawa juga turut menampilkan hidangan istimewa iaitu 'Pastil Ketam' yang merupakan produk makanan dari Bokara.

Bah, ngamlah tagline Kahawa iaitu 'Secawan Kahawa, Sejuta Cerita' sambil kopi-kopi dan merasai keenakan pastil mesti terangkat punya.

Manakan tidak, penggemar makanan unik itu, mesti tahu keenakan pastil ketam bila dimakan terutama sarapan pagi dan sebelah petang, penangannya jangan cakaplah sampai orang lalu di sebelah pun tidak nampak.

Jadi, apa tunggu lagi kita support Kahawa Heritage yang wajib dikunjungi dan menawarkan pelbagai menu kegemaran.

Baru-baru ini sewaktu tinjauan rambang dibuat terhadap pengunjung Kahawa, mereka mengatakan menu-menu makanan semuanya sedap belaka dan mesti datang lagi untuk lebih pilihan.


Address

Sabak Bernam District
90000

Telephone

0198535495

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mangan-Mangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category